Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikmah.org.my
   
  PROGRAM KOMPUTER UNTUK ANAK YATIM
   
  Objektif  program ini adalah bertujuan memberi peluang dan kemudahan terhadap 
anak-anak yatim untuk mendekatkan diri serta menambah pengetahuan terhadap ilmu 
teknologi maklumat. Selain pendedahan secara formal di sekolah dengan kapasiti 
pengguna yang tinggi dan bilangan komputer serta masa penggunaan yang terhad, 
maka kami bercadang untuk mewujudkan kemudahan makmal komputer yang dilengkapi 
dengan perkhidmatan internet di 5 buah rumah-rumah anak yatim, miskin & terbiar 
dibawah naungan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. 
   
  Dengan cara ini, anak-anak yatim yang ditempatkan di rumah-rumah kebajikan 
ini akan lebih mempunyai peluang untuk sama-sama berdaya maju dengan 
kanak-kanak di luar. Dengan kewujudan makmal komputer ini juga, pelbagai 
program boleh dilaksanakan antaranya :
   
      
   Kursus asas berkenaan komputer terhadap kanak-kanak dan penjaga di sekolah.  
   Kursus penggunaan perisian-perisian asas seperti Microsoft Office  
   Bengkel Internet  
   Pendedahan terhadap kepentingan ilmu Teknologi Maklumat pada masa kini  
   Kerjaya Teknologi Maklumat

   
  Bagaimana kita boleh bersatu membantu golongan anak-anak yatim meningkatkan 
ilmu perkomputeran di kediaman mereka , ialah dengan cara sumbangan daripada 
tuan-tuan dan puan-puan sekalian khususnya sumbangan berbentuk :
   
    
   pemberian sebarang perkakasan komputer yang lama tidak kira sama ada yang 
masih berkeadaan baik atau sebaliknya.   
   pemberian wang ringgit bagi pengurusan penyediaan bilik makmal contohnya 
pembelian perabot terpakai. 
  Jika anda mempunyai sebarang peralatan komputer seperti CPU, Monitor, Router, 
Printer, LAN Switch, Scanner, perabot yang terpakai atau baru yang ingin 
disumbangkan kepada kami sila hubungi Encik Rohaizal di 012-3953903 atau email 
kepada [EMAIL PROTECTED] (presiden[at]nurhikmah.org.my) . Jika anda memerlukan 
transport untuk penghantaran, kami akan menguruskannya.
   
  Diharap dapatlah kita sama-sama menjalankan amanah kita terhadap Allah s.w.t 
bagi sentiasa membantu dan memberikan perhatian terhadap golongan kurang berada 
secara amnya, dan anak-anak yatim khususnya. 
   
  Terima kasih
   
  ===============================================
  

   
  Anda juga dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak yatim melalui 
Yayasan Pembangunan Nurhikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U 
kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030  , letakkan alamat email [EMAIL 
PROTECTED]

       
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke