(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
Abdullah terdesak  /  cabul kehormatan Parlimen


Amin Iskandar @ Black
Abdullah terdesak,Musa Hassan dan pegawai polis tertinggi akan Mekah… (Catatan 
di luar parlimen, 11 Disember 2007)             Sejak dari malam semalam polis 
telah mengadakan sekatan dibeberapa jalan masuk ke Kuala Lumpur. Tujuannya kali 
ini ialah untuk memastikan perhimpunan aman BERSIH yang ingin menghantar 
memorandum bantahan ke Parlimen terhadap usul untuk melanjutkan kontrak Tan Sri 
Rashid, Pengerusi SPR.
 
 Sesampainya kejalan masuk ke parlimen, kelihatan Tian Chua dan pembantunya 
Razak sedang ditahan. Walaupun belum ada lagi perhimpunan dimulakan, Tian dan 
Razak telah ditarik dengan ganas oleh pihak polis seolah-olah mereka adalah 
ketua pengganas. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 10 lebih (11 Disember 
2007).


 Selepas kekecohan itu dalam masa 2 minit, polis bergegas menangkap dua orang 
lagi, rupa-rupanya Saudara Arul dan Sivarajan dari PSM. Disitulah aku ternampak 
seorang polis memegang sebuah buku kecil yang terdapat gambar-gambar 
orang-orang yang mereka ingin tangkap.
 
 Kemudian ternampak Dr Hatta, Dr. Lo’Lo, Dr. Nasir, Ang bersama beberapa orang 
rakan-rakan penyokong BERSIH berkumpul, tiada apa yang dilakukan cuma berdiri 
dan berbual-bual sesama sendiri. Kemudian wartawan menyerbu dan bertanya soalan 
kepada Dr. Hatta. Sedang Dr. Hatta memberikan kenyataan, polis menyerbu dan 
menangkap kesemua yang ada berhampiran dengannya termasuklah Dr. Nasir, Ang, 
Dr. Lo’Lo dan beberapa orang aktivis. Mereka diseret dengan ganas ke trak polis.
 
 Kelihatan Abdullah Badawi begitu terdesak seperti berada disaat-saat akhir 
sebelum kejatuhannya. Sebab itu beliau mahu polis menggagalkan perhimpunan 
dengan apa cara sekalipun. Walaupun Abdullah berkuasa belumpun cukup sepenggal, 
Malaysia sudah dijadikan negara polis. Ianya mirip ketika dizaman Mahathir 
dihujung kuasa. Apakah ini langkah terkahir yang cuba dilakukan oleh Abdullah 
yang sedar bahawa beliau sudah sampai ke akhir kekuasaan?
 
 Menurut satu sumber yang dekat dengan kepimpinan tertinggi polis, Musa Hassan 
dan beberapa orang pegawai tertinggi polis akan ke Mekah pada 14 Disember 2007 
ini bagi menunaikan haji. Keputusan ini dikatakan berlaku secara mengejut. 
Apakah ada sesuatu yang buruk akan berlaku ketika Musa Hassan dan orang-orang 
kuatnya tiada dalam negara?
 
 Polis mengawal parlimen yang seharusnya milik rakyat dengan ketat sehingga 
menggunakan kawat dawai. Seorang teman wartawan senior memberitahu bahawa kali 
terakhir beliau melihat polis menggunakan kawat dawai ialah pada tahun 1969. 
Apakah Abdullah dan menantu akan menghuru-harakan Malaysia demi untuk 
mempertahankan kuasa?
 
   

*****.*.*****

Roslan SMS Corner
Kerajaan Dollah Badawi cabul kehormatan Parlimen

Saya apabila melihat video penangkapan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato 
Mustapha Ali di pintu masuk menuju ke lobi Parlimen siang tadi, saya tidak 
percaya yang ianya berlaku di Bangunan Parlimen Malaysia.

Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi negara, kewujudan parlimen itu 
sendiri adalah simbol betapa subur dan hadirnya demokrasi dalam negara ini. 
Institusi keramat inilah melahirkan yang undang-undang dan peraturan yang 
menjamin dan membela kepentingan awam dan negara. Ia digubal dan diluluskan 
oleh wakil-wakil yang dipilih rakyat secara sah.

Demokrasi itu sendiri menurut istilah Greek nya bermaksud pemerintahan oleh 
rakyat.
Tiga buah intitusi penting yang membentuk sebuah negara demokrasi adalah 
eksekutif, kehakiman dan legsilatif atau dalam hal kita, parlimen. Negara yang 
mengamalkan demokrasi berparlimen menganugerah dan menjamin hak asasi untuk 
rakyatnya. Hak bersuara, hak berhimpun antaranya dijamin oleh sebuah negara 
seumpama ini.

Kerana itu apabila saya melihat Dato Mustapha ditangkap dan diseret dari pintu 
masuk menuju lobi parlimen, untuk disumbat ke dalam van polis, saya merasakan 
Parlimen Malaysia yang berusia 50 tahun itu sudah cacat, sudah sumbang, sudah 
songsang amalh sudah diperkosa dengan begitu rakus dan biadap sekali. 
Penjenayah dan pengganas tidak berkumpul di parlimen, kerana ianya institusi 
perundangan. Hanya mereka yang percaya dan yakin kepada demokrasi berparlimen 
sahaja mahu berteduh dan berlindung di bawah bumbung parlimen.

Hari ini Dato Mustapha dan ramai lagi pencinta demokrasi ditangkap dan diseret, 
bagaikan penjenayah dan pengganas besar, semata-mata kerana mereka mahu suara 
mereka didengari oleh parlimen.

Jika kerajaan pada hari ini sudah tidak menghormati lagi rakyatnya sendiri. 
Kepentingan peribadi dan politik pemimpin dalam kerajaan lebih penting dari hak 
asasi dan kebebasan rakyat serta ketinggian parlimen, maka kerajaan hari ini 
sesungguhnya sudah tidak lagi mendaulatakan parlimen dan hak rakyat. Tidak 
pernah dalam sejarah 50 tahun merdeka, rakyat warganegara kita sendiri 
ditangkap dan ditahan di bangunan parlimen!

Dollah Badawi telah mencemarkan institusi parlimen. Hari ini ditangan kononnya 
Mr Clean, kewibawaan dan integriti parlimen sebagaimana badan kehakiman telah 
tergugat dan diaibkan. Masanya tiba untuk kita menebus dan mengembalikan maruah 
negara dan kita tidak ada pilihan lain melainkan merobohkan kongkongan BN di 
Parlimen.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke