Isu Jika Enggan Buka Tudung , Carilah Kerja Lain – Kenyataan Balas MaBeSpa  
Oleh HermanSamsudeen 
   
      Isu ‘Jika Enggan Buka Tudung , Carilah Kerja Lain’ yang disiarkan dalam 
akhbar mstar online bertarikh 18 Disember 2007 ternyata mengundang pelbagai 
reaksi dikalangan rakyat, khususnya kalangan wanita Islam negara ini.
   
  Ternyata isu sensitif ini begitu mengganggu ketenteraman beberapa pihak yang 
sukar menerima hakikat bahawa negara yang dihuni oleh lebih 50% umat Islam ini 
melayan wanita-wanita muslim dalam cara yang sedemikian.
   
  Justeru itu, Presiden Persatuan Kecantikan dan Spa Bumiputera (MaBeSpa), 
Mohaizi Mohamad tampil mengeluarkan satu kenyataan rasmi bagi menyatakan 
kekecewaannya terhadap penyelewengan yang dilakukan oleh wartawan mStar hingga 
menyebabkan kenyataan beliau sebelum ini disalah tafsirkan oleh semua pihak.
   
  Didalam kenyataannya, beliau mendakwa bahawa wartawan mStar, Salhan K.Ahmad 
telah menyalah tafsirkan pandangan beliau yang diperolehi dari temuramah 
melalui telefon.
   
  “Kenyataan yang dibuat melalui perbualan telefon tersebut tidak dibuat secara 
rasmi di mana penulis tidak memperkenalkan diri sebagai pemberita dan menelefon 
untuk bertanya secara peribadi dan bukannya sebagai wakil daripada MaBeSpa. 
Penulis telah memutar belitkan kenyataan Mohaizi Mohamad dengan niat mencari 
publisiti murahan” kata Mohaizi.
   
  Mohaizi juga menegaskan bahawa Presiden MaBeSpa hanya ingin menjelaskan 
bahawa sekiranya pemilik pusat kecantikkan yang bukan Islam tidak berminat 
untuk menerima pekerja bertudung, ia bukanlah merupakan suatu kesalahan. 
Sebagai pemilik pusat kecantikkan, mereka mempunyai hak mutlak untuk memilih 
pekerja yang dapat membangunkan perusahaan. Beliau mencadangkan agar pekerja – 
pekerja yang beragama Islam dan bertudung memohon pekerjaan di Pusat 
Kecantikkan yang boleh menerima mereka.
   
  “MaBeSpa sebagai persatuan bumiputera mengambil kira isu ini sebagai serius 
dan berhasrat untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap penulis kerana penulis 
telah memburukkan nama persatuan dan mensensasikan kenyataan presidennya” tegas 
Mohaizi dalam kenyataan ringkasnya.




 

  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

       
---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Kirim email ke