Bila cerita pasal ISA ni, teringat saya kisah sebuah kumpulan yang anggotanya 
pernah di tahan di bawah akta ini. Kumpulan ni mmg menggemparkan Malaysia satu 
ketika dulu dan juga berita mereka pasti di baca oleh semua penduduk dunia. Ada 
juga ahlinya yang telah kembali ke rahmatullah.

Saya amat rapat dengan keluarga salah seorang ahli kumpulan ini. Mungkin, ahli 
tersebut bersalah lalu ditahan di ISA, itu saya terima tetapi persoalan saya 
yang masih tidak terjawab sehingga ke hari ini ialah "mengapa hampir separuh 
ahli keluarganya juga di tahan di bawah akta ini". Cuba pembaca bayangkan, 
keluarganya tidak tahu langsung akan penglibatan ahli tersebut dalam kumpulan 
tersebut dan tiba2 mereka di tahan. Dan yang paling menghairankan mereka di 
paksa untuk mengaku di atas kesilapan yang mereka tidak pernah lakukan.

Pembaca sekelian, hati saya hancur di saat melihat keluarga ini yang dulunya 
bahagia, tiba-tiba huru-hara. Airmata seorang ibu/ayah, isteri/anak hampir 
kering meratapi ketidak-adilan ini. Hanya iman di dalam jiwa yang menjadi 
perisai disaat hati mereka kesedihan.

Temanku... aku tidak marah jika seseorang itu dihukum kerana mmg bersalah 
tetapi aku rasa amat marah jika kekuasaan yang ada ditangan seseorang digunakan 
sewenang-wenangnya untuk menghukum mereka yang jujur. Dimana perginya 
keadilan??? Tidak takut kah mereka akan hukum Allah??.

Alhamdulillah... semua ahli keluarga ahli tersebut telah dibebaskan sekarang. 
Senyuman... ayah/ibu, isteri/anak meleret dibibir di saat menyambut pembebasan 
tersebut. Syukur pada Allah. Namun seperti yang dikatakan oleh mereka yang di 
tahan di bawah ISA, "Berada di dalam tahanan ISA adalah peristiwa yang paling 
hitam dan menyakitkan".

Apapun, balasan Allah itu benar. Dan aku tidak henti berdoa, semoga orang yang 
melakukan kezaliman tersebut akan menerima bala Allah yang paling azab. Jika 
tidak di dunia, aku akan menuntut di akhirat nanti.

Wassalam




To: [EMAIL PROTECTED]: Date: Sun, 23 Dec 2007 08:50:27 -0800Subject: Help 
Palestine [hidayahnet] Halalkah Hukuman Sebelum Perbicaraan? / SATU KEZALIMAN 
TERANCANG




Halalkah Hukuman Sebelum Perbicaraan? /  SATU KEZALIMAN TERANCANGBolehland
Halalkah Hukuman Sebelum Perbicaraan?
oleh Nathaniel Tan
Cuba kita bayangkan, sekiranya lima orang yang ditahan ISA baru-baru ini memang 
sah pengganas yang berniat jahat dan merancang untuk menggunakan keganasan 
untuk mencapai matlamat mereka.

Pada saya, anggapan ini cukup melulu, tetapi demi perbincangan, biar kita 
menerokai soalan ini sebentar.

Perkataan yang cukup penting dalam ayat pertama adalah ‘memang sah.’

Dalam suatu masyarakat bertamadun dan patuh kepada undang-undang, seseorang 
mesti dianggap tidak bersalah sehingga dapat dibuktikan bersalah.

Jika memang benar dan disahkan seseorang telah bersalah di sisi undang-undang, 
memang wajar tindakan diambil. Lima tahanan ISA ini juga tertakluk kepada dasar 
ini.

Tetapi dari perspektif keadilan dan kesaksamaan undang-undang, soalan yang 
wajib dijawab adalah: bolehkah mereka disahkan melanggar undang-undang?

Dalam masyarakat bertamadun juga terdapat hanya satu cara untuk mengesahkan 
jawapan kepada soalan tersebut: perbicaraan di makhamah yang adil.

Di Malaysia, kita ada pelbagai ‘undang-undang,’ termasuk ISA, EO dan 
sebagainya, yang membolehkan pihak berkuasa menahan rakyat tanpa membuktikan 
kesalahan mereka dalam makhamah.

Yang amat menggerikan juga adalah peruntukan di mana Menteri Keselamatan Dalam 
Negeri mempunyai kuasa untuk menahan seseorang di bawah ISA untuk sepanjang 
umur tahanan tersebut, dan tindakan beliau tidak boleh dicabar oleh sesiapa 
pun, termasuk mana-mana hakim.

Maksudnya, dari segi dasarnya, Menteri tersebut mempunyai kuasa yang mutlak 
untuk menahan sebarang rakyat Malaysia. Menurut undang-undang sekarang, tiada 
sebarang institusi atau proses yang sebenarnya mampu untuk menghentikan Menteri 
Keselamatan Dalam Negeri daripada menahan seseorang sepanjang umurnya contohnya 
kerana beliau tidak suka mukanya.

Tiada sebarang proses telus yang digunakan untuk mengesahkan kesalahan atau 
ketidaksalahan seorang tahanan ISA. Pada asasnya, tiada kesempatan langsung 
untuk dipastikan tanpa sebarang ragu-ragu (proven beyond reasonable doubt) 
kepada orang ramai sama ada tahanan ISA atau EO ini bersalah atau tidak.

Ramai orang cukup marah dengan lima orang yang ditahan ISA ini dan cukup yakin 
bahawa mereka bersalah atas dakwaan menganggu kententeraman negara. 
Walaubagaimanapun, kemarahan atau keyakinan ini tiada tempatnya dalam sistem 
perundangan. Yang penting hanyalah sama ada kesalahan mereka boleh atau tidak 
boleh dibuktikan dalam sebuah makhamah yang adil.

Sekiranya kita bermula menghukum orang berasaskan emosi atau ‘fakta-fakta’ 
yang belum dipastikan dan dibuktikan, kita tidak layak lagi memakai label 
seperti ‘negara berundang-undang,’ ‘demokrasi,’ atau sekadar 
‘bertamadun’ pun.

Menghukum mereka yang tidak bersalah cukup besar dosanya dari segi pelbagai 
agama. Mengikut Hadith, dua dari tiga hakim akan dihukum ke neraka.

Sebelum kita dibawa oleh kemarahan dan emosi, apa salahnya kita mengikut proses 
undang-undang yang sewajarnya untuk mengelakkan kesilapan yang boleh membawa 
kepada hukuman yang tidak berasas kepada orang yang tidak bersalah?

Jika polis tiada bukti yang boleh digunakan untuk menahan orang yang disyaki 
bersalah tanpa menggunakan ISA, ada dua kemungkinan utama: polis tidak cukup 
berwibawa, ataupun orang tersebut memang tidak bersalah.

Sekiranya terdapat bukti bahawa tahanan tersebut bersalah, maka salah sama 
sekali ISA digunakan untuk kepentingan politik. Sebaliknya, sesiapa yang 
disyaki patut didakwa terus di makhamah seperti di negara berundang-undang 
tulen dan tanpa apa-apa perselindungan di bawah undang-undang zaman penjajah 
yang dicipta untuk menentang komunis.

Penyokong-penyokong pengunaan ISA diharapkan boleh cuba membayangkan satu hari 
di mana mereka mungkin ditangkap oleh pihak berkuasa tanpa apa-apa peluang 
langsung untuk membela diri. Inilah realiti yang dihadapi tahanan ISA sekarang.

Kepercayaan bahawa diri kita tidak mungkin akan dikenakan hukuman seperti ini 
tidak munasabah dan merupakan senjata paling berkuasa dan berkesan pihak 
berkuasa. Selagi wujudnya undang-undang yang begitu senang disalahgunakan, 
tiada satu pun rakyat Malaysia yang boleh dijamin selamat 
daripadanya.*****.*.*****
ISA :- SATU KEZALIMAN TERANCANG
Cikgu Nuri's Online
Assalamualaikum..
Baru-baru ini, saya telah dihubungi oleh seorang sahabat yang menceritakan ada 
sebuah blog yang sedang memburukkan nama institusi PASTI dan juga nama saya 
yang dikaitkan secara peribadi. Mulanya agak hairan juga, kenapa sampai begitu 
sekali, lama juga saya berfikir. Namun, akhirnya saya percaya inilah kebebasan 
media yang ada dan kita bebas meluahkan apa saja. Bagi saya, dari menjawab isu 
yang sengaja ditimbulkan itu, ada baiknya dibicarakan isu yang lebih besar yang 
melibatkan masalah ummah. Saya menganggapkan blog tersebut ibarat batu kerikil 
di jalanan, memperjuangkan kebenaran dan keadilan itu lebih penting setelah 
kita yakin dengan perjuangan ini. Sesetengahnya, ada yang perlu di ambil tahu 
dan begitu juga sebaliknya. Terkadang, makin di layan, semakin teruk suasana 
yang bakal timbul.

ISA (Internal Security Act)
Isu besar yang saya maksudkan ialah ISA. Dimana ianya telah digunakan oleh 
pihak kerajaan UMNO dari dulu lagi untuk menyelesaikan masalah penentang 
terhadap dasar-dasarnya. Seperti juga pendirian pimpinan yang lain, saya 
mengutuk keras penggunaan ISA kerana ianya menyalahi hak asasi manusia dan juga 
bertentangan dengan prinsip Islam itu sendiri. Setiap yang bersalah harus 
dihadapkan ke mahkamah terbuka untuk dibicarakan secara adil dan dibuktikan di 
mahkamah bahawa mereka bersalah barulah boleh dipenjarakan atau di tahan. Islam 
sendiri telah mengajar kita bahawa setiap yang bersalah mestilah dibuktikan 
bersalah barulah boleh dijatuhkan hukuman yang setimpal.

Ia telah mencengkam, menghantui dan menghancurkan kehidupan rakyat yang ingin 
mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin yang kotor. Bahang 
undang undang yang kejam ini sentiasa dirasai kerana penahanan tanpa bicara di 
dalam mahkamah, tanpa bukti yang kukuh dan tanpa memerlukan syarat yang nyata 
amatlah lumrah sekali. Mangsanya boleh ditahan untuk selama-lamanya mengikut 
selera dan nafsu diktator yang sanggup mengorbankan kedaulatan rakyat dan 
melelongkan demokrasi, keadilan dan kebebasan. Pemimpin-pemimpin ini sudah 
terperangkap ke dalam neraka jahanam dan sanggup mempertuhankan keganasan yang 
mengekalkan kuasa, harta dan pengaruh.

SUATU PENGKHIANATAN
Sebenarnya pucuk pimpinan politik adalah ahli kepada kapitalis tempatan dan 
antarabangsa. Kesetiaan inilah yang menyebabkan yang kaya menjadi kaya raya dan 
miskin menjadi papa kedana. Pemimpin-pemimpin politik ini sanggup mengkhianati 
Perlembagaan Negara yang berasaskan kepada keadilan yang luhur dan tidak segan 
silu menghina kehakiman. Sepatutnya tugas kehakiman adalah untuk mengimbangkan 
kuasa atau membetulkan ketidakadilan yang berlaku di dalam masyarakat. 
Malangnya keyakinan rakyat terhadap dunia kehakiman di dalam negara sudah makin 
pudar. Apa yang sudah berlaku adalah pemerintah sudah ketandusan ikhtiar dan 
berpaut kepada kuasa ISA untuk menghalalkan pentadbirannya, mengugut rakyat, 
menguasai minda dan ragam hidup rakyat. Pendekkata pemimpin politik negara 
sudah takut dengan bayang-bayang sendiri dan cuba menghancurkan naluri 
kemanusiaan. Kini mereka sibuk menggunakan ISA untuk menjatuhkan saingan 
politik masing-masing di dalam dan di luar parti agar dapat mengekalkan 
kekayaan, pengaruh dan kuasa mereka. Justeru itu mereka sudah mula menghayati 
sifat penjajah moden.

PRINSIP
Sedangkan prinsip Islam itu sendiri, dimana hukuman yang dikenakan kepada 
pesalah walaupun tidak didunia tetapi di akhirat kelak tidak akan terlepas sama 
sekali. Untuk itu juga, PAS telah menawarkan kepada rakyat Malaysia yang 
cintakan negara bahawa sekiranya memerintah, maka ISA akan dihapuskan sama 
sekali. Rakyat yang bersalah akan di adili sebaiknya melalui proses 
undang-undang Islam yang terbukti adil. Kepada rakyat yang mencintai demokrasi, 
keadilan dan kebebasan, bersatulah pulihkan negara yang tercinta ini dari 
cengkaman dan serangan diktator dan pemimpin-pemimpin politik yang ganas, keji 
dan kapitalis itu.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA

p/s : Setulus ingatan buat mangsa ISA & pimpinan yg ditahan baru-baru ini, saya 
bersama anda!HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!Lawati laman 
10November di http://10nov.himpunan.info/Lawati laman Bersih di 
http://bersih.org/


Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.







_________________________________________________________________
Easily manage multiple email accounts with Windows Live Mail!
http://www.get.live.com/wl/all

Kirim email ke