Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Saya mengalu-alukan penyertaan anda
semua untuk bersama-sama dengan PAS
dalam memastikan kelangsungan dan
penerusan agenda perjuangan, terutamanya
bagi merealisasikan kewujudan negara
berkebajikan yang adil kepada seluruh
masyarakat Malaysia.

Seperti yang dimaklumi, generasi muda
sentiasa digalaskan harapan untuk berani
mengemukakan pandangan yang kritis
secara berhemah serta idea-idea baru
yang berdaya saing. Mereka telah banyak
diumpamakan sebagai pengganti kepada
barisan kepimpinan dan masyarakat yang
sedia ada sekarang ini, seraya
pembentukan generasi ini tidak boleh
dipandang remeh oleh mana-mana pihak.

Lepaskan tangan halus kekasih di tasik
atau bersamanya berjalan ke parlimen
kerana tenagamu dengan ilmu di dada
akan merombak erti hidup sebuah negara.

- Usman Awang-

Sesungguhnya penyertaan generasi muda
mampu dilihat sebagai satu katalis yang
akan memudakan kembali perjuangan ini.
Manakala generasi awal diletakkan
harapan untuk menyantuni generasi muda
dengan mencurahkan pengalaman mereka.

Di dalam dunia langit terbuka, segala
maklumat telah dapat di akses secara
finger tip dan ianya menyerlahkan kepada
kita kewujudan satu pasaran meluas
idea-idea dan informasi untuk dijual
beli oleh kita. Tapisan-tapisan yang
cermat perlu dilakukan supaya ilmu yang
diperolehi adalah benar dan bertepatan
dengan konsep act locally, think
globally. Bagi pihak PAS, sistem
keterbukaan tersebut telah menyediakan
sedikit jalan khususnya untuk
mengapungkan pelbagai maklumat yang
telah banyak tersekat sebelumnya, kerana
suasana ketempangan sistem media negara
kita.

Saya meyakini kewujudan pelbagai
teknologi terkini telah membuka banyak
segmen-segmen yang baru untuk diterokai
bagi memastikan PAS bergerak seiring
dengan tuntutan massa , bersendikan
agama, bangsa dan negara kita.

Selamat berjaya kepada semua ahli Kelab
Maya-Friendster PAS.

Salam Kemesraan dan Perpaduan,

Ustaz Nasharudin Mat Isa
Timbalan Presiden Parti Islam Malaysia
(PAS)

http://profiles.friendster.com/55119059

Kirim email ke