Inikah yang dikatakan Kerana Mu Malaysia? Pemimpin Melayu/Islam kita yang 
kuat berkokok "keranu mu Malaysia" tertipu dengan sedikit kuasa yang Allah 
telah  berikan. Mereka gadai pegangan kepada Islam agama yang Allah redha untuk 
sekalian manusia, mereka ketepikan hukum dan sistem Allah kerana mau 
menghormati kehadiran bangsa dan penganut agama lain tapi akhirnya mereka rugi 
kedua-duanya (dunia dan akhirat). Kaum bukan Islam yang menjadi teman sejati 
mereka tidak pula anggap orang Melayu/Islam sebagai rakan sejati mereka maka 
mereka akan terus jadikan pemimpin negara asal mereka sebagai teman sejati. 
     Allah tidak perintah kita halang penganut agama lain untuk bebas amalkan 
kepercayaan mereka tapi mengapa kita yang beragama Islam pula tidak bebas 
mengamalkan seluruh sistem Islam?? Disini pun sudak jelas syiriknya, ketakutan 
kepada penganut agama lain(demi undi dalam pilihanraya) mengatasi ketakutan 
kepada Allah SWT. Mungkin kerana sudah terlalu banyak bergelomang dengan dosa 
maka ?"Pemimpin Melayu/Islam" ini tidak merasakan apa-apa walaupum 
membelakangkan syariaat Allah SWT. Ada yang datang ke Kelantan bercita-cita 
untuk nak rampas Kelantan!! Apakah orang Islam di Kelantan sudah hilang kuasa 
kalau dibandingkan dengan negeri Pulau Pinang?? Mengapa tak mau rampas Pulau 
Pinang?? Apa ertinya negeri itu yang konon dikuasai oleh parti mereka sedangkan 
kuasa dan kehidupan orang Islam disana semakin terhimpit, bahkan ramai 
berhijrah kenegeri lain?? Diharapkan rakyat Kelantan tidak terpedaya dengan 
pemimpin-pemimpin ini samada yang datang dari luar Kelantan mau pun dari dalam
 negeri Kelantan sendiri!! Jangan biarkan Kelantan jadi seperti Pulau Pinang 
dua puloh atau tiga puloh tahun lagi.   Wallahu'alam.  
   
  ibnuAli
  kota jembal
  

[EMAIL PROTECTED] wrote:
            Samy Vellu dan MIC ada hubungan sulit dengan Kerajaan India?  Oleh 
HermanSamsudeen 
   
      Pelik tapi itulah yang terjadi selama ini. Menteri Kerja Raya, Samy Vellu 
kini berada di Tamil Naidu dan akan ke New Delhi bagi menghadiri persidangan 
tiga hari untuk masyarakat berketurunan India anjuran kerajaan India, mulai 7 
Januari ini. Hari ini baru 2 haribulan bermakna ada lagi 5 hari untuk 
persidangan itu.
   
  Ini bukan kali pertama beliau ke India atas urusan sebegini. Selama ini, Samy 
Vellu selalu menegaskan bahawa beliau dan MIC begitu taat terhadap negara ini. 
Dalam kes Hindraf baru-baru ini beliau juga ada mengeluarkan kenyataan agar 
Kerajaan India tidak campurtangan.
   
  Tetapi dalam diam beliau kerap ke India atas urusan kaum India termasuklah 
bagi urusan perdagangan yang mana sepatutnya beliau menyertai Misi Perdagangan 
bersama Rafidah Aziz dan bukannya pergi bersendirian.
   
  Beberapa perkara menjadi persoalan. Sejauh manakah Samy dan MIC benar-benar 
setia kepada negara ini? Adakah beliau dan MIC benar-benar ada ‘hubungan sulit 
dengan Kerajaan India’ dan membelakangkan Kerajaan Malaysia untuk kepentingan 
masyarakat India (Ahli MIC).
   
  Kita telah menerima kaum India dengan baik selama ini. Kita menggangap mereka 
teman dan ramai orang India yang berpuashati dengan layanan orang Melayu.
   
  Jadi apakah sebabnya Samy masih mahu menyertai Persidangan untuk Kaum India 
di sana. Adakah masih ada lagi agenda perkauman yang ingin diimport dari sana. 
Saban tahun beliau ke sana untuk menemui pemimpin India dan banyak perkara yang 
terjadi dalam MIC dan dalam negara turut dijadikan bahan perbincangan disana.
   
  Kenapa perlu rujuk Kerajaan India bagi isu-isu masyarakat India di Malaysia? 
Adakah jaminan Kerajaan Malaysia untuk memberi keadilan kepada kaum India tidak 
cukup hingga beliau perlu mendapatkan perlindungan atau sokongan tambahan dari 
Kerajaan India?
   
  Orang-orang Bugis, Jawa dan Cina di Malaysia tidak pernah menghadiri 
konvensyen yang berteraskan perkauman di negara asal keturunan mereka. Kalau 
ada pun, mereka hadir tanpa adanya komitmen yang tetap sebagai mana Samy Vellu 
yang kerap ke India bila ada masalah atau isu perkauman di negara ini.
   
  Sewajarnya beliau merujuk kepada kepimpinan negara jika ada apa-apa. Memang 
hak peribadi beliau untuk menghadiri persidangan itu, tetapi sebagai seorang 
Menteri Kanan yang banyak menyimpan dan mengetahui rahsia besar negara tidak 
wajar untuk beliau ke sana atas urusan sebegini.
   
  Adalah bahaya jika Kerajaan Malaysia berdiam diri dan membiarkan Samy menemui 
Kerajaan India atas agenda kaum India. Bila-bila masa sahaja rahsia negara 
boleh diserahkan kepada Kerajaan India dan ini membahayakan negara ini secara 
umumnya.
   
  Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil serius perkara ini dan kita tidak mahu 
MIC berpakat dengan negara asing yang lebih besar dari Malaysia bagi melakukan 
apa-apa propaganda politik dimasa hadapan.
   
  Tulisan ini bukannya bertujuan untuk menghasut dan mencetuskan gelojak 
perkauman. Kita yakin bahawa ramai lagi kaum India dinegara ini yang 
benar-benar ikhlas untuk hidup dan menyumbang kepada negara ini. Tapi biarlah 
anasir-anasir luar tidak dibiarkan mempengaruhi politik negara ini.
   
  
  Samy Vellu bersama bekas Perdana Menteri India pada tahun 2001
   
  
  Samy bersama Menteri Kewangan India, P. Chidambaram
   
  
  Samy bersama Ketua Menteri Chennai, Jayalalithaa
   
  
  Samy bersama Penganjur World Tamil Business Leaders Conference, Bala S. 
Balendra (kiri) and Dr. V.R.S. Sampath (Kanan)




 

  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 
    
---------------------------------
  Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.   

                         

       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke