tumpang sekoleh...?
                                                            Minyak masak dan 
alasan gomen......                                              Mulai minggu 
depan, orang ramai akan dihadkan membeli minyak masak maksimum lima kilogram 
sahaja bagi menangani masalah kekurangan bahan itu yang semakin meruncing. 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Mohd. 
Shafie Apdal berkata, pelaksanaan peraturan tersebut akan berdasarkan kaedah 
catuan gula yang pernah dilakukan semasa krisis kekurangan bahan itu. Utusan 
Malaysia Online,5 Jan 2008.

Catuan minyak masak oleh gomen adalah satu amalan yang bodoh.Menghadkan 
pembelian minyak masak kepada 5 kilogram seorang adalah satu kerja sia-sia. 
Apakata kalau saya bawah 10 orang adik beradik saya dan kami masing membeli 
seorang 5 kilogram minyak masak dari pasaraya atau kedai runcit sudah tentu 
pada hari itu boleh dapat 50 kilogram minyak.Tak kan tuanpunya pasaraya atau 
kedai runcit hendak check kami adik beradik atau tidak.

Menterinya, Shapie Apdal bagi beberapa sebab kenapa berlaku kekurangan;

i.Pengguna industri yang beli minyak masak yang disubsidi gomen dan dibungkus 
dalam paket-paket kecil.
(Bukankah menjadi tanggungjawab gomen untuk mengawal supaya syarikat-syarikat 
pengeluaran minyak masak ini tidak hanya membekal kepada pengguna industri 
saja. Persoalannya pengguna industri ini rata-rata adalah kroni gomen)

ii. Masalah penyeludupan.
(Minyak diseludup keluar kerana harganya lebih mahal dan gomen bertanggungjawab 
untuk mengawal keadaan ini.Rakyat tak berkuasa berbuat demikian dan kalau gomen 
tak boleh apa-apa lebih baik letak jawatan saja))

iii. Keperluan bertambah kerana bilangan penduduk bertambah.
(Ini adalah satu alasan yang bodoh. Bukankah gomen kerap buat bancian penduduk 
dan daripada bancian itu gomen boleh anggarkan berapa ramai penduduk bertambah 
setiap tahun dan gomen boleh merancang banyak mana penggunaannya)

Masalah kekurangan minyak,tepung dan gula berpunca daripada kilang itu sendiri 
yang dimonopolikan oleh beberapa kerat kroni dan kaum kerabat terpilih dan 
mereka ini yang menentukan harga barangan perlu ini naik dan turun.

Mereka berkuasa untuk menentukan kawalan banyak mana minyak masak ini perlu ada 
dalam pasaran dengan cara demikian mereka control harga tersebut secara 
artificial. Syarikat-syarikat pengeluaran ini juga memperolehi AP untuk 
mengimpot dan minyak masak ini.

Cara mengatasinya adalah menambahkan lagi syarikat pengeluaran minyak masak dan 
meluaskan pemberian AP kepada syarikat-syarikat lain tidak terhad kepada kroni 
dan kaum kerabat gomen saja. Atau hapuskan saja permit AP ini dan benarkan 
lebih banyak syarikat mengimpotnya,sudah tentu masalah kekurangan minyak masak 
boleh diatasi. Apa yang nyata sekarang ialah gomen sudah menjadi hamba kepada 
syarikat-syarikat ini dan menari ikut rentak mereka.

Sudah dua hari dok mencari minyak masak tapi tak dapat-dapat. Setelah meronda 
sana sini,akhir dapat sebtol yang 1 kg punya dari sebuah kedai runcit dengan 
harga RM5.50. Harga asalnya baru RM3.70. Memang tepat BN membawa maksud Barang 
Naik.....

To Shafie Apdal,what say you......

cheers.









*****.*.*****

DPP Kedah

Dapatkan Poster Kempen PRU 12 yang menarik ini.







 Diposting 




HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Kirim email ke