Makluman : JELAJAH PRESIDEN KE WILAYAH PERSEKUTUAN PADA 13 JANUARI DITANGGUHKAN Ruj kami : PAS/BPP 09/2.01(2007-09) 32 Tarikh : 30 Zulhijjah 1428 9 Januari 2008 ÇáÓáÇã Úáíڪã æÑÍãۃÇá᪠æÈÑڪÇÊå Kepada : Saudara/Saudari, Setiausaha Dewan Ulama/Pemuda/Muslimat Setiausaha Kawasan Ketua Pengarang Media JELAJAH PRESIDEN KE WILAYAH PERSEKUTUAN Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas 2. Adalah dimaklumkan bahawa program tersebut yang ditetapkan pada tarikh 13 Januari 2008 bertempat di Darul Ummah dan juga Ceramah Perdana pada malam tersebut telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. 3. Penangguhan tersebut adalah kerana kesemua AJK PAS Pusat serta Pesuruhjaya daripada negeri-negeri akan berada di negeri Terengganu pada tarikh tersebut. 4. Diharapkan saudara/saudari dapat memaklumkan perkara ini kepada semua ahli Kawasan/Dewan masing-masing. Segala kesulitan adalah amat dikesali. Sekian, terima kasih. SELAMATKAN DEMOKRASI, TEGAKKAN KEADILAN
Yang menjalankan amanah, HEDZER BIN IBRAHIM Setiausaha, Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan. s.k Fail Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di http://dppwp.wordpress.com --------------------------------- Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.