Assalamualaikum w.b.t

Mohon laluan utk tuan moderator.        

Terlebih dahulu ingin saya maklumkan bahawa pejabat saya sedang dalam 
proses untuk membuat pembelian peralatan & kelengkapan pagawai bagi tahun 2008.

Sehubungan dengan itu, kepada sesiapa yang mengetahui atau ada 
syarikat (Sekitar Lembah Klang) yang dapat membekalkan peralatan 
sebagaimana yang akan saya nyatakan diharap agar tuan/puan dapat 
menghubungi saya sebelum 6 Feb 2008 (Rabu) untuk saya membuat 
pemilihan dan tempahan dengan kadar segera.

Senarai barangan & spesifikasi ringkas :-

1) Kasut Keselamatan (Safety Shoes) - Kalis Air, kalis minyak, ringan 
& berkualiti tinggi.
2) Cermin mata hitam keselamatan (Safety Glasses) - Casual type & 
melindungi pancaran ultra
3) Topi keselamatan (safety helmet) - Untuk kegunaan di dalam bangunan
4) Pakaian kerja pegawai penilai - Design akan dibincangkan secara 
terus kepada mana2 pembekal yang berminat.

Pembekal yang berminat perlulah mengemukakan brosur kepada produk 
yang berkaitan (Sekiranya ada).

Untuk sebarang keterangan lanjut sila hubungi saya (Syahurl Nizam 
Aziz) di talian 03-26170365 @ email : [EMAIL PROTECTED]
Tuan juga boleh datang terus ke pejabat pada hari isnin (4 Feb 2008) 
di alamat sebagaimana berikut :-

Ibu Pejabat CIDB
Bahagian Standard & Kualiti
Sektor Pembangunan Teknologi & Inovasi
Tingkat 8, Grand Seasons Avenue
No. 72, Jalan Pahang
53000, Kuala Lumpur
(Berhadapan dengan Hospital Besar KL)

Jazakallah






Kirim email ke