Kenapa Abdullah tak cerita indeks lain dalam GCI?                         
                         Shirzad Lifeboat      
         Sun | Feb 03, 08 |  2:56:56 pm MYT                         Tidak 
seperti Forum Ekonomi Dunia sebelum 2004 di mana Malaysia diwakili   oleh Dr. 
Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu, adalah mudah untuk   mencari gambar 
pemimpin Malaysia dalam browser popular Internet. Ini   menunjukkan ketokohan 
Dr. Mahathir begitu terbukti sehingga dunia mengenali   dan dalam kes tertentu 
menghormati Malaysia.  
-->
 Berbanding dengan Forum Ekonomi Dunia yang baru berakhir di Davos,   
Switzerland akhir Januari lalu, gambar Bono, penyanyi utama kumpulan rock   U2 
dan gambar pelakon British Emma Thompson yang turut sama hadir dalam   Forum 
berkenaan nampaknya lebih banyak berbanding dengan gambar Perdana   Menteri 
Malaysia yang disiarkan oleh agensi berita Reuters menerusi Yahoo.

  
 Dua keping gambar yang disiarkan dalam rencana ini (dari koleksi gambar   
Reuters menerusi Yahoo) itu adalah gambar kereta rasmi Malaysia yang   terpaksa 
ditolak oleh pemandunya dan beberapa orang pegawai keselamatan   kerana 
terlekat dalam salji dan gambar Pak Lah sedang menghadiri sesi   Peranan ASEAN 
dalam Forum Ekonomi Dunia.

  
 Di zaman Dr. Mahathir, Malaysia dikatakan lebih dihormati dunia kerana   bukan 
sahaja beliau memiliki daya keintelektualan dan buah fikiran yang   turut 
menyumbang kepada penyelesaian masalah ekonomi dunia tetapi   setidak-tidaknya 
Malaysia kelihatan menempa pelbagai kemajuan yang bersifat   fizikal.

  
 Walaupun beliau tidak membawa idea besar seperti Islam Hadhari tetapi apa   
juga pandangannya mengenai isu berkaitan dunia Islam terus mendapat   
perhatian. Sebaliknya idea Islam Hadhari yang cuba dipromosikan oleh   Abdullah 
tidak begitu diterima, termasuk oleh negara-negara Islam sendiri.

 
 Hari ini dunia tidaklah lagi memandang tinggi kepada Malaysia sebagaimana   
mereka melihat negara kita di zaman Dr. Mahathir. Oleh itu, Abdullah tidak   
perlu terlalu ghairah dengan kedudukan atau ranking kecekapan kerajaan   
Malaysia dalam membayar bil-bilnya. Abdullah sepatutnya turut juga   
menceritakan perkara lain yang dilaporkan oleh indeks tersebut.

 
 Bagaimana pula dengan pelbagai peraturan kerajaan yang membebankan rakyat   
dan juga para pelabur asing dan tempatan. Malaysia berada di tempat ke-5.   
Nampaknya Malaysia antara paling terkemuka dalam soal beban yang wujud   kerana 
peraturan kerajaan ini.

 
 Kita juga sepatutnya diberitahu bahawa dari segi pembaziran wang kerajaan   
kita juga turut berada di tangga ke-6, iaitu antara 10 tempat teratas dalam   
senarai 131 buah negara. Interpretasinya mudah sahaja. Umno/BN yang   
memerintah selama ini tidak mampu menguruskan dana awam dengan efisien dan   
optima. Dan ini begitu ketara menerusi pelbagai projek yang melebehi dari   kos 
asal, projek yang tidak diperlukan dan sebagainya.

 
 Abdullah banyak bercakap tentang ketelusan. Sepatutnya dari segi ketulusan   
ini juga berada di tangga yang teratas dan kalau menurut apa yang   dihebohkan 
oleh Umno/BN kita patut mempunyai ranking di antara 10 teratas.   Namun ranking 
kita dari segi ketelusan ini Cuma ke-16 sahaja.

 
 Bagaimana pula dengan efisiensi kerangka undang-undang kita dari segi   
melincinkan pentadbiran awam. Global Competitiveness Index (GCI) meletakkan   
kita pada ranking ke-18.

 
 Bagaimana pula dengan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap ahli-ahli   
politik yang berkuasa. GCI meletakkan Malaysia juga pada ranking ke-18   
walaupun Abdullah dan pemimpin Umno/BN yang lain terus merasakan parti   mereka 
mendapat keperyaan yang tinggi daripada keseluruhan rakyat.   Sepatutnya kalau 
ikut apa yang dicanangkan oleh pemimpin Umno/BN,   kepercayaan rakyat juga, 
setidak-tidaknya ada pada kedudukan ke-6.

 
 Dari segi pembelian peralatan teknologi canggih, kita menduduki tempat   ke-3. 
Tapi ini bukanlah sesuatu yang menghairankan sebab kerajaan memang   suka 
membeli pelbagai perkhidmatan dan barangan yang canggih-canggih untuk   
kegunaan golongan tertentu. Cuma kalau alat itu digunakan untuk rakyat   biasa, 
seperti helikopter pengangkutan anggota tentera misalnya, maka ia   tak 
perlulah teknologi yang canggih sangat. Second hands pun memadai.

 
 Keberkesanan perkhidmatan polis pula berada pada tangga ke-31. Kebebasan   
kehakiman, ke-30; pilih kasih pegawai kerajaan dalam membuat keputusan,   
ke-23; talian telefon, ke-69; hutang kerajaan, ke-69; inflasi, ke-54;   
prestasi bank, ke-43; pengawalan ke atas bursa saham, ke-33 dan banyak lagi   
yang kita tidak hebat seperti yang dicanangkan oleh oleh Umno/BN.

 
 Jika rakyat diberitahu semua ini, sudah tentu ini semua akan menjadi igauan   
buruk bagi Abdullah dan Umno/BN terutama menjelang PR-12. Petanda buruk   
semacam sudahpun berlaku di Davos apabila kereta pemimpin (tidak dinyatakan   
siapa) dari Malaysia tersekat di atas salji dan terpaksa ditolak oleh   pemandu 
dan pegawai keselamatan. Mungkin Umno/BN tidak sanggup menghadapi   
petanda-petanda buruk seterusnya. Tidak mustahil inilah yang memberikan   ilham 
kepada Abdullah untuk mengadakan PR-12 dalam masa terdekat ini.   
JOM BERSIH!!!                                                                   
                        bersih.org/                                             
                         
            
                           
anilnetto.com
Mainstream media poised to turn into BN propaganda channels      It has already 
started. I mean, the propaganda over the mainstream media. This time we can 
expect it to be worse, given that the Barisan Nasional is going to face stiff 
contests in many areas.


 So what are we to do? It does get sickening as polling day approaches when 
whatever remaining journalistic ethics are thrown out of the window. The 
mainstream media, on the whole, are then transformed into full-blown propaganda 
organs of the ruling coalition. Corporate propaganda is also likely to make its 
presence felt as certain large firms all but openly endorse the ruling 
coalition through not-too-subtle advertisements.


 MEDIA-MALAYSIA:  Call To Boycott Newspapers For Biased Reporting
 By Anil Netto

 
 PENANG, Jan 31 (IPS) - Fed up with what they see as biased and distorted 
reporting, a group of concerned Malaysians has launched a campaign urging the 
public to boycott newspapers ahead of a general election widely expected in 
March.

 
 The mainstream print media are largely controlled by ruling coalition parties 
or business interests close to them. Though already pro-establishment in their 
reporting, they usually turn into full-blown propaganda tools of the ruling 
coalition in the days leading up to a general election, say critics.


 The call for a ”Paper-less Tuesday” — calling on the public to abstain 
from newspapers on Tuesdays, for a start — was launched on Monday by a 
working committee under the ‘People’s Parliament’ initiative.


  Full article 
 
    


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Kirim email ke