(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

ALHUSSEYN
 Umno menghina orang Melayu    Pimpinan Umno menghina orang-orang  Melayu 
apabila Najib  berkata :

“Pemusnahan Kuil Padang Jawa di Klang beberapa hari sebelum Deepavali, tidak 
akan berulang dan "di pihak mereka, mereka silap, kami minta maaf."

Demikian sikap ‘apolojetik’ Najib bila berhadapan dengan kaum India yang naik 
marah hingga muncul gerakan ‘HINDRAF’ dan Makhal Sakthy’ yang mengancam bukan 
sahaja kedudukan S.Samy Vellu, malah undi kaum India akan beralih kepada parti 
Alternatif khususnya Parti Keadilan Rakyat.

Keadaan tersebut pastinya akan mengancam pihak BN yang bergantung harap kepada 
undi orang-orang India selama ini.Abdullah Badawi mengakui keadaan tersebut . 
disini

Tetapi apa yang dikesalkan ialah sikap pimpinan BN terhadap isu perobohan surau 
dan masjid orang-orang Islam.Najib tidak bersikap ‘apolojetik’ sebagaimana dia 
berhadapan dengan orang-orang India yang cuba dipujuk supaya mengundi BN.

Mungkin Najib menjangka orang Melayu sudah lupa tentang peristiwa merobohkan 
surau dan masjid dan perkampungan mereka; sebab itu Najib lebih bersikap 
apolojetik kepada orang-orang India.

Sikap Najib dan kenyataan Abdullah menunjukan betapa gundah gulana dan 
keresahan yang sedang melanda BN semenjak tuntutan HINDRAF dan Makhal Sakthy 
mengancam peranan MIC yang mewakili orantg-orang India selama ini.

Najib menghina dan memperbodohkan orang-orang Melayu yang dulunya  mengundi dan 
menyokong Umno apabila berkata  :

"Malah dalam Umno pun kita kata dulu letak songkok pun boleh menang tapi 
sekarang kami memberitahu anggota Umno jangan harap ia akan berlaku hari ini," 

Najib mengakui tentang kebijaksanaan rakyat hari ini berbanding sewaktu pilihan 
raya yang lalu dimana rakyat memberikan undi mereka tanpa mengambil kira siapa 
yang menjadi calun.

Memang betul kata si Najib – dulu rakyat mengundi atas nama Umno atau BN.

Tetapi kini performance Umno atau BN dah terlalu teruk! Rakyat sudah hilang 
kepercayaan kepada Umno dan BN.

Apabila rakyat hilang kepercayaan terhadap Umno atau BN, bermakna rakyat sudah 
menolak kepimpinan Umno atau BN. Jelasnya , rakyat sudah muak dengan 
janji-janji Abdullah Badawi dan pimpinan-pimpinan BN ; seperti Samy Vellu , Ong 
Kah Ting dan termasuklah Najib sendiri!

Statistik menunjukkan bahawa pendapatan isi rumah kaum India ialah RM3,215, 
lebih tinggi daripada purata kebangsaan RM3,022 dan juga kaum Bumiputera 
RM2,522 

Statistik tersebut adalah bukti kegagalan Umno dalam memperjuangkan ajenda 
Melayu sebagaimana yang selalu dilaung-laungkannya dan hanyalah sebagai retorik 
untuk menagih simpati dan sokongan semata-mata.


CINA ISLAM
 Masa Depan Kaum India terletak Kepada BA bukannya BN     BN makin terdesak 
dengan situasi kaum India yang jelas beralih sokongan kepada BA. Semakin hampir 
dengan tarikh PR semakin banyak janji yang kita yakin akan keluar dari mulut 
Pemimpin BN untuk kaum India. Terkini Najib nampaknya bersungguh-sungguh ingin 
membantu orang India.


Najib Tun Razak hari ini berkata, masa depan kaum India Malaysia terletak pada 
BN dan mereka harus bekerjasama di dalam sistem itu dan bukan 
menentangnya.Najib yang juga timbalan pengerusi BN mengingatkan komuniti India 
bahawa hanya kerajaan BN yang boleh memberi jaminan masa depan mereka dan terus 
memperbaiki kedudukan sosio ekonomi mereka."Teruskan mempercayai BN. Ini 
merupakan masa depan semua kaum India Malaysia dan semua bangsa Malaysia. Masa 
depan akan lebih baik jika (mereka) berusaha dalam lingkaran sistem itu dan 
bukan menentangnya," katanya semasa merasmikan konvensyen khas satu hari MIC 
untuk pengerusi cawangan di sini hari ini.

Persoalannya sekarang orang India sudah bersama-sama dengan bangsa lain iaitu 
Melayu dan Cina untuk menentang dasar BN yang berat sebelah. Umumnya mengetahui 
dasar BN hanya mementing kroni dan adik beradik. Apa yang disifatkan Sang 
Kelembai dengan "kerajaan tiga beranak" adalah sesuatu yang telah menjadi 
rahsia umum.

Sudah sekian lama sejak 50 tahun lepas semua bangsa di Malaysia memberi peluang 
kepada BN untuk memerintah Malaysia. Namun nasi telah menjadi bubur atau telah 
hangit semuanya. Kalau beruk dibagi bunga mungkin dikeroyoknya sahaja. namun 
UMNO dan BN diberi bunga, bukan dikeroyok namun dimakannya sekali. Demikianlah 
rosaknya negara akibat dasar BN yang tidak betul.Teruknya.

Marilah kita beralih selama 5 tahun dengan memberi peluang kepada kerajaan BA, 
kalau kami tidak baik dari BN atau sama saja dengan BN dalam melaksanakan 
amanah rakyat. Kami persilakan rakyat memilih kembali BN.

 
  
   Diposting oleh LIM CHUAN HING ABDULLAH 

(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke