ye lah tu.. sudah la.. jgn nak menipu...

[EMAIL PROTECTED] wrote:            Adnan Mansor Jamin Kakitangan Kerajaan Undi 
PAS di Purajaya Tidak Diambil Tindakan  Oleh HermanSamsudeen
   
      Ahli Parlimen Putrajaya, Adnan Mansor memberikan jaminan penuh kepada 
kakitangan awam yang ingin aktif dan mengundi PAS pada pilihanraya akan datang.
   
  Dalam kenyataannya yang dipetik dari NST, 4 Februari 2008, beliau mengakui 
bahawa terdapat kakitangan Kerajaan termasuk di Kementeriannya sendiri yang 
menjadi ahli PAS. Walaubagaimana pun beliau tidak akan mengambil sebarang 
tindakan kepada mereka walaupun beliau kalah pada pilihanraya akan datang 
ditangan PAS.
   
  Kakitangan awam wajib menunaikan hak mereka sebagai pengundi dan tiada 
sebarang undang-undang pun yang boleh melarang mereka mengundi PAS pada 
pilihanraya akan datang.
   
  Seandainya terdapat kakitangan awam yang dipecat atau diambil tindakan 
tatatertib kerana mengundi PAS pada pilihanraya akan datang, peguam-peguam PAS 
bersedia untuk membantu mereka dalam mengemukakan saman kepada Kerajaan Barisan 
Nasional.
   
  Mantan Presiden PAS, Allahyarham Dato’ Fadhil Noor pernah menyaman Universiti 
Teknologi Malaysia (UTM) kerana memecat beliau ekoran tindakan beliau 
bertanding dalam pilihan raya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan Negeri 
(DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah.
   
  Tindakan pihak UTM itu dinafikan oleh mahkamah dan beliau diberikan 
gantirungi diatas pemecatan berkenaan.
   
  Dalam keadaan sekarang kenyataan Adnan Mansor boleh dijadikan satu peluang 
kepada kakitangan kerajaan untuk tampil lebih berani bagi menyertai dan 
mengundi PAS.
   
  PAS Wilayah Persekutuan menyambut baik jaminan Adnan ini dan akan mempastikan 
undi kepada PAS di Putrajaya akan menjadi dominan pada pilihanraya akan datang.




 

  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 
    
---------------------------------
  Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.   

                         

       
---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Kirim email ke