Juga sekadar sharing knowlegde:

Ditambah bacaan dengan bacaan AlIkhlas, InsyaAllah melengkapkan bagai
dipinta, yaitu ikhtiar untuk berlindung dengan Allah Taala daripada
gangguan maanusia, jin dan syaitan.

AlIkhlas mengEsakan Allah. Dia yang tidak beranak dan diperanakkan.
Dia yang lain dari yang lain. Dan Dia dan hanya Dia yang berkuasa
membuat sesuatu.

Allahua'lam.

2008/2/6 Mutalib Ibrahim" <"Abd>:
>
>
>
>
> Dari pengalaman saya sendiri, apabila terkena gangguan jin/syaitan yg
> masuk dalam badan, cuba baca surah 3 Qul seberapa kerap yang boleh dan
> tiup ke dada sendiri supaya gangguan akan reda atau hilang terus. Jika
> dilakukan dengan yakin, saya rasa tidak ada jin/syaitan yang tahan duduk
> dalam orang yang buat macam ni...
>
> >>> "shimaderus" 03/02/2008 19:59 >>>
> Salam,
> Baru2 ini belajar tafsiran surah mu'awwidzah ini - dari perspektif
> yang lain; namun amat menakjubkan!
>
> Jika di kaji, di dalam Surah Al-Falaq disebutkan sifat Allah hanya
> sekali i.e. Al-Falaq dan kita memohon perlindungan Allah dari 4
> perkara iaitu dari
> 1. kejahatan makhluk2 yg Allah ciptakan,
> 2. kejahatan malam apabila telah gelap gulita
> 3. kejahatan tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul
> 4. dan dari kejahatan pendengki/enghasad
>
> Kejahatan2 ini bersifat fizikal
>
> Manakala di dalam Surah An Naas, disebut 3 sifat Allah (Robb - Tuhan,
> Malik - Raja, Ilah - Sembahan manusia) utk 1 perlindungan iaitu Dari
> kejahatan (bisikan) syaitan
>
> Kejahatan bisikan syaitan itu berbentuk spiritual - boleh menjejaskan
> aqidah dan iman. Ini lebih utama - sebab tu kita seru 3 sifat Allah.
>
> Apabila dibacakan kedua2 surah ini, perlindungan yang dipohon dari
> Allah merangkumi kedua2nya i.e. fizikal dan spiritual.
>
> Sekadar sharing knowlegde. Wallahua'lam.
> --- In hidayahnet@yahoogroups.com, Abu Heakal wrote:
> >
> >
> >
> > Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w.
> dahulunya selalu berta'awwudz (mohon perlindungan kepada Allah) dari
> gangguan jin dan "mata manusia", sehingga turunlah dua surat
> mu'awwidzah (iaitu surat-surat Qul a'udzu birabbil falaq dan Qul
> a'udzu birabbin nas.) Setelah kedua surat itu turun, lalu beliau
> s.a.w. mengambil keduanya itu saja (mengamalkannya) dan meninggalkan
> yang lain-lainnya."
> >
> > Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah
> Hadis hasan.
> >

Kirim email ke