(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)


 
DARIPADA PEJABAT AGUNG PAS PUSAT 
 
---------------------------------
   
318A, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur 
Tel: 03-26925000 Faks: 03-26921199
  Penyerahan Nota Bantahan PAS ke Istana Negara 
  
 
Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, akan mengirim "Warkah 
Bantahan" kepada DYMM SPB Yang Dipertuan Agong bagi mengadu darihal beberapa 
kepincangan dalam sistem pilihan raya umum negara yang tidak menepati proses 
demokrasi yang sebenar.

 
PAS akan menyertai Pilihan Raya Umum ke 12 ini, namun mendapati bahawa beberapa 
prosesnya terus diragui dan pincang sehingga bakal mencacatkan sistem demokrasi 
yang diamalkan oleh Negara dan dijamin oleh Perlembagaan dan undang-undangnya. 
Oleh itu PAS terpaksa menyembah aduan kepada Yang Dipertuan Agong memohon agar 
Tuanku maklum dan sedia memerintahkan apa sahaja tindakan yang perlu bagi 
menjamin pilihan raya di negara ini terus berjalan dengan adil dan bersih.

 
Tiga masalah besar yang akan disentuh oleh PAS dalam "Warkah Bantahan" itu 
adalah isu memanipulasi undi pos, proses celup jari yang diragui dan penafian 
akses kepada media. Penyerahan "Warkah bantahan" akan dilakukan pada hari dan 
waktu berikut:

 
                   TEMPAT: ISTANA NEGARA, KUALA LUMPUR 
                   HARI: JUMAAT 15 FEBUARI, 2008 
                   JAM: 3.00 PETANG 

  
Satu sidang media akan dilakukan di sana sebaik sahaja warkah tersebut 
diserahkan. 

  
ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR 
Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS 
  
14 Februari, 2008 
  

---------------------------------
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI/ ANY INQUIRIES PLEASE CONTACT 
Sdr Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir   (019 260 1033) 
Setiausaha Akhbar kepada Presiden / Press Secretary to the President


 Eksklusif    100,000 Pengundi Luar atau Pengundi Hantu?
MSO

UMNO Kelantan dikatakan sedang membuat persiapan terakhir untuk membawa 
kira-kira 100,000 pengundi yang berada di luar khasnya di Kuala Lumpur dan 
Selangor ke Kelantan menjelang beberapa hari sebelum hari mengundi pada pilihan 
raya akan datang. 



Sebuah jawatankuasa khas dibentuk untuk menangani perkara itu termasuk bagi 
mengenal pasti alamat dan juga kaedah atau cara bagi membawa balik pengundi 
berkenaan. 



Sebahaian daripada identiti pengundi-pengundi berkenaan dikatakan telah pun 
dikenal pasti yang dikumpul sejak bulan Ramdhan lalu. Beberapa perjumpaan 
dengan pengundi luar mengikut kawasan mengundi (lokaliti) masing-masing yang 
turut dihadiri beberapa wakil rakyat kawasan tertentu juga diadakan di 
sepanjang bulan Ramdahan lalu. 



Setengah daripada perjumpaan itu dihadiri tidak sampai 50 orang yang didakwa 
pengundi luar. 



Jawatankuasa berkenaan yang dianggotai oleh pemimpin dan pendokong Umno 
tertentu Kelantan yang tinggal di Kuala Lumpur dikatakan mengemukakan cadangan 
bagi mendapatkan kira-kira 500 buah bas untuk tujuan itu. Manakala bagi mereka 
yang akan pulang sendiri ataupun menerusi kenderaan awam seperti bas dan 
keretapi akan dibayar sebanyak RM300 hingga RM500 mengikut destinasi 
masing-masing. 



Barangkali tidak perlu dipersoalkan apakah jumlah sebanyak kira-kira 100,000 
itu benar-benar wujud ataupun sekadar angka yang dicatat kerana motif lain? Ada 
juga pendapat mengatakan angka itu sengaja disebut kerana pihak yang 
menguruskan pengundi itu mahu 'berniaga' dengan angka itu di mana mereka akan 
mendapat peruntukan lebih banyak bila mengemukakan jumlah yang banyak. 



Bagaimanapun maklumat dalaman ini yang diperolehi dari pengawai peribadi tokoh 
politik terkenal Kelantan tidak boleh dipandang ringan. Kemungkinan angka 
berkenaan benar-benar wujud atau sebaliknya. Boleh jadi juga angka pengundi 
luar itu sengaja diwujudkan dengan tujuan lain iaini bagi melindungi pengundi 
hantu yang bakal diimport ke Kelantan. 



Sebelum ini sudah terbongkar aktiviti cuba membawa pengundi hantu ke Kelantan 
pada pilihan raya akan datang. Dari maklumat risikan bebas, Umno bercadang 
untuk memasukan sebanyak 200 hingga 500 orang pengundi hantu ke satu-satu 
kawasan bagi mengatasi Pas. 



Dalam congakan Umno sekiranya mereka dapat menambah pengundi hantu di beberapa 
kawasan yang dikira sukar untuk dimenangi, ia akan dapat ditawannya. 
Kemungkinan wujud pengundi hantu ini juga tidak mustahil. 



Kenyataan Setiausaha Agung Umno, Radzi Sheikh Ahmad mengatakan Pas membantah 
pendaftaran di beberapa kawasan di Kelantan menunjukkan fenomena itu 
seolah-olah wujud dan sedang dikendalikan oleh Umno. 



Kemungkinan apa yang didakwa 100,000 pengundi yang berada di luar itu tidak 
wujud sebaliknya apa yang akan diangkut kelak ialah pengundi hantu yang 
diusahakan seperti mana didedahkan sebelum ini. 



Pas tidak perlu berdiam diri atau menganggap maklumat ini sebagai sampah tanpa 
berbuat sesuatu. Penemuan beberapa 'ekor' pengundi hantu semasa pilihan raya 
kecil Pengkalan Pasir tidak lama dulu mengesahkan aktviti itu benar-benar 
berlaku. [ wm.kl 12:50 am 31/01/08]

  
(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke