assalamualaiku...
   
  kepada yg mengulas tajuk ini,saya ucapkan terima kasih kerana memberi 
komen..bg sy baik tuan baca dan paham dulu kenyataan MB Kelantan ini...petikan 
ini sy ambil dari harakah dan ia adalah kenyataan dari Tuan Guru Nik Aziz..saya 
tidak berapa pandai agama tetapi sy yakin dengan mereka yg pandai agama.apa yg 
mereka lakukan berdasarkan ilmu yg mereka pelajari,bukan hanya dlm bidang agama 
sahaja tetapi dlm bidang lain pun sama..
   
          Guna istilah orang utan bagi sedarkan manusia – Nik Aziz         
Lanjusoh 
Tue | Feb 19, 08 | 3:39:30 pm MYT       KOTA BHARU, 19 Feb (Hrkh) – Tuan Guru 
Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan sekali sekala wajar digunakan 
perkataan yang agak keras bagi menyedarkan manusia.   -->   “Maka orang yang 
tolak Islam bermakna dia tolak anugerah Allah. Dan kalau tolak anugerah Allah 
maksudnya setaraf dengan makhluk haiwan.   “Saya tidak guna perkataan political 
animal tetapi masih menggunakan perkataan orang. Tidak guna istilah animal 
(binatang) hanya sekadar saya sebut orang utan,” katanya ketika ditemui 
pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.   Baru-baru ini ketika bercakap 
kepada pemberita di Kedah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, PAS 
Kelantan bukan berdepan dengan sebuah parti politik di negeri itu pada pilihan 
raya ini sebaliknya orang utan yang tidak tahu undang-undang.   Menteri Besar 
berkata, tujuan menyebut istilah tersebut bagi membolehkan kawan-kawan dalam 
Umno berfikir mengenainya dan jangan mudah cepat melatah.   “Ini kerana
 sekali sekala kita beri nasihat dan sekali sekala kita kena rotan kalau tidak 
endah juga. Ada masa kita nasihat dan ada masanya kita rotan. “Saya sudah 
nasihat dan kalau tidak dengar juga terpaksalah kita rotan,” ujarnya.   Beliau 
mengakui menggunakan istilah tersebut kerana ada manusia berdegil enggan 
mengikut peraturan yang ditetapkan Allah Taala.   “Memanglah saya ada menyebut 
mengenai perkara itu. Bagi menghidupkan manusia Allah Taala mencipta bumi, buat 
langit, buat udara, buat air hujan, dan segala biji-bijian untuk manusia.   
“Tujuan segalanya itu bagi membolehkan manusia mengabdikan diri kepadaNya. 
Islam turun dari langit untuk manusia dan bukannya haiwan,” tambah beliau. 
Menurutnya istilah itu tidak kasar pada pengertian sebenar.   “Sekali sekala 
perlu juga digunakan bahasa yang agak kasar. Allah Taala dalam al Quran 
menyebut al an' aam’ yang bermaksud binatang.   “Allah sebut orang yang menolak 
al Quran macam binatang. Saya hanya sekadar sebut orang utan. Masih
 berlapik lagi menggunakan istilah orang,” katanya.   Bekas pensyarah kanan di 
fakulti pengajian Islam UKM, Dr Mohammad Daud berkata, tidak menjadi kesalahan 
apabila digunakan perkataan orang utan bagi merujuk mereka yang enggan mematuhi 
peraturan agama.   Katanya, istilah orang utan lebih kurang sama dengan orang 
Badwi yang tinggal di padang pasir di negara-negara Arab kerana mereka kurang 
bertamadun.   Kata beliau adalah wajar menggunakan istilah itu bagi merujuk 
kumpulan manusia yang engkar terhadap perintah Allah Taala. - mj 


"abu samah"@yahoo.com wrote:
               Assallamualaikum....
   
     Saya bukan nak mengulas tajuk di bawah, cuma sekadar nak meminjam hadis
     nya :
   
     " Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan
        seorang yang keji dan bukan seorang yang kotor " ( riwayat Ibnu Mas'ud 
RA )
   
     Yang jadi persoalan " mengapa tuan guru Nik Aziz sanggup mengatakan bahawa
     orang UMNO adalah org utan ( kalau tak silap saya ketika berita ).
     Kita tau sekarang musim pilihan raya semua jadi isu....tapi janganlah 
sampai
     begitu. Mana peginya Islam seorang itu sehingga sanggup cakap macam tuu...
     
     Apakah masa pilihan raya nak dekat dihalalkan mengutuk sesama islam ?.
     Kalau dah tau UMNO tuu...org utan, mengapa masih bersalaman dengan BAPA 
     SEGALA ORG UTAN DI PERASMIAN KORIDOR TIMUR DI KELANTAN DULU.
     Berpimpin tangan lagi, jadi yang MANUSIA yang dipimpin tuu mungkin dah
     buta atau tak sihat akal fikiran atau memang tak tau erti persaudaraan . 
Masa
     berhadapan cakap BAPA SEGALA ORG UTAN AKAN BAWA PERUBAHAN BARU
     PADA KELANTAN tapi musim pilihan raya tembak balik...
   
     Saya begitu kecewa dgn cara beliau mengeluarkan pendapat, beliau adalah
     ikon pada saya dari segi keugamaan dan cara hidup.....tapi musnah ketika 
ini.
     Saya dan ahli keluarga saya dari PAS tapi bila terdengar pendapat beliau 
kami
     sekeluarga jadi bengang dan berfikir mengapa ini terjadi....
   
     Saya percaya ramai penduduk Kelantan yang ketua keluarganya ( bapa ) 
adalah 
     orang UMNO dan anaknya pengikut PAS atau sebaliknya....Jadi apa SPESIS 
ini?.
   
     Tak heranlah jika terjadinya orang islam PAS tak bole makan sembelihan 
orang 
     islam UMNO, cerai berai, sembahyang 2 imam dll . Fikirkanlah macam mana
     ianya terjadi.
     
     INGATLAH WAHAI PEMIMPIN SEKELIAN ( UMNO, PAS, PKR DLL ) CARA 
     HITUNGAN ANDA ADALAH LEBIH TERPERINCI DARI KAMI SEMUA.
     Kat sana tak kenal siapa TUAN GURU Nik Aziz, PERDANA MENTERI Abdullah
     Ahmad Badawi, DATUK SERI Anwar Ibrahim, jangan disebabkan pilihan raya
     hinggakan mulut tak terjaga tujuan hanya satu NAK MENANG .
   
     Ataupun Tuan Guru Nik Aziz nak menyaingi si Khairy tuu...yang kita tak tau 
sedalam
     mana ilmu agamanya?.
     Padanlah keduanya, sorang panggil orang monyet dan sorang lagi panggil org 
utan
     ada baiknya kedua dikurung dalam satu kandang....kesiannya org kita kerana
     politik sanggup memfitnah, memburuk serta menjatuhkan darjat manusia ke 
taraf 
     haiwan secara sedar.
     Insaflah wahai manusia akan tiba hari pembalasan atas apa yang kita 
kerjakan
     ITU ADALAH JANJI ALLAH SWT.
   
     Betulkan saya jika tersalah
     Wassallam
     
    ----- Original Message ----- 
  From: studioperintis 
  To: Ikhwanul Muslimun 
  Sent: Monday, February 18, 2008 8:27 AM
  Subject: [SPAM] Help Palestine [hidayahnet] Teknik Bertengkar Secara Positif
  

      Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada 
di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga." 
  (Riwayat Anas Bin Malik)
  Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? 
Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan 
berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang 
yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi 
apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’
  
  Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang 
lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri 
anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang 
akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat 
diramalkan. 
  
  Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika 
kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh 
akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah 
sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar. 
  
  Sabda Rasulullah s.a.w: 
  "Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang 
yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor." 
  (Riwayat Ibnu Mas’ud RA) 
  
  Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah 
orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang 
sangat keji ini. 
  
  Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang 
positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan 
pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai 
tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu 
yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini 
adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya 
tidak ada penyatuan antara suami dan isteri. 
  
  Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih 
sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan 
sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, 
janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon 
yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, 
pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda. 
  
  Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:
  1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing 
pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun 
tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. 
Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan 
daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan 
perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan 
menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan 
secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan. 
  2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yang 
mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit 
kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. 
Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi 
menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia 
meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran 
anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.
  3. Jangan membalas perbuatannya – Sebagai contoh, pasangan anda 
bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar 
bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan 
lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri 
anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan 
perhubungan anda sendiri. 
  4. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, 
isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan 
antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti 
tidak sama dengan pandangan anda. 
  5. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan 
masalah akhirnya akan turut menjadi masalah. 
  6. Jangan tinggikan suara – Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, 
semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan 
menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan 
tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya 
dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat. 
  7. Gunakan panggilan manja – Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan 
panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih 
sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan 
dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan 
kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.
  8. Elakkan terlalu emosional – Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda 
akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya 
terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung 
berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya. 
  9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, 
gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan 
masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan 
ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah 
engkaulah!"
  10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana 
tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama 
sendiri.
  11. Dengar luahan isteri – Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh 
isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika 
ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan 
cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.
  12. Jangan bergaduh di depan anak – Dengan bergaduh di hadapan anak, anda 
hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka 
yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan 
berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal 
ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.
  13. Bersabar – Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal 
berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari 
isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling 
segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.
  14. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda 
sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya 
hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk 
menyelesaikan masalah anda. 
  15. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak 
menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa 
tindakan anda sebenarnya betul.
  16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Selalu menonton drama di TV? 
Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh 
untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda 
ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan 
dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. 
Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan 
mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan 
dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa 
tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit 
ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap 
permasalahan anda berdua. 
  17. Luahkan – Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut 
perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda 
menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar 
anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda. 
  
  18. Pelukan dan kemaafan – Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. 
Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk 
pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara 
seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan 
anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih 
hebat.
  Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam 
buku Manual Kerja Super Suami. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh 
didapati di www.books.perintis.com.my.
   
  

  

                         

       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke