BOHONG! Media BN Contohi Sikap Buruk Abdullah  Oleh HermanSamsudeen
   
      Dalam dua tiga hari ini, episod pembohongan Abdullah Badawi semakin 
menjadi trend terbaru yang turut dicontohi oleh wartawan media arus perdana 
yang dikuasai oleh BN. Pada 12 Februari lalu Abdullah @ Dollah telah 
mengeluarkan kenyataan bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan pada 13 Februari. 
Walaubagaimana pun, pada waktu tengahari keesokkan harinya beliau menjual nama 
Yang DiPertuan Agong untuk membubarkan Parlimen secara mengejut. Ini adalah 
tabiat buruk Dollah yang mana berbohong itu adalah sifat terkeji kolongan 
munafik.
   
  Kini, para wartawan khususnya dari Bernama telah turut sama menyertai pakatan 
munafik ini dan turut sama memainkan peranan dalam membohongi rakyat.
   
  
  Mat Sabu Diserang
   
  Beberapa ucapan pemimpin PAS menjadi sasaran yang kemudiannya diputar 
belitkan oleh mereka untuk kepentingan BN. Kenyataan ringkas Mat Sabu diputar 
360 darjah menjadikan tajuk berita mereka semakin hangat dengan headline “Mat 
Sabu tak yakin menang di Terengganu”.
   
  Jawapan Mat Sabu bahawa BN mempergunakan jentera Kerajaan termasuk SPR untuk 
mengalahkan PAS ditukarkan kepada istilah “Mat Sabu tak yakin menang di 
Terengganu” dalam Berita Harian dan “Mat Sabu lari lagi” dalam Utusan Malaysia.
   
  Walaubagaimana pun, penyokong PAS telah sedia maklum bahawa itu hanyalah 
taktik bodoh media untuk menarik perhatian pembaca dan penyokong BN.
   
  Kenyataan Husam Di Putar Belitkan
   
  Seterusnya, Datuk Paduka Husam Musa turut menjadi mangsa dan media berbohong 
dengan mengungkapkan ayat berikut sebagai kenyataan beliau bagi menjawab 
persoalan berhubung kemampuan PAS menguasai Parlimen dengan hanya bertanding di 
60 buah kerusi.
   
  “(Negara Kebajikan) itu, untuk pujuk rakyat supaya terima kita. Buat 
permulaan ini, kita tidak berhasrat memerintah negara, PAS hanya mahu 
mengurangkan majoriti dua pertiga yang diperoleh Barisan Nasional(BN)sebelum 
ini.
   
  “Negara kebajikan itu sebagai tawaran. Kalau kita tak beri tawaran, macam 
mana rakyat nak buat pilihan,”
   
  Jelas disitu ada keraguan yang cuba ditimbulkan dengan cuba membesarkan isu 
PAS bertanding di 60 kerusi parlimen sahaja. Persoalan ini harus dikemukakan 
bersama fakta yang lengkap dimana PAS telah berunding dengan KeADILan dan 
beberapa parti pembangkang lain dari segi pembahagian kerusi dalam konteks satu 
lawan satu disemua Parlimen dan DUN.
   
  Itu bermakna PAS memang bertanding di 60 kerusi dan baki kerusi parlimen lain 
telah diagihkan dengan parti pembangkang yang lain. Ini sekaligus 
memperjelaskan bahawa Gagasan Negara Berkebajikkan itu pasti terlaksana dengan 
kemenangan majoriti komponen Alternatif dengan meletakkan kekalahan tipis 
sebagai pilihan terakhir dan kemenangan mutlak menjadi satu matlamat utama pada 
masa ini.
   
  Persoalan bahawa Husam akui ketidakmampuan PAS dalam melaksanakan Gagasan 
Negara Berkebajikkan sedikit pun tidak disentuh.
   
  Penipuan ini jelas dilakukan media BN bagi menyesatkan rakyat untuk tidak 
bersama parti pembangkang yang lebih layak memimpin negara ini.
   
  Ucapan Dr. Lo’lo dipotong
   
  Ucapan Dr. Lo’lo Hj Ghazali pada 19 Februari turut membuktikan bahawa media 
BN telah kehilangan daya fikir hingga sanggup memutar belitkan fakta.
   
  Dakwaan bahawa Dr. Lo’Lo akui sukar tawan Titiwangsa dalam Bernama adalah 
tidak benar. Apa yang dikatakan Dr. Lo’lo adalah berkaitan dengan sikap SPR 
yang terang-terangan berusaha memenangkan BN.
   
  Dr. Lo’lo menjadi calon wanita pertama PAS Wilayah Persekutuan dan dijangka 
akan membuat kejutan melalui penambahan sokong dari kaum wanita, khususnya dari 
kalangan pengundi India dan Cina. Walaubagaimana pun kenyataan beliau bahawa 
PAS memang sukar mengalahkan BN sekiranya SPR masih lagi menjadi agen mereka 
bersama dengan Polis telah dipendekkan dengan hanya meletakkan tajuk “Calon PAS 
Akui Sukar Tawan Titiwangsa” dalam Bernama.
   
  Hakikatnya, PAS Titiwangsa kali ini berada dalam tahap terbaik untuk 
mengegarkan Parlimen Titiwangsa dan saban waktu jentera-jentera PAS, Pemuda dan 
Muslimat turun bersama rakyat bagi menyampaikan risalah.
   
  Sokongan bukan Melayu meningkat secara mendadak dan terdapat penyokong bukan 
Melayu yang mendaftarkan diri sebagai petugas kempen dalam Pilihanraya akan 
datang. Keterbukaan PAS semakin disenangi dan kezaliman BN semakin disedari.
   
  Rentetan pembohongan ini sebenarnya tidak memberikan apa-apa kesan kerana 
rakyat kini semakin bijak dan tahu menilai baik dan buruk terhadap apa yang 
mereka lakukan. Tindakkan memutar belitkan kenyataan pemimpin PAS hanyanya 
membuang masa dan tidak mendapat tempat dihati rakyat.
   
  Benarlah kata-kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz bahawa 
orang Umno kini umpama ‘orang utan’ yang ghairah memainkan isu walhal mereka 
sendiri terperangkap dengan pelbagai sindiket penipuan terancang yang sedia 
dimaklumi rakyat.
   
  Oleh itu, kepada penyokong dan para pengundi, inilah masanya untuk kita 
mengajar mereka erti berterima kasih dan merakyat. Undi anda untuk PAS dan BA 
amat penting dan selayaknya ada tidak mengikuti kebebalan ‘orang utan’ yang 
menerima ilmu atau informasi secara stereotype tanpa memikirkan kesannya dimasa 
hadapan.
   
  Seandainya rakyat masih enggan berubah maka tunggulah saat kehancuran negara 
ditangan-tangan pemimpin rasuah dan penipu yang ditaja oleh BN.




aHmadHazieq <[EMAIL PROTECTED]> wrote:    Wilayah Persekutuan Negeri Pertama 
Umumkan Calon PAS  Oleh HermanSamsudeen 
   
      
   
  Kuala Lumpur, 20 Februari : PAS Wilayah akhirnya memulai langkah, mendepani 
semua negeri dan parti-parti Barisan Nasional dan secara rasminya mengumumkan 3 
calon yang akan membawa panji PAS pada pilihanraya ke-12 ini.
   
  Peristiharan itu dilakukan lewat malam tadi oleh Presiden PAS sendiri, Tuan 
Guru Dato Seri Abd Hadi Awang, di Markas PAS Titiwangsa.
   
  HJ. Mohamad Noor Mohamad yang sebelum ini bertanding di parlimen Titiwangsa 
bertukar ke Parlimen Putrajaya. Tempat beliau digantikan oleh AJK PAS Pusat 
yang juga Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa, Dr. Lo’lo Dato’ Hj. Ghazali. PAS 
Labuan pula diwakili oleh Sdr. Matusin Abd Rahman, iaitu YDP PAS Labuan.
   
  Lebih 2000 penyokong Barisan Alternatif membanjiri Markas PAS Titiwangsa 
untuk melihat sendiri calon-calon PAS Wilayah Persekutuan. Para petugas PAS 
Wilayah Persekutuan kini berada dalam tahap terbaik untuk memberikan saingan 
sengit kepada Jentera Barisan Nasional dalam Pilihanraya kali ini.
   
  Sebelum pengistiharan calon, Presiden telah melancarkan T-Shirt rasmi Petugas 
 PAS dengan memakaikannya kepada seorang petugas berbangsa India, Sdr. Rama 
yang secara simboliknya menunjukkan sokongan padu kepada PAS walaupun berbeza 
agama, tetapi satu matlamat.
   
  
   
  Presiden dalan ucapan beliau, menekankan bahawa semua pihak kini mengharap 
Keadilan, Kesejahteraan dan inginkan negara ini diperintah dengan sebaiknya 
oleh pemimpin yang jujur. Dan pemimpin-pemimpin PAS adalah alternatif kepada 
pemimpin korupsi yang saban musim mewakili BN.
   
  PAS akan bertanding di lebih 60 kerusi parlimen dan semua jentera PAS kini 
diminta untuk melipatkan gandakan gerak kerja kempen bagi memastikan rakyat 
dapat menerima maklumat yang betul terhadap isu-isu semasa.




    
  Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya 
  DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
  Bank Islam : 14023010000110
  Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :
  Khairil : 019-5732576 @ Hilmy : 016-2333024


  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 
    
---------------------------------
  Never miss a thing. Make Yahoo your homepage. 


    
  Sumbangan anda diperlukan bagi mengisi tabung pilihanraya 
  DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
  Bank Islam : 14023010000110
  Untuk Sumbangan Peralatan, Bahan Kempen dan Sebagainya sila hubungi :
  Khairil : 019-5732576 @ Hilmy : 016-2333024


  Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com 

       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke