Untuk penghebahan, semoga ada bantuan untuk calon Barisan Rakyat. Beliau telah banyak menghabiskan usaha beliau untuk memperjuangkan hak-hak rakyat yang tertindas dan ditindas sejak dari dulu lagi. Sila layari untuk mengetahui maklumat lanjut. http://www.sivarasa4subang.com/welcome.php Urgent! KeADILan Appeal For Volunteers A strong, effective, and powerful Barisan Rakyat team in Parliament and State Assemblies can change politics and change Malaysia for the better. We urgently need volunteers to help us achieve this objective. People power starts with you. Help us now to stand up for you in the future Volunteers are needed ASAP for the following: Media persons To accompany candidates on their walkabouts, cover the event, and do the write-up. Bring along your cameras please. Canvassing and leafleting As you know we do not have access to the mainstream media. This is therefore an extremely urgent and pressing need. We will brief volunteers on how to go about spreading the word and reaching voters. For Polling Day, 8 March 2008 Polling agents and Counting agents. Volunteer early as you must be briefed and registered for these jobs. Cars and drivers Your assistance to ferry people to polling stations within the vicinity will be much needed and appreciated.
Bilik Gerakan Address Parti Keadilan Rakyat,P107 Subang Campaign, 9G,Jalan Sepah Puteri PJU 5,Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya. Contacts Bilik Gerakan : 03-61571842 Irene Fernandez: 012-316 3011 Latheefa Koya: 012-384 2972 Bruno: 012-312 9300 Websites www.sivarasa4subang.com www.elizabethwong.org VOLUNTEER NOW. YOU CAN MAKE A DIFFERENCE! To make a financial contribution to this campaign, please wire your funds to: Bank Name CIMB Bank Berhad, PJ Sect 14 Payee Name Sivarasa Rasiah Account Number 1249-0014131-05-2 ----------------------------- Sokongilah Perubahan - Undilah Sivarasa Rasiah! Oleh Dr Farish A. Noor (28 Februari 2008) Dewasa ini kita, masyarakat umum Malaysia, semakin matang dan terbuka fikiran kita: Dalam era globalisasi dimana maklumat dan ilmu marak di alam maya internet dan arus media alternatif yang lain, kita telah terdedah kepada isu-isu dan kasus-kasus penyelewengan dan kesalah-gunaan kuasa yang begitu jelas dan yang telah melemahkan kepercayaan kita kepada institusi-institusi Negara kita ini. Walhal kerajaan BN telah memerah tenaga dan daya usaha masyarakat Malaysia sebegitu lama, demi nama pembangunan dan perkembangan ekonomi, dewasa ini kita dapat lihat bahawa perkembangan ekonomi yang telah berlaku sebegitu pesat pada tahun 80-an dan 90-an tidak membawa begitu banyak faedah kepada masyarakat umum. Kemushkilan dan kecurigaan kita berusul dari kesedaran bahawa wujudnya jurang yang begitu besar antara wacana kerajaan BN yang manis, luwes dan idealis, dan realitas pada tahap kehidupan harian berjuta masyarakat Malaysia: Kaum minoritas masih terasa bahawa mereka merupakan kaum tertindas; perbedaan kelas, kekayaan dan kuasa memisahkan kita dari satu sama lain. Malangnya, walaupun Malaysia mengakui dirinya sebagai Negara yang membangun, dari segi budaya politik dan iklim politik Negara kita, kita masih dibelengu oleh budaya politik yang bersifat feudal dan tidak adil. Jurang antara golongan elit yang me-monopolisasikan kuasa didalam tangan mereka dan golongan masyarakat yang dahagakan pembaharuan dan perubahan itulah yang mewujudkan gerakan reformasi pada tahun 1998-1999 dulu. Antara tokoh-tokoh penting yang berani menyuarakan keinginan rakyat pada detik bersejarah itu adalah saudara Sivarasa Rasiah. Sivarasa Rasiah merupakan salah seorang tokoh aktivis-politik yang telah memberikan komitmen mutlak kepada perjuangan untuk perubahan ini. Beliau merupakan salah seorang aktivis yang telah membuktikan keberanian dan keupayaan beliau untuk berjuang demi nama hak masyarakat Malaysia secara menyeluruh, tidak mengenal perbedaan bangsa, kelas ataupun agama. Rekod beliau bebagai seorang peguam membuktikan bahawa beliau begitu perihatin terhadap keadaan golongan yang miskin, tertindas dan mereka yang tidak berupaya untuk menyuarakan desakan mereka. Pentadbiran BN waktu ini telah gagal dalam proses me-reformasikan diri mereka sendiri. Janji-janji manis yang dihidangkan kepada rakyat Malaysia pada pilihanraya umum tahun 2004 jelas tidak ditunaikan; malah kita dapat lihat bahawa budaya politik feudal dan monopolistik BN semakin kuat dan mendalam, menular masuk kepada setiap institusi dan cabang kerajaan dan pentadbiran Malaysia. Masanya telah tiba bagi kita, warga Malaysia bersama, untuk menuntut hak asasi kita sebagai warganegara Malaysia: Negara-bangsa Malaysia ini merupakan tanahair dan hak milik kita, rakyat Malaysia belaka; dan bukanlah hak milik segelintir elit yang bermaharajalela sewenang-wenangnya. Perubahan yang kita tuntut itu bukanlah perubahan yang aneh, ganjil walaupun mustahil, tetapi tuntutkan asas supaya Negara kita dikembalikan kepada masyarakat Malaysia itu sendiri. Kita mahukan perubahan sosial, ekonomi dan insitusi dimana kerajaan yang dilantik itu terdiri dari individu-individu yang berkewibawaan dan perihatin kepada kehendak masyarakat Malaysia sendiri. Oleh kerana itulah, kita patut menyokong pemimpin seperti saudara Sivarasa, dan teman-teman seperjuangannya, yang ingin mengembalikan hak asasi manusia kepada warga Malaysia itu sendiri. Perubahan tidak akan berlaku tampa perubahan pemimpin yang berkaliber, berkewibawaan, ikhlas dan jujur. Saudara Sivarasa Rasiah merupakan salah seorang perjuang yang mendekati ideal ini. Sokongilah Sivarasa, Semarakkan Pembaharuan Dan marilah kita memajukan Malaysia Bagi seluruh rakyat Malaysia. muat turun http://bp1.blogger.com/_aiFE7ZtiAks/R8gtQKrv7JI/AAAAAAAAG9w/ZZG5L47zdZ0/s1600-h/tn_UNDI%5B1%5D.JPG --------------------------------- Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.