Adik Nur Aisyah Umairah binti Fazil baru berusia 1
tahun 10 bulan. Beliau menghidapi penyakit jantung
berlubang serta “down syndrome”. Bapanya Fazil bin
Lahadi hanya bekerja sebagai pembantu kantin di salah
sebuah kilang di kawasan industri Taman Tasik Jaya,
Senawang. Ibunya adalah merupakan suri rumah sepenuh
masa dan perlu memberikan sepenuh perhatian kepada
puteri kesayangan mereka.

Encik Fazil telah membawa anaknya ke Institut Jantung
Negara untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Pada 8
Mei 2008 ini temujanji telah ditetapkan oleh IJN untuk
menentukan apakah bentuk rawatan seterusnya. Sekarang
ini setiap dua minggu Encik Fazil akan mendapatkan
rawatan perubatan untuk anaknya di Hospital Seremban.

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memberikan Kad
Kenal Diri Orang Kurang Upaya untuk mendapatkan
perubatan percuma. Tiada bentuk bantuan lain yang
diterima setakat ini kerana belum berkesempatan untuk
menemui mana-mana pihak. Pihak Jawatankuasa Surau dan
Taman setempat sementara itu sedang mengusahakan
bantuan segera kepada Encik Fazil sekeluarga.

Menurut Encik Fazil , doktor telah menasihatkan beliau
supaya memberi susu rumusan khas untuk anaknya iaitu
“Progress Gold”. Untuk perbelanjaan susu anaknya
sahaja memerlukan belanja RM 300 sebulan. Dengan sewa
rumah RM 300 sebulan , perbelanjaan lampin , barangan
dapur dan sebagainya menyebabkan Encik Fazil tidak
mampu untuk membaiki motosikal lamanya yang telah
berbulan-bulan rosak. 

Majikannya membantu beliau untuk berulang alik ke
tempat kerja.

Menurut Encik Fazil lagi anaknya Nur Aisyah hanya
minum susu dan tidak mahu makan apa-apa, walaupun puas
beliau mencubanya. Walaupun usia adik Nur Aisyah
hampir mencecah 2 tahun, berat badannya hanya 9 kg dan
masih belum pandai berjalan.

Encik Fazil serta isteri beliau Hasnah binti Hussin
pada ketika ini menyewa di Taman Alamanda dalam DUN
Paroi kawasan Parlimen Rembau.

Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan
bolehlah menziarahi Encik Fazil sekeluarga di

No 89 , Jalan Alamanda 5
Taman Alamanda , Senawang
70450 Seremban
Negeri Sembilan
Tel : 017-6328947

Rujukan IJN : No KP 060509050188 Nur Aisyah Umairah
binti Fazil


     
  Rozmal http://waghih.blogspot.com 
  Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
  Kelab AMAL NS http://amal-ns.blogspot.com 
  Institut Kajian Angkasa http://ikam-space.blogspot.com 
  Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa-ns.blogspot.com 





      
____________________________________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and 
know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.  
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ 

Reply via email to