(sumber: renungan2u.wordpress.com)

 Demokrasi berparlimen di Malaysia memberi ruang kepada semua warga
Negara yang berumur 21 tahun ke atas untuk membuat pilihan seorang
wakil rakyat untuk kerusi Parlimen dan seorang untuk kerusi DUN.Umur
21 dalam perlembagaan Malaysia adalah umur warganegara yang matang,
faham, tahu implikasi segala tindakannya, rasional dan
bertanggungjawab membuat pilihan.

Semua rakyat yang berumur 21 tahun dan ke atas adalah layak untuk
memilih dan dipilih tanpa mengambil kira keilmuan dan pengalaman
mereka.Ini bermakna sepanjang 13 tahun lalu mereka telah dididik dan
dijelaskan akan tanggungjawab ini semasa proses pembelajaran yang
mereka lalui.

Namun apabila ditinjau dalam sistem pembelajaran selama 13 tahun,
maklumat yang diberikan hanyalah sekadar membolehkan pemerintah yang
sedia ada akan terus bertahan. Kerana semua dasar pendidikan,
objektif dan sifat manusia yang ingin dibentuk, metodologi kurikulum
dan kokurikulum yang diajar, bahan dan sikap para guru ditentukan
oleh pemerintah sedia ada dan berpandukan perlembagaan sedia ada.

Apabila ditinjau dalam dasar dan amalan kenegaraan lain; penerbitan,
penyiaran, budaya tahun baru, budaya menyambut hari-hari kebesaran
dan perayaan, promosi hiburan,  penjanaan ekonomi berasaskan
perbelanjaan tidak berhemat dalam diri masyarakat, filem-filem dan
drama yang ditayangkan, berita-berita yang dipaparkan dan
sebagainya, lebih memeberi kesan kepada keruntuhan jati diri dan
kepekaan terhadap tuntutan syariat Islam.

Oleh itu kualiti dan penghayatan Islam secara umumnya sama sahaja
dikalangan orang-orang Islam sama ada yang menjadi pemerintah
mahupun pembangkang dan yang membezakan mereka adalah manifesto yang
diutarakan. Walaupun sesiapa sahaja yang memerintah akhirnya kualiti
insan yang lahir daripada sistem pendididikan sedia ada itulah juga
kualiti insan yang akan menjalankan segala dasar dan manifesto. (
Melainkan jika manusia ini dilahirkan semula melalui sistem tarbiah
berasaskan sibghatullah)

Apabila kerajaan pemerintah ingin menjalankan projek pembangunan
yang bernilai  berbilion ringgit apakah syarikat yang akan
melaksanakannya akan diambil daripada syarikat asing yang tidak ada
kena mengena dengan diri mereka atau keluarga mereka atau kroni
mereka.??? Kalau pembangkang berkuasa dan memerintah apakah perkara
ini tidak berlaku???. Apakah rasuah boleh dibenteras??

Berlaku atau tidak bukan jawapan yang mahu diandaikan di sini tetapi
yang yakin kedua-dua pihak pemerintah mahupun pembangkang dan semua
jentera kerajaan semuanya lahir dan dibesarkan dibawah sistem yang
sama, amalan hidup yang sama, budaya masyarakat yang sama walaupun
ada perbezaan ia adalah perbezaan individu secara nisbi hasil
mujahadahnya sendiri bukannya lahir daripada sistem  pendidikan yang
terpadu sejak kecil lagi.

Apa yang nyata amalan hidup keislaman yang menjadi amalan hidup
generasi sahabat r.a. bukan lagi amalan yang menjadi sistem hidup
generasi muslim dibawah sistem yang dicipta oleh penjajah ini.

Kebanyakan orang yang berjuang  melalui sistem demokrasi bertujuan
untuk menikmati kehidupan yang lebih baik di dunia ini atau ingin
mempertahankan kenikmatan yang telah dikecapi  supaya tidak
berpindah kepada orang lain. Tujuan-tuijuan ini walaupun ia tidak
bercanggah dengan Syarak tetapi ia hanya dicapai apabila lahirnya
manusia-manusia yang bertakwa dan soleh.

Sebaliknya orang yang berjuang untuk mendapatkan keampunan Allah dan
syurganya tidak akan terlibat dengan pertarungan sengit melalui ,
keji mengkeji, umpat mengumpat, irihati, dendam kesumat.

Mereka tahu selagi masyarakat Islam masih jahil mengenai agamanya,
jauh dan rapuh hubungan mereka dengan Allah, bergelumang dengan tipu
daya dunia, meninggalkan beristighfar, meninggalkan berjaga malam
untuk memohon keampunan Allah, tidak membimbing diri untuk menjadi
hamba yang ikhlas, tidak membimbing isteri dan anak-anak untuk
menghayati kehidupan dibawah kecintaan kepada Allah, tidak mengasihi
jiran dan masyarakat dan membimbing tangan mereka untuk mengenal dan
mencintai Allah maka masyarakat itu bukanlah masyarakat yang
bertakwa. Maka mereka tidak akan mengharap untuk menjadi pemimpin
kepada golongan ini.

Kerana mereka hanya ingin menjadi pemimpin kepada orang-orang yang
bertakwa:



æóÇáøóÐöíäó íóÞõæáõæäó ÑóÈøóäóÇ åóÈú áóäóÇ ãöäú ÃóÒúæóÇÌöäóÇ æóÐõÑøöíøóÇÊöäóÇ 
ÞõÑøóÉó ÃóÚúíõäò æóÇÌúÚóáúäóÇ
áöáúãõÊøóÞöíäó ÅöãóÇãðÇ  "



" dan orang-orang yang berkata : Tuhan kami, kurniakanlah kepada
kami isteri-isteri dan zuriat yang sejuk mata kami memandang mereka
dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang-orang yang bertakwa".. Al-
Furqan [25:74

Oleh tuntutan dakwah masa kini lebih kepada membina asas-asas daulah
Islam melalui pembentukan masyarakat Islam yan tertegak di atas
gabungan keluarga-keluarga Islam. Keluarga Islam itu pula asasnya
insane-insan yang bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla. Untuk tujuan
itu gerakan Islam perlu melipatgandakan kerja-kerja dakwah, tajmik
dan takwin bagi mengubah manusia berasaskan sibghatullah.

Namun penglibatan dalam pilihanraya adalah satu kewajiban amar
makruf dan nahi munkar bagi meletakkan suara-suara Islam ditempat-
tempat membuat keputusan dan perundangan. Maka atas asas ini kita
wajib bertolong menolong sesama golongan yang ikhlas berjuang untuk
Islam tanpa mengabaikan tuntutan kerja-kerja Islam di marhalah ini.

Perubahan tidak akan berlaku jika majoriti manusia masih  tidak
mahukan Islam, atau pejuang-pejuang yang mendakwa ingin melaksanakan
Islam tidak begitu meyakinkan kemampuan mereka dan masyarakat belum
sanggup menanggung risiko terhadap tekanan kuasa-kuasa Barat yang
anti Islam jika golongan Islamis berkuasa.


Reply via email to