Hati hati ..terlalu awal untuk kesimpulan sama ada puas hati ....!
   
  Teruskan jadi pressure group ..sememangnya jika kita lihat polisi 30 % 
   
  Sesuatu projek perumahan Free Hold mesti diperuntukan 30% untuk Bumiputra (M 
layu) lah tapi realitinya ..bila orang M layu nak beli dikatakan dah habis jual 
..! ! ! 
  Fikir2kanlah cakap lembut gigi dari lidah ..!
   
  >>>>>>>>>>>>>>>>>>>.<<<<<<<<<<<<<<<<<<

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
          Sumber: www.al-ahkam.net 
   
  Oleh Bernama 
Jumaat, 14 Mac 2008 
PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta rakyat Pulau 
Pinang tidak mendengar khabar angin yang boleh merosakkan semangat muhibah 
antara kaum di negeri ini. 
  Beliau berkata tindakan golongan tidak bertanggungjawab yang menyebarkan 
pelbagai khabar angin itu boleh menjejaskan usaha kerajaan baru mewujudkan 
keharmonian di negeri ini. 
  

  
  
"Kerajaan baru ini adalah kerajaan untuk semua rakyat Pulau Pinang tidak kira 
latar belakang politik, kaum dan agama. Kami memang hendak mewakili semua 
rakyat negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan 
tertutup dengan 21 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam di pejabatnya di sini hari 
ini. 
  
Turut hadir pada perjumpaan itu ialah kedua-dua Timbalan Ketua Menteri I dan II 
iaitu Mohammad Fairus Khairuddin dan Prof Dr P.Ramasamy. 
  
Pada pertemuan itu, Lim sekali lagi mengulangi jaminannya bahawa kerajaan 
gabungan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan meminggirkan orang Melayu 
dan penganut agama Islam. 
  
"Kedudukan Islam tidak dipertikaikan dan semua khabar angin tentang azan tidak 
boleh dilaungkan adalah tidak benar, ini pertama kali saya dengar cerita 
seperti ini. 
"Kita mahu dengar suara rakyat jadi jika suara rakyat nak didengar maka suara 
azan juga nak didengar," katanya. 
  
Pada pertemuan itu, Lim juga memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan 
perbincangan dengan Mohammad Fairus mengenai kedudukan orang Melayu di Tanjung 
Tokong. 
"Tanjong Tokong adalah kawasan penempatan Melayu pertama yang saya lawati 
sebelum mengangkat sumpah jawatan dan saya beritahu penduduk di sana bahawa 
mereka ada kawan di pejabat Ketua Menteri," katanya. 
  
Sementara itu penasihat Jemaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang Dr Danial 
Zainal Abidin yang mengetuai 21 NGO Islam dalam pertemuan dengan Lim berpuas 
hati dengan penjelasan yang diberikan berhubung kedudukan orang Melayu dan 
penganut agama Islam di negeri ini. 
      
---------------------------------
  
  Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.
  
                           

       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Reply via email to