Menurut Kitab al-Fusul oleh al-Imam Ibn Kathir mmg terdapat khilaf ttg tarikh 
kelahiran Nabi saw. Tetapi 12 Rabi' adalah plg masyhur di kalangan jumhur 
ulama. Jgn pula kita melampu dalam mengkritik Ibn Ishaq kerana ramai ulama 
menganggap beliau sebagai hujah dalam ilmu sirah. Bahkan Ibn Kathir sendiri 
menganggap beliau sbg al-Imam. (Rujur al-Tafsir)

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:            Saya sangat setuju 
dengan cadangan ini.Dari banyak bacaan buku sirah dan perkiraan secara modern 
masa kini 12 rabiu'l awal tidak jatuh pada hari isnin. Jika Isnin yang kita 
pegang ia pula bukan 12 rabiu'l awal. Yang mana satu? Saya juga confuse kerana 
kalendar muslim bermula pada tahun hijrah 53 tahun selepas kelahiran. bagaimana 
dikira tarikh kelahiran junjungan Nabi s.a.w? Sekian, salam.   

  ----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, March 16, 2008 23:25:58
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Maulid: PENILAIAN SEMULA TARIKH KELAHIRAN 
DAN KEWAFATAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

    
http://al-ahkam. net/home/ modules.php? 
op=modload&name=News&file=article&sid=14793

        Maulid: PENILAIAN SEMULA TARIKH KELAHIRAN DAN KEWAFATAN NABI MUHAMMAD 
S.A.W.    Posted by : zain-ys on Tuesday, April 11, 2006 - 04:38 PM CCT 1499 
Reads  Printer Friendly Page 
      
        
            
  Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang 

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan 
kita Nabi Muhammad s.a.w.  serta para sahabatnya. 

Masyarakat Islam di negara kita umumnya menerima tarikh 12hb. Rabiul Awwal 
sebagai hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ( Maulidur Rasul ) . Fakta ini 
perlu di kaji semula kerana didapati bercanggah dengan fakta sejarah, hadis dan 
sains. 



  Disamping itu, sekiranya  diterima juga tarikh wafat Nabi s.a.w. pada 12hb. 
Rabiul Awwal, (sebagaimana dipercayai umum),  ia akan menimbulkan  satu konflik 
di dalam jiwa masyarakat yang mana di satu pihak mereka merayakan kelahiran 
Nabi s.a.w. dan bergembira kerananya sedangkan di pihak lain pula pada hari 
yang sama sepatutnya mereka bersedih dan tidak boleh merayakan hari tersebut 
kerana ia juga merupakan hari kewafatan Nabi saw.  Jadi di manakah adanya 
kewajaran masyarakat merayakan Maulidur Rasul yang juga merupakan hari 
perkabungannya?  (Tanpa mengambil kira perayaan Maulidur Rasul itu sendiri 
adakah bersesuaian dengan sunnah atau ia satu bida’ah). 

  Di samping itu angka 12 yang dipilih untuk hari lahir dan hari wafat Nabi saw 
berkemungkinan besar berpunca daripada Syiah Imam Dua Belas.  Justeru angka 12 
ini bagi mereka merupakan angka sakti yang mereka kaitkan sekian banyak 
keistimewaan dengannya.  Apalagi jika orang yang mula-mula mempopularkan tarikh 
ini adalah Ibnu Ishaq yang juga seorang Syiah.  (Taqribut Tahdzib, Al Hafiz 
Ibnu Hajar al-Asqalani, jilid 2, halaman 144). 

Pendapat yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. dilahirkan pada 12hb. Rabiul Awwal 
itu walaupun masyhur tetapi ia berasaskan riwayat yang lemah kerana ia berpunca 
daripada Ibmu Ishaq seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hisyam di dalam 
kitab sirahnya.  Menurut ulama-ulama rijal hadis, Ibnu Ishaq selain dianggap 
sebagai seorang Syiah, dia juga seorang yang lemah dalam riwayat-riwayatnya.  
Imam Nasa’i mengatakan bahawa dia tidak kuat.  Daraqutni mengatakan hadisnya 
tidak boleh menjadi hujjah.  Imam Abu Daud ada berkata, “Dia adalah seorang 
yang berfahaman Qadariah dan Mu’tazilah.”  Imam Sulaiman At-Taimy, Hisyam 
bin Urwah, Yahya bin Said Al-Qatthan dan Imam Malik mengatakan dia seorang 
pendusta besar.  Malah Imam Malik pernah berkata, “Dia seorang dajjal” 
(Mizanul I’tidal, Imam Zahabi, jilid 3, halaman 468 – 475).  Ibnu Ishaq 
sendiri tidak menyebutkan sanad-sanad tempat ambilannya. 

Pendapat yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran Baginda ialah pada hari 
Isnin, 9hb Rabiul Awwal Tahun Gajah.  Di antara ulama yang berpendapat 
sedemikian ialah Humaidi, Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah, Ibnu Hazam, 
Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi, Abdul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah, 
Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan Badruddin `Aini (Al-Bidayah wa An 
Nihayah, jilid 2 halaman 260-261) 

Pendapat ini juga disokong oleh penyelidikan yang dibuat oleh seorang ahli 
falak yang terkenal iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan tarikh gerhana 
matahari dan gerhana bulan yang berlaku semenjak zaman Nabi s.a.w. hingga ke 
zaman beliau.  Berdasarkan kajian beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan 
dengan 12hb. Rabiul Awwal mengikut perkiraan bagaimana sekalipun bahkan hari 
Isnin pada bulan berkenaan (Rabiul Awwal) jatuh pada 9 haribulan.  Beliau 
mengemukakan beberapa alasan untuk menyokong hasil kajiannya.  Antara 
alasan-alasan yang dikemukakan oleh Mahmud Pasya ialah: 

· Dalam Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah saw iaitu Ibrahim wafat, 
telah berlaku gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10 Hijrah dan Nabi Muhammad 
saw ketika itu berusia 63 tahun. 

· Berdasarkan kaedah kiraan falak, diketahui bahawa gerhana matahari yang 
berlaku pada tahun 10H itu adalah bertepatan dengan 7hb. Januari 632M pukul 
8.30 pagi. 

· Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya kita undurkan 63 tahun ke belakang 
mengikut tahun qamariah, maka kelahiran Nabi saw jatuh pada tahun 571M.  
Berdasarkan kira-kira yang telah dibuat beliau, 1hb. Rabiul Awwal menepati 
12hb. April 571M. 

· Perselisihan pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran Nabi saw, walau 
bagaimanapun semua pihak telah sepakat mengatakan ia berlaku pada hari Isnin 
bulan Rabiul Awwal tersebut.  Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari Isnin jatuh 
pada 9hb. Rabiul Awwal bersamaan 20hb. April 571M.  Ini menguatkan lagi 
pendapat ulama-ulama muktabar yang telah disebutkan di atas. 

Di antara penulis sirah mutaakhir yang menyokong pendapat ini ialah Syeikh 
Muhammad Al Khudhori Bik di dalam “Nurul Yaqin” (hal. 6), Safiyyuul Rahman 
Al Mubarakpuri di dalam “Ar Rahiqul Makhtum” (halaman 54), `Allamah Sibli 
Nu’mani di dalam “Siratun Nabi” (jilid 1 hal. 176), Maulana Abdul Kalam 
Azad di dalam “Rasul Rahmat” (hal. 37) dan lain-lain. 

Berhubung dengan tarikh wafat Nabi Muhammad s.a.w.  pula, beberapa perkara yang 
telah diterima oleh ulamak hadis dan sirah perlu diletakkan di hadapan untuk 
menentukan tarikhnya iaitu: 

· Tahun kewafatan Baginda s.a.w. ialah 11H 

· Dalam bulan Rabiul Awwal 

· Antara 1hb. Hingga 12hb. 

· Hari Isnin (Sahih Muslim, jld. 8 hal. 51-52) 

· Hari wuquf di Arafah dalam Haji Wada’ pada 9 Zulhijjah tahun ke 10H jatuh 
pada hari Jumaat.  (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15, 
Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, dll). 

· Daripada hari itu (wuquf) sampai kepada hari wafatnya Nabi Muhammad SAW 
adalah 81 hari.  (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2 hal. 15, At 
Tafsir Al Kabir, Fakhrul Razi, j.11 hal. 139, Tafsir Baghawi, Fathul Bari). 

Berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah diterima oleh para ulama tadi, 
maka boleh diandaikan tarikh kewafatan Baginda s.a.w. seperti berikut: 
1. Diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 30 hari 
(walaupun tidak pernah berlaku begitu tetapi diandaikan mungkin juga berlaku) 
maka hari Isnin menepati  6 atau 13hb. Rabiul Awwal. 

2. Jika diandaikan  ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai 
29 hari (walaupun ini juga tidak pernah berlaku) maka hari Isnin menepati 2, 9 
atau 16hb. Rabiul Awwal. 

Selain daripada dua andaian tersebut itu, terdapat enam andaian lagi seperti 
yang terdapat dalam jadual berikut: 

Jumlah hari bagi bulan                                            Tarikh Hari 
Isnin dalam bulan Rabiul Awwal 

Zulhijjah (30) Muharram (29) Safar (29)                 1        8        15 
Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (29)                 1        8        15 
Zulhijjah (29) Muharram (29) Safar (30)                 1        8        15 
Zulhijjah (30) Muharram (29) Safar (30)                 7        14      21 
Zulhijjah (30) Muharram (30) Safar (29)                 7        14      21 
Zulhijjah (29) Muharram (30) Safar (30)                 7        14      21 
  
Daripada tarikh-tarikh yang diandaikan tadi; 6, 7, 8, 9, 13, 14, 15 dan 16hb. 
Rabiul Awwal tidak dapat diterima kerana selain daripada alasan-alasan yang 
tersebut tadi, tidak ada satupun riwayat yang menyokongnya.  Berkenaan dengan 
2hb. pula , selain daripada tidak mungkin terjadinya ketiga-tiga bulan 
Zulhijjah, Muharram dan Safar terdiri daripada 30 hari di dalam kesemuanya, 
tidak ada juga riwayat yang sahih mengenainya.  Apa yang ada hanyalah riwayat 
Hisyam bin Muhammad Al Kalbi dan Abu Mikhnaf yang dianggap sebagai pendusta 
oleh ulama-ulama hadis. 

Berhubung dengan 1hb. pula, ia adalah daripada riwayat tokoh utama sirah iaitu 
Musa bin Uqbah dan ulama hadis yang terkenal Imam Laith bin Saad,  Abu Nua’im 
Fadhal bin Dukain dan lain-lain.  Pendapat ini juga disokong oleh Imam Suhaili 
dan Al Khuwarazmi. (Fathul Bari, Jilid 16. hal. 206, “Ar Raudhul Unuf,” 
jilid 7, hal. 579).  Daripada kenyataan-kenyataan yang disebut di atas, tarikh 
yang lebih tepat bagi kewafatan Nabi S.A.W. ialah pada hari Isnin 1hb. Rabiul 
Awwal tahun 11H bersamaan dengan 25hb. Mei 632M. 

Berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kami kemukakan pihak kami berharap 
agar masyarakat menilai semula tarikh sebenar kelahiran nabi s.a.w. dan tidak 
merayakan suatu hari yang kononnya hari kelahiran Nabi s.a.w. padahal ia 
bukanlah harinya yang sebenar. 
  Download artikel: 
  http://www.al- ahkam.net/ home/modules. 
php?op=modload&name=Downloads&file=index&req=getit&lid=20 
  Petikan: http://www.darulkau tsar.com/ pemurniansejarah /teks/nabidob. htm

    
---------------------------------
  Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it 
now.   






Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com   

                           

       
---------------------------------
Never miss a thing.   Make Yahoo your homepage.

Kirim email ke