Tuesday, April 15, 2008 Kenapa perlu Bagitahu Famili Nak Peluk Islam? Assalamualaikum WBT. Pak Lah membuat menyatakan bahawa mereka yang mahu memeluk agama Islam perlu mengisi borang yang menyatakan bahawa si pemeluk Islam ini telah memberitahu keluarganya tentang pengIslaman mereka.
Kita tinggalkan sebentar apa tujuan Pak Lah membuat kenyataan bodoh sebegini rupa. Ini baru cadangan Pak Lah, kita nak tengok pemimpin-pemimpin Islam dan Melayu kita ini bertindak. Tidak kiralah mereka dari PAS, PKR atau UMNO. Jangan sudah dapat kuasa, agama digadai, nak jaga hati orang kafir, biar orang Islam dipijak-pijak. Ok berbalik kepada kes tadi. Alasan Pak Lah untuk mengelakkan masalah berlaku apabila kematian si mati. Maka bagi aku, sebelum berfikir tentang masalah apabila mualaf ini mati, maka lebih elok mencari jalan untuk menyelesaikan masalah mereka yang masih hidup. Kalau kita lihat masalah kepada mualaf-mualaf ini bermula sejak mereka hidup lagi, bukan bila dah mati baru timbul masalah. Seorang kawan aku, dia pernah join kem solat di Institut al-Qayyim, dia cerita kat aku macam mana susah gila bila nak peluk Islam. Nak dapatkan sijil keIslaman kena ujian fardhu ain. Hinggakan dia terpaksa bergaduh dengan orang yang menguruskan. Ini adalah masalah ketika hidup yang masih wujud, kenapa isu ini tidak mahu ditangani. Apakah ada yang buta, masakan tidak bila ditanya tentang arak di dalam kapal terbang pun boleh dijawab tak tahu tentang kewujudan arak itu. Itu masalah yang timbul daripada kerenah orang yang nak uruskan pengIslaman secara rasmi. Dan masalah kedua timbul lepas mereka peluk Islam. Bagaimana keluarga mereka boleh tidak tahu mereka sudah peluk Islam? Adakah di rumah mereka masih dok melantak daging babi dan arak, masih sibuk tunduk memberi hormat kepada berhala dan patung. Ataupun mereka yang sudah memeluk Islam ini tidak pernah balik kampung untuk menziarahi keluarga. Jika tidak diberitahu tentang pengIslamanpun, cara hidup sudah pasti berubah, lainlah kalau mahu tukat nama dan agama di IC sahaja tapi masih nak sembah berhala, patung dan lain-lain dan masih mahu tunggang arak. Dan kenapa tiada tindakan susulan daripada pihak berwajib untuk memantau perkembangan mereka, kenapa tidak pihak yang tertentu seperti PERKIM dan lain-lain badan Islam yang berkaita yang sepatutnya memaklumkan kepada keluar si mualaf ini. Dan sekiranya dilaksanakan undang-undang ini, jikalau si mualaf gagal menunjukkan borang yang menunjukkan sudah diberitahu kepada keluarga, apakah pengIslaman secara rasmi akan ditolak? Jika begitu, nampaknya ia hanya akan menyusahkan orang masuk Islam. Apa perlu boring pemberitahuan itu? Siapa akan tandatangan boring itu? Keluarga mualaf kah? Kalau keluarga mualaf? Bagaimana sekiranya si keluarga mualaf enggan menandatangani borang itu? Aku membaca tulisan saudara-saudara seIslam kita. Tokoh-tokoh seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Dr. Asri Zainul Abidin sudah menyatakan penentangan dan ketidak setujuan. Biarlah si mualaf menentukan sama ada mahu memberitahu keluarga atau tidak. Begitu juga dengan NGO-NGO dakwah Islam. Mereka tidak bersetuju. Aku membaca tulisan saudara-saudara seIslam kita di blog-blog. Mereka telah memberi beberapa idea-idea yang bagi aku lagi bernas dan cerdik daripada idea dan cadangan Perdana Menteri ini. Sebelum kita tengok idea-idea itu, kita tengok pula pro dan kontra hal ini. Wajibkan orang yang ingin memeluk Islam memberitahu keluarga: 1. Dia peluk Islam secara senyap, tidak daftarkan di mana-mana jabatan agama. Akibatnya dia tidak mendapat hak sebagai seorang muallaf dan seorang muslim, seperti zakat dan hak untuk berkahwin dengan pasangan Islam. Apabila dia mati, orang Islam tiada hak untuk merebut mayatnya kerana keislamannya tidak didaftarkan. Hasilnya, dia dikebumikan dengan upacara bukan Islam. Tiada perebutan mayat! 2. Dia beritahu keluarganya tentang hasrat untuk memeluk Islam. Lalu dia menerima tentangan hebat daripada keluarganya. Dia mungkin dipukul, dikurung dan dihantar ke luar negara oleh keluarganya bagi mengelakkannya daripada memeluk agama Islam. Kemudian dia mati tanpa memeluk Islam. Dia dikebumikan dengan upacara bukan Islam. Tiada perebutan mayat! 3. Dia menangguhkan hasratnya untuk memeluk Islam kerana takut menerima tentangan daripada keluarga. Ditakdirkan dia mati sebelum memeluk Islam. Lalu dia dikebumikan dengan upacara bukan Islam. Tiada perebutan mayat! Tidak wajibkan orang yang ingin memeluk Islam memberitahu keluarga: 1. Dia memeluk Islam tanpa memberitahu keluarga. Dia daftarkan pengislamannya dan mendapat hak sebagai seorang muallaf dan seorang muslim. Kemudian dia mati sebelum sempat memberitahu keluarganya. Lalu berlaku perebutan mayat! 2. Dia memeluk Islam tanpa memberitahu keluarga dan mendaftarkannya di pejabat agama. Setelah beberapa tahun memeluk Islam, akidahnya semakin kuat lalu dia bersedia untuk memberitahu keluarganya. Dia mungkin menerima tekanan, tetapi disebabkan dia telahpun bersedia, dia tetap kekal dengan akidahnya. Setelah itu dia mati dan mayatnya dikebumikan secara Islam. Tiada perebutan mayat! Ini adalah senarai pro dan kontra yang ada. Maka bagi aku mudharat untuk melaksanakan idea Pak Lah ini lagi besar. Maka ada baiknya kerajaan menyediakan satu plan iaitu: <!--[if !supportLists]-->1) <!--[endif]-->Menyediakan satu pusat perlindungan kepada mualaf-mualaf terutama yang menghadapi masalah dengan keluarga mereka. <!--[if !supportLists]-->2) <!--[endif]-->Notis pemberitahuan pengIslaman dilakukan oleh badan-badan berkaitan selepas si mualaf memeluk Islam. Ia dilakukan oleh badan-badan ini dan bukan si mualaf. <!--[if !supportLists]-->3) <!--[endif]-->Memantau perkembangan mualaf-mualaf. Adakah mereka mengamalkan cara hidup Islam. Jika mereka mengekalkan cara hidup bukan Islam, masih makan benda haram, masih pergi ikut sembah berhala, maka ia sememangnya akan mengelirukan si keluarga yang masih bukan Islam. <!--[if !supportLists]-->4) <!--[endif]-->Mempercepatkan proses sijil Islam secara rasmi. Wujudkan sijil seperti kad pengenalan sementara yang ada sekarang. <!--[if !supportLists]-->5) <!--[endif]-->Zakat-zakat diagihkan juga sebagai pelembut hati kepada Islam. Contoh keluarga si Islam yang masih bukan Islam, jika mereka miskin, hantarlah bantuan wang. Bukankah mualaf adalah dari kalangan asnaf zakat, bahkan mualaf ini termasuk golongan-golongan yang mahu dijinakkan hati kepada Islam atau paling kurang untuk menghentikan tindakan mereka mengganggu dakwah Islam. Mari baca link-link berkaitan: Peraturan untuk syaratkan isytihar peluk Islam: PM Jangan sampai orang takut memeluk Islam Umum sendiri peluk Islam Mufti Perlis Harap Peraturan Peluk Islam Tidak Dilakukan Tergesa-gesa --------------------------------- Sent from Yahoo! Mail. A Smarter Email.