http://thoughtsintangents.blogspot.com/2008/04/hah-tun-salleh-siapa-tu-melayu-macam.html
Hah, Tun Salleh? Siapa Tu? Melayu Macam Mana?
Gebung-gebang dalam media baru-baru ini tentang Tun Salleh Abas lah, betapa Pak 
Lah nak bayar duit 'ampun' lah, nak betulkan salah-silap akhir dekad 80'an 
lah... apa ni? Anak-anak muda sekarang ramai tertanya-tanya, apalah penting 
sangat soal menyelesaikan perkelahian lebih 20 tahun lalu, sehingga masalah 
masyarakat kurun ke-21 ini tidak terlihat diutamakan dahulu?

OK lah, Pak Lah nak sangat kita bincang tentang perubahan kehakiman, kita 
bincang. Sekarang akan diadakan suruhanjaya untuk mencalonkan nama hakim. 
Tetapi calon-calon hakim tersebut masih harus dipertimbangkan untuk dicadangkan 
oleh PM bagi diperkenankan perlantikan oleh DYMM YDP Agong kan? Jadi perbezaan 
BESAR dalam proses ini apa sebenarnya?

Mungkin yang bezanya adalah siapa yang mencalonkan hakim? Tapi yang mencalonkan 
hakim sekarang adalah Ketua Hakim Negara. Itu pun pasti dengan dibincangkan 
dahulu bersama-sama para hakim tertinggi yang lain. Tak layak ke hakim-hakim 
yang sedia ada mencalonkan hakim-hakim baru? Yang dimasukkan sebagai 
orang-orang baru untuk mencalonkan hakim ini siapa?

Kawan saya membuat pemerhatian yang pada majlis bersama Tun Salleh Abas dan 
Dewan Peguam di mana pengumuman tentang suruhanjaya tersebut dilakukan, 
terlihat begitu ramai hadirin yang ada merupakan ahli Dewan Peguam, 
kebanyakannya berbangsa India dan Cina. Yang Melayunya beberapa kerat sahaja. 
Jadi kenapakah peguam-peguam bukan Melayu tersebut begitu bertepuk-sorak 
gembira apabila Pak Lah mengumumkan penubuhan suruhanjaya tersebut?

Oooh, cakap sahajalah Pak Lah... Pak Lah nak beri lebih banyak hak memilih 
calon hakim kepada peguam-peguam bukan Melayu. Nak kurangkan sedikit pengaruh 
para hakim Melayu yang beragama Islam dalam memilih hakim-hakim di masa akan 
datang. Sebab itulah Dewan Peguam begitu meraikan pengumuman Pak Lah. Dengan 
cara ini, boleh lah mereka mempengaruhi pemilihan calon yang sealiran dengan 
mereka, yakni sekular, anak buah firma besar, Hadhari...

Bukankah Dewan Peguam sama yang dengan begitu keras membantah cadangan bekas 
Ketua Hakim Negara, Tun Fairuz Sheikh Halim supaya diserapkan lebih banyak 
pendekatan syariah Islam ke dalam undang-undang negara sempena 50 tahun 
Merdeka? Dewan Peguam inilah yang menyokong sangat kes Lina Joy dulu dan 
macam-macam lagi lah.

Jadi di manakah generasi Muda Melayu dan umat Islam Malaysia dalam mempengaruhi 
perubahan dalam sektor guaman, kehakiman, perundangan dan menegakkan keadilan 
di Malaysia? Tergadai teruskah kuasa kita? Semata-mata kerana asyik memerhati 
atau terlalu melulu taksub bersorak di tepi gelanggang perkelahian tokoh-tokoh 
tua tentang hal-hal yang semakin tiada makna?

Di manakah suara kita yang seharusnya membantah hakisan kuasa dan 
pengaruh Islam pada badan kehakiman, yakni salah satu dari 3 tiang kekuasaan 
Melayu di Malaysia? Kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa...
http://thoughtsintangents.blogspot.com/


      __________________________________________________________
Sent from Yahoo! Mail.
A Smarter Email http://uk.docs.yahoo.com/nowyoucan.html

Kirim email ke