waalaikumussalam...

izinkan sy berbicara sepatah dua kata. mohon kemaafan
jika terlanjur bicara.

cadangan ini adalah satu inisitif yg sgt efektif untuk
dilaksanakan oleh setiap yang beriman kpd Allah dan
hari kebangkitan. 

cuma pada saya risalah tersebut bukanlah risalah
dakwah, tapi risalah ilmu yang sangat penting
sebenarnya dipelajari dengan detail dan berguru kerana
dibimbangi terdapat beberapa hal yang mengelirukan
sehingga kita beramal dengan kejahilan.

saya katakan ilmu kerana orang-orang yang dalam
hatinya ada iman dan kehendak sahaja yang akan
membacanya. dan cara sebarannya memang pelbagai.
termasuk yang saudara cadangkan.

tapi dakwah adalah untuk org yang tidak mahu. dakwah
perlu diusaha dengan harta dan diri pendakwah itu.
bukan sekadar printout, kemudian photostat dan letak
dimasjid, bahkan lebih dari itu memerlukan diri untuk
berjumpa dgn manusia (yang saudara kata dakwah dgn
lisan), harta dan masa kerana inilah yang dibawa oleh
Rasulullah. kalau kita mengaku kita ummat Rasul, kita
cinta Rasul tak sepatutnya kita memperlekehkan sunnah
dakwah Rasul. Firman Allah:

Þá åÐå ÓÈíáì ÇÏÚæÇ Çáì Çááå Úáì ÈÕíÑÉ ÇäÇ æãä ÇáÊÈÚäí

Sunnah dakwah Rasul adalah menyeru manusia beriman
kepada Allah dan menyeru manusia beramal soleh.

Hari ini, kerana tiada kesanggupan untuk beri diri,
harta dan masa untuk agama, maka agama semakin hilang
dari diri orang yang beriman. sepertimana tamsilan
yang masyhur jika tiada lagi orang beri masa untuk
menanam padi, maka beras akan habis dan kilang akan
ditutup.

oleh itu, jumpalah manusia seramai mungkin, dan
dakwahlah mereka kepada Allah dan mengerjakan perintah
Allah. (dakwahkan orang kafir kpd Islam, dakwahkan org
Islam spy beramal dengan Islam).



ilalliqa' 


      
____________________________________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and 
know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.  
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ

Kirim email ke