Wa3alaikum salam wbrth...
   
  http://intim.wordpress.com/2007/06/14/16-perkara-tentang-seks/
   
  BAHAYA SEKS KETIKA HAID.

  Islam mengharamkan seks ketika waktu haid.
   
  Hukum ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya :
   
   “Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. 
Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka 
suci daripadanya.” (Surah Al-Baqarah ayat 222)
   
  Mengikut Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan 
yang beribu pejabat di Oregon, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan 
wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang 
tidak berkhatan. 
   
  Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk 
ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan 
rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs 
menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap 
mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan 
yang teruk daripada biasa. 
   
  Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan 
berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau 
ovariectomy. 
   
  Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and 
Gynaecology pada tahun 1996.
   
  WAllahua3lam
  Wassalam
  Hizamri
  
=======================================================
  
"hanan ............"@yahoo.com wrote:
        .hmmessage P  {  margin:0px;  padding:0px  }  body.hmmessage  {  
FONT-SIZE: 10pt;  FONT-FAMILY:Tahoma  }    assalamualaikum..
 
boleh tak mintak tlg sape ada medical paper about why islam prohibited sexual 
intercourse during menstrual. tq

   
  =======================================================
   
  http://www.melayu.sg/forum/index.php?action=printpage;topic=226.0
   
  May 17th, 2007 by ajet66 
Mengikut Pendapat Ulama

Iman Shafie berpendapat, ada tiga malam dalam seminggu hukumnya sunnat membuat 
seks (jimak) dengan isteri. Malam-malam itu ialah Jumaat, Isnin dan Khamis.

  Tidak menjadi kesalahan melakukan seks setiap malam, tetapi dikhuatiri zakar 
dan buah pinggang akan menanggung risiko yang berat, terpaksa bekerja setiap 
hari. Berilah ruang untuk rehat kepada tenaga batin - pendapat Dr Nik

  Nabi berpesan: ” Sekiranya kamu merasa akan turunnya mani, janganlah 
cepat-cepat kamu mencabut zakarmu. Biarkan dahulu sehingga isteri kamu juga 
turut sama turunnya mani. Ini kerana pada saat itulah terletaknya punca 
kenikmatan yang amat sangat bagi pasangan suami isteri yang berjimak.”

  [Jauhilah ZINA kerana zina itu membawa malapetaka kepada semua manusia. Ia 
dapat memusnahkan lelaki dan perempuan, Senang mendapat jangkitan gonorrhoea, 
siflis , herpes atau HIV]

  Seks Yang Sempurna & Memuaskan

  Seks aadalah satu-satunya keperluan lelaki yang tidak boleh di perolehi 
diluar rumah (berzina). Setiap lelaki inginkan seorang isteri memberi layanan 
first class terhadap seks.

  Kenapa harus suami ‘makan yang haram’ diluar, padahal dirumah ada yang halal ?

  Seorang kawan saya menjawab:. ” Dirumah isteri tidak pandai melayan nafsu 
seks suami !”

  Sambil selamba seorang kawan lagi berkata,” Kenapa perempuan Siam lebih 
pandai melayani nafsu seks lelaki ? dan mereka lebih bagus dan faham kehendak 
lelaki !”

PESANAN UNTUK ISTERI

Apakah wanita Melayu tidak pandai ? Atau pun, apakah isteri kita tidak pandai ‘ 
buat seks’ ?

  Semuanya itu adalah alasan semata-mata.

  Seandainya perempuan Melayu atau isteri kita di rumah pandai melayani 
kehendak suaminya, saya rasa kehebatan dan kehangatan wanita Melayu akan 
tersohor dan mengasyikkan.

  Disini saya ingin perturunkan beberapa petua yang harus dibaca dan diamalkan 
oleh setiap orang yang bergelar - wanita Melayu, Isteri dan Perempuan.

  Dirumah makan malam lebih awal 1 atau 2 jam sebelum setubuh.

  No.1: Siapkan Diri anda sekurang-kurangnya satu jam sebelum hubungan kelamin 
dengan mandi,berus gigi, cuci mulut dan cuci faraj dan pakai pakaian seksi yang 
nipis dan menghairahkan serta pakai sedikit bauan halus dan lembut.

  No 2: Goda Suami: Godalah suami anda sebaik mungkin dengan duduk disini 
suami. Jika suami kelihatan malas, usik dia sehingga menaikkan berahi dengan 
aksi-aski menarik anda, katakan;’ kononnya seperti perempuan siam’. Apa 
salahnya kan ini suami anda yang sah dan perkara yang anda lakukan ini adalah 
halal dan sunnat !

  No.3: Jangan sekali-kali menanti pelukan suami anda. Anda adalah seorang 
isteri, seorang wanita yang harus mengoda suami anda. Anda harus memberi semua 
yang terbaik yang ada pada diri anda untuk suami anda, anda mahu suami sentiasa 
ingat dan sayangkan anda.

  Nah ! lakukan apa saja yang anda fikir dapat mengoda suami anda, lakukan 
sekarang, jangan biarkan perempuan lain mengodakan suami anda !

  Jangan malu, Jangan takut dan jangan Malas. Itu semua adalah nasihat syaitan.
Kalau dia masih duduk di kerusi, anda himpitkan diri anda dekat-dekat dia, usik 
si ‘ anu’ dia, kalau dia angkat tangan anda ketepi, anda himpitkan dia 
kuat-kuat, jika dia masih tidak respon, bisikkan pelahan-lahan ditelinganya 
untuk ke kamar, lihat TV di kamar dan jika dia masih gagal untuk bangun, 
pelahan-lahan tarikkan tangannya dan letakkan tangannya ke’anu’ anda.

  Tidak dinafikan ada lelaki liat ‘buat seks’ dengan isteri namun anda harus 
bersabar, kerana kadang-kadang ’suami’ anda ini sememangnya ‘tidak ganas’ dan 
‘dianggap ’suami berjurus’ [civic] - bersabarlah.

PESANAN UNTUK SUAMI

Cara Yang sesuai Untuk Jimak Isteri

  Setiap kali melakukan hubungan badan dengan suami-isteri beberapa adab harus 
diikuti: (Jangan mengharamkan yang halal dan jangan menghalalkan yang haram)

  Pesanan Untuk Kedua-dua Suami Isteri
Sebelum , Sewaktu dan Selepas Jimak

  Fakta No.1

  - Bersopan santun
- Isteri pakailah pakaian nipis, supaya nampak ghairah.
- Pakailah bau-bauan yang lembut.
- Jika ada, musik yang lembut dan halus memang digalakkan.

  Fakta No. 2

  Ada hadith menyatakan bahawa Rasullullah SAW sendiri mandi bersama dengan 
Siti Aisyah ra. Kenapa tidak anda! Bercumbu-cumbuan sebelum jimak adalah 
digalakkan.

  Fakta No.3

  Bila sudah kemuncak, masukkan zakar pelahan-lahan kedalam faraj dan layarilah 
nikmat yang Tuhan anugerahkan kepada kita dengan baik dan sopan.
Jangan sekali-kali gopoh-gapah dalam melakukan hubungan badan, kerana ini akan 
menyebabkan cepat terpancutnya air mani atau dikenali sebagai pancutan pramasa.
Kalau anda pelahankan sedikit seni tusukan zakar, maka anda dapati, anda dapat 
bertahan lebih lama dalam melayari hubungan batin dengan isteri anda dengan 
baik dan sempurna.
Sekiranya anda terlampau cepat keluar air mani atau pancutan pramasa, maka kita 
ada ubat untuk mengatasinya. Jangan risau, ikhtiarlah segera, jangan menunggu.

  Fakta No4

  Sekiranya air mani sudah terpancut, JANGAN sekali-kali biarkan isteri anda 
terkapai-kapai dan kecewa kerana kebiasaannya orang perempuan memang payah 
untuk sampai kemuncak syahwat.
Maka rangsanglah isteri anda sehingga beliau mencapai kepuasan.
Jangan sekali-kali terus tidur selepas jimak. Ini satu cara yang salah!

  Fakta No.5

  Tukarlah posisi berjimak, agar anda merasa kenikmatan yang lebih. 
Kadang-kadang jika anda melakukan posisi yang sama sahaja, kenikmatan seks anda 
mungkin akan menurun, dan anda tidak menghayati betul-betul sunnah Rasullullah, 
dimana beliau menyatakan bahawa ‘isteri kamu itu diibaratkan sebagai taman, 
maka gaulilah ia sebaik mungkin’

  Fakta ke 6

  Gaulilah isteri kamu secara sopan, isteri kamu bukanlah pelacur yang harus 
dibuat bermacam-macam karenah kamu yang kurang sopan. Baikilah tingkah laku 
kamu secara sopan dan lemah lembut.

  
=======================================================
   

       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Reply via email to