Assalamualaikum semua pembaca. 

Saya adalah penulis sebenar kepada artikel ini. Lihat pautan dan artikel yang 
telah saya tulis
http://drazwan.blogspot.com/2008/04/restoran-hotel-5-bintang-halal-atau.html

Diharapkan kepada sesiapa yang ingin mengedarkan artikel ini jangan lupa beri 
kredit kepada penulis yang sebenarnya dan blog. Semoga semua orang mendapat 
manfaatnya.

Salam. 

Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin
012-9597074
www.drazwan.blogspot.com 
[EMAIL PROTECTED]





[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:                             
http://www.photoblog.com/pinkturtle/2008/04/26/
   
   
             
  
      1
   

  
  
 
   [input]   [input]   [input]   [input]             
  
      2
   
  

  
 
  Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama 
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara 
yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.

Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar 
celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali 
ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 
bintang.

Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 
bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah 
syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di 
Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar 
berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi 
dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.

Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum  
tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang 
Haram?

Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama 
menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?

Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran 
hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan 
(Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap 
satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam 
buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. 
Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak 
mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen 
tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam 
masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah 
katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu  tentulah eksekutif Chefnya adalah 
seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar 
negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.
Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... 
sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin 
tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita...

Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak 
mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam 
makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di 
dapur sini.

Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau 
melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di 
Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak 
sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah 
lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap  saya, bukan sup sahaja makanan yang 
mengandungi arak.

Selain daripada Arak , ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. 
Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat 
beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi 
bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak 
nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork 
dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan, beliau 
terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali 
habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.

Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan
untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini 
adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi 
menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan 
Bangladesh .  Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. 
Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....

Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai 
arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal 
dihidangkan.

Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah 
halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih 
berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana 
ia dikhuatiri tidak halal.

Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para 
pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang 
tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni 
tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam 
dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak 
sengaja menikmati makanan  yang haram.

JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat 
program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang 
yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki 
(PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.

Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan 
pendedahan pengalaman-pengalam an daripada 2 orang Chef jemputan. Salah 
seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang 
lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi 
pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak 
semestinya memberi manfaat kepada kita.

Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila 
kongsikan kepada semua pembaca.

Menerusi email: DeenOrc
         

---------------------------------
Be a better friend, newshound, and  know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.
     
                                       

       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke