Komen Kerja Di New Zealand RM5,000 Sebulan..
Posted on Saturday, April 26 @ 20:19:21 MYT by SongkokPutih 
 Oleh ibnuhasyim

"MAAF, saya terpanggil untuk menambah komen saya mengenai tulisan lalu, 
ePeluang Bekerja Sambil Belajar Lebih RM5,000 Sebulan..f Ramai juga yang 
meragui kami (melalui nama, no telefon & e-mail yang tertera di tulisan itu) 
takut kena tipu. Alhamdulillah, kita di suruh berhati-hati, eJangan dipagur 
ular 2 X dalam satu lubangf kata Nabi. Walaupun begitu, terdapat kira-kira 100 
respon dari pelbagai pihak..

  Kami amat berterima kasih kepada TKO pertama sekali yang memberi kerjasama, 
Utara Online, dan laman-laman web lain, termasuk yang menyiarnya terus tanpa 
keizinan kami lebih dahulu. Antara pemohon, termasuk kumpulan pelajar Malaysia 
di Mesir yang akan bercuti, ada dari Auckland sendiri, anak-anak muda lulusan 
universiti dalam pelbagai bidang, pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah, 
pekerja-pekerja yang bercuti dan penganggur-penganggur. 
   
  Ada yang bertujuan kewangan, belajar dan mencari peluang kerja lebih baik 
atau menyambung pelajaran di bidang yang sesuai. New Zealand adalah sebuah 
negara di baratdaya Lautan Pasifik mengandungi 2 pulau besar (Pulau Utara & 
Pulau Selatan) dan puluhan pulau-pulau kecil, terutama Pulau Stewart/Pulau 
Rakiura juga Pulau Chathan. New Zealand dikenali sebagai eAotearoaf ertinya, 
etanah awan putihf dalam bahasa Maori. Ada banyak pulau yang terbentuk dari 
glasier seperti kepulauan Cook, Pulau Niue dan Pulau Tokelau. 
   
  New Zealand memang terpisah dari negara lain, Laut Tasmania memisahnya dengan 
benua kecil Australia sejauh 2000 km. Negara terdekat dengannya ialah New 
Caledonia, Fiji dan Tonga. Majoriti penduduknya ialah pendatang Eropah, etnik 
Maori, Polinisialain dan Asia. Ibu negaranya Willington dan kota terbesar 
Auckland. Bahasa rasmi, Inggeris, Maori dan bahasa isyarat New Zealand. Bahasa 
Isyarat New Zealand atau NZSL merupakan bahasa utama masyarakat tuli di sana, 
telah diiktiraf sebagai bahasa rasmi pada April 2006.
   
  NZSL banyak menggunakan bentuk bibir bersampingan isyarat tangan dan 
pergerakan muka untuk menyampaikan isyarat. Kosa katanya termasuklah konsep 
Maorin seperti marae dan tangi serta isyarat tertentu untuk nama tempat di New 
Zealand. Keluasan New Zealand ialah 268,680 km per, jumlah penduduk 4,177,000 
(anggaran 2007) dan guna matawang New Zealand dollar (NZD). Kerajaannya, 
demokrasi berparlimen (sistem beraja), yang telah merdeka sepenuhnya dari 
United Kingdom pada 1947. 
   
  Anehnya Ratu Elizabeth II dari Great Britian masih lagi menjadi Ratu New 
Zealand. Ini menunjukkan betapa hubungan erat antara Britain dengan negara New 
Zealand dari segi sejarah penjajahan. Peranan dan kedudukan Ratu New Zealand 
hanyalah sebagai simbolik dan tidak mempunyai status politik ketara kecuali 
yang membabitkan kerjasama Komanwel. Pentabiran negara ditadbir oleh kerajaan 
demokrasi yang dipilih melalui pilihan raya umum, macam Malaysia juga. 
   
  Jawatan terpenting ialah Perdana Menteri (PM) yang menjadi ketua negara. 
Pernah pada 16-17 Julai 2007, PM New Zealand Helen Clark melawat Malaysia 
sebagai membalas kunjungan PM Malaysia melawat New Zealand pada Mac 2005. 
Beberapa perjanjian kerjasama ekonomi , perdagangan, pendidikan, sains dan 
teknologi diadakan. Kerjasama e-pembelanjaran diadakan antara kerajaan negeri 
Perak dengan New Zealand pada masa itu dan syarikat dari New Zealand diharapkan 
akan dapat meningkatkan kerjasama dalam bidang industri seramik, kreatif dan 
bio-teknologi.
   
  Berbalik kepada ladang tempat kerja seperti disebutkan, jaraknya ialah 
kira-kira 400 km dari bandar Auckland. Pertanyaan mengenai umur pemohon yang 
lebih 30 tahun itu, memang tak boleh dierima kerana itu adalah syarat pihak New 
Zealand. Suami isteri, atau anak gadis tiada masalah, cuma kita sedang runding 
lagi dengan pihak majikan tentang penyediaan tempat tinggal suami isteri. 
Kerja-kerja macam di sebutkan, kalau ada kelulusan permohonan boleh dibuat 
sewaktu di sana. 
   
  Tiada status kontrek, peringkat awal permit dibuat atas 'working holiday' 
(enam bulan) lepas itu baru tambah. Kalau pemergian dari Mesir terus pun boleh, 
bagi pelajar-pelajar Malaysia di sana. Waktu berkerja kira jam, boleh kira-kira 
10 jam sehari. Oleh itu langkah berikut, sila kirim pengenalan diri, nama, 
alamat, dan nombor telefon untuk kami sediakan borang dan pemergian pertama 
akan dibuat pada Mei ini. Insya Allah.
   
  Peluang Kerja Sambil Melancung Ke New Zealand:
  Di Sektor Pertanian: Gaji RM5,000 sebulan.
  Syarat:
  i. Warganegara Malaysia.
  ii. Lelaki/perempuan berumur antara 18-30
   
  Sila hubungi: 
  Abu 03 41465655 atau 013 2053054
  Shah 012 2550686
  [EMAIL PROTECTED]
  [EMAIL PROTECTED]
  
Sekian pengumuman melalui catatan santai kali ini. Terima kasih. 

       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke