Ahli parlimen terengganu lebih baik buat pakatan dengan Anwar  untuk dapat 
lebih royalti setelah berpuluh tahun
wang anak negeri terengganu masuk poket pemimpin and kroni..Lompat je 
parti..jika Ahli Parlimen tak mahu rakyat 
harus buat sokongan secara terbuka kepada PR  keluar parti..........
sekiranya Pak L ah tak bagi, rakyat terrenganu boleh mendesak Ahli 
Parlimen untuk bercakap bagi pihak mereka
sebab ahli Parlimen adalah wakil rakyat kepada kerajaan bukannya wakil PM 
kepada kerajaan...

1 Billion setahun......rakyat terengganu berapa juta ye???
sudah berapa tahun hasil minyak ?????
sepatutnya anak-anak terrenganu dapat elaun kerna itu hasil bumi 
terengganu macam brunei...ini pemimpin yg songlap
sepatutnya tiada rakyat yg miskin di terengganu/pendidikan pun kerajaan 
boleh di tanggung

Hai mengapalah anak-anak melayu dari dulu hingga kini terus di tipu dan di 
tindas bangsa sendiri????????
 jawapanya:pasal org melayu merendah diri tak tentu pasal/bersikap tak 
lewa...tak de teloq kata org Kedah

berubah lah::::bangkit dan tunjuk kehendak sebenar akar umbi.....Kita mahu 
pemimpin yg bersih,ikhlas,telus,amanah
bertanggungjawab...

PM kata kita tahu kehendak akar umbi setelah buat post mortem ..."kita 
perlu fokus pada pembangunan itu kehendak rakyat........"
betul ke???????? itu ada lah kehendak kapitalis di sekeliling beliau..

akar umbi berkata "Kita mahu pemimpin yg bersih,ikhlas,telus,amanah
bertanggungjawab...





Zulkifli 
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com
02/05/2008 09:39 AM
Please respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


To
"Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
cc

Subject
Re: Help Palestine [hidayahnet] Royalti minyak: Umno jadikan rakyat 
Terengganu merana






Betul...aku geram dan panas betul laa pasal isu
ni...aku anak terengganu mmg bengang betul dulu msa
pertukaran ni berlaku......yang pergi tukar "royalti"
kepada "wang ehsan" tu apahal?..kan sekarang dah
kena...bab gini aku sokong laa kalu kerajaan
terengganu fight balik utk dapatkan semula royalti tu
instead of wang ehsan...wang ehsan nampak mcm menda
tak formal, hanya sekadar ehsan dr kerajaan pusat
kan..tp kalu royalti nampak mcm hak negeri yang
punya... 

sekadar mencelah...

--- Topeng [EMAIL PROTECTED] wrote:

> Royalti minyak: Umno jadikan rakyat Terengganu
> merana *Suhaimi Taib*
> Tue | Apr 22, 08 | 11:57:55 am MYT
> 
> Nampaknya Kerajaan Pusat di bawah Barisan Nasional
> (BN) melancarkan perang
> terhadap kerajaannya sendiri di Terengganu apabila
> tidak berhasrat untuk
> mengembalikan semula wang royalti peroleum dan gas
> sebagaimana perjanjian
> kerajaan itu dengan Petronas pada 22 Mac 1975 yang
> sepatutnya diterima
> secara tunai sebanyak lima peratus setahun.
> 
> Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
> semalam dilaporkan
> menafikan dakwaan Menteri Besar Terengganu bahawa
> wang royalti minyak yang
> disalurkan melalui kaedah "wang ehsan" tidak banyak
> membantu rakyat negeri
> itu kerana projek-projek pembangunan ditentukan di
> peringkat pusat.
> 
> "Ada satu kaedah yang telah kita buat dengan
> kewujudan wang ehsan ini, dan
> ini sebenarnya membantu rakyat negeri Terengganu
> selama ini," kata Abdullah
> di sidang media selepas menyampaikan ucap utama pada
> Dialog Integriti Asean
> 2008 hari semalam.
> 
> Beliau diminta mengulas kenyataan Dato' Ahmad Said
> semalam bahawa sejak wang
> ehsan diperkenalkan pada 2000, semua projek yang
> dilaksanakan tidak merujuk
> kerajaan negeri dan tidak mengambil kira keperluan
> rakyat.
> 
> Perlu diingat tidak kurang RM1 bilion Terengganu
> sepatutnya memperolehi
> royalti minyak setahun memandangkan kenaikan
> mendadak harga minyak dunia,
> lebih USD100 setong sekarang.
> 
> Persoalannya apa yang dimeteraikan antara kerajaan
> negeri Terengganu dan
> Petronas itu adalah perjanjian untuk mengeluarkan
> lima peratus wang royalti
> minyak kepada negeri itu dan wang itu pula
> diserahkan kepada kerajaan
> tersebut diurus tadbir dan dimasukkan dalam Wang
> Disatukan sekaligus menjadi
> hak kerajaan dan rakyat negeri secara undang-undang.
> 
> Dengan tindakan tersebut Perdana Menteri tidak
> mengiktiraf lagi perjanjian
> tersebut walaupun beliau tidak mengatakan perjanjian
> itu batal. Tetapi
> dengan tindak tanduknya yang serupa dengan bekas
> perdana menteri lalu, Tun
> Dr. Mahathir Mohamad seolah-olah perjanjian itu
> terbatal dengan sendirinya.
> 
> Dengan kerajaan sendiri pun, Abdullah masih tidak
> terbuka dan mengiktiraf
> perjanjian pemberian royalti petroleum dan gas untuk
> negeri Terengganu
> sedangkan di negeri lain seperi Sabah dan Sarawak,
> perjanjian itu masih
> berjalan seperti dahulu tanpa gangguan .
> 
> Malah difahamkan kedua-dua negeri berkenaan akan
> menerima lima peratus lagi
> royalti petroleum dan gas tidak lama lagi.
> 
> Apakah beliau berdendam dengan Ahmad atau dengan
> pihak lain di Terengganu,
> tidaklah diketahui.
> 
> Apakah Abdullah mahu melihat demonstrasi
> besar-besaran rakyat berlaku di
> Terengganu, menuntut royalti petroleum dan gas di
> kembalikan kepada kerajaan
> Terengganu? Rasanya tidak sukar ia dibuat jika ada
> penggeraknya apa lagi
> jika disokong kerajaan negeri sendiri.
> 
> Pokoknya kerajaan di bawah Dato' Ahmad dan rakyat
> Terengganu tidak boleh
> menerima keputusan Kerajaan Pusat yang masih enggan
> menyerahkan semula wang
> royalti itu.
> 
> Apa yang dinyatakan oleh Abdullah hanya satu alasan
> yang dibuat-buat untuk
> membolehkan tindakannya tidak mengembalikan wang
> rakyat itu.
> 
> Apa motif sebenarnya tindakan Abdulah di sebalik
> keenggannya menyerah wang
> itu? Mungkin umum boleh membaca dan membuat andaian.
> Pertama projek yang
> dilaksanakan dengan menggunakan wang tersebut masih
> belum selesai spenuhnya.
> 
> 
> Ini termasuk Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan
> Man, Kuala Terengganu
> bernilai kira-kira RM300 juta, Monsoon Cup yang
> perbelanjaan sebanyak
> kira-kira RM300 juta lagi. Ia mempunyai kontrak
> selama lapan tahun mulai
> 2005.
> 
> Selain itu projek Tamadun Ilmu dan Masjid Hadhari
> masing-masing di Besut
> bernilai beratus-ratus juta ringgit, semuanya
> menerima peruntukan dari wang
> tersebut yang kini bertukar menjadi Dana Khas
> (sebelum ini di pangil Wang
> Ehsan).
> 
> Kedua, orang yang bekerja keras mendokong projek
> berkenaan, Dato' Seri Idris
> Jusoh, sekarang tidak lagi menajdi menteri besar.
> Idris adalah orang
> Abdullah manakala Ahmad menteri besar yang
> diperkenan oleh istana dan
> rakyat.
> 
> Justeru kesinambungannya tidak ada. Lagi pun jika
> wang itu dikembalikan
> sebagai royalti, dipercayai Abdullah dan kroninya
> tidak dapat lagi
> menggunakan wang itu untuk meneruskan projek yang
> dirancang dengan bebas
> tanpa sebarang auditan sebagaimana dilaporkan Ketua
> Audit Negara baru-baru
> ini.
> 
> Tidak diaudit bererti penyalahgunaan wang berkenaan
> tidak akan terdedah
> kepada umum dengan mudah. Justeru, kroni dan
> keluarga Abdullah yang
> dipercayai terbabit dengan projek raksaksa di
> Terengganu itu begitu mudah
> mendapat habuan tanpa memperdulikan samada ia
> bertentangan dengan peraturan
> atau tidak.
> 
> Dipercayai inilah untungnya bagi Abdullah dan anak
> menantunya, Khairy
> Jamaluddin dan kroni mereka Patrick Lim mengekalkan
> Terenganu tidak menerima
> wang royalti petroleum.
> 
> Sekarang siapa yang mahu dipersalahkan? Umno
> Terengganu di bawah Idris Jusoh
> sebagai Pengerusi Perhubunganya perlu dipersalahkan.
> Merekalah dikatakan
> menjadi punca royalti petroleum bertukar menjadi
> Dana Khas.
> 
> Inilah akibatnya apabila keangkuhan dan dendam
> kesumat bertakhta dalam
> politik negara. Kepentingan jangka panjang untuk
> rakyat terengganu
> diketepikan begitu sahaja kerana dendam itu dan
> permusuhan Umno terhadap
> kerajaan PAS Terengganu sedikit masa lalu.
> 
> Sekarang siapa yang susah? Rakyat dan Kerajaan
> Terengganu di bawah Dato'
> Ahmad yang susah.
> 
> Penulis amat tersinggung dengan tindakan politik
> tidak berperikemanusiaan
> ini.
> 
> -- 
> "WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU
> MENCUBA JADI TUHAN
> DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU
> MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
> UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG
> SEJATI.BUKANKAH KITA
> MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU
> DAN BANGSA-BANGSA YANG
> PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING
> MENGENAL DAN
> MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN
> BERPERANG ANGKAT SENJATA!"
> 
> "Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada
> kamu seorang fasik
> membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk
> menentukan) kebenarannya,
> supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan
> perkara Yang tidak diingini
> - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) -
> sehingga menjadikan kamu
> 
=== message truncated ===

__________________________________________________________
Sent from Yahoo! Mail.
A Smarter Email http://uk.docs.yahoo.com/nowyoucan.html
 

Kirim email ke