Jln-Jln Masuk Kg: 1 Mei 08 hari pekerja    On Behalf Of Mohd. Monier B Mat  Din
Friday, May 02, 2008 4:36 PM

  
 
Sahabat-sahabat yang dimuliakan,


  
 Alhamdulillah tanpa diduga, email yg saya tulis di bawah nu yg asalnya ditulis 
setakat saja-saja ja (sebab selalunya x ramai yg turun mai), tapi tak sangka 
pada pagi 1 hb Mei semalam, lebih drpd 10 buah kereta entah mai dari mana-mana 
pakat turun mai berkumpul di Petronas BKE dan  juga di tempat parking KHTP.


  
 Tak silap saya semua sekali ada kot dalam 12 bijik kereta; kelam kabut juga 
kami pada asalnya sebab team WK ni bukannya pernah buat konvoi masuk kg 
ramai-ramai macam tu, paling kuat pun dalam 3 kereta ja; tu pun sebab satu 
kereta boh penuh brg. Ramai sungguh, drpd kereta Kancil hinggalah ke keta 4WD.


  
 Saya gabrah jugak pada mulanya sewaktu nak bagi taklimat tu sebab dlm kepala 
saya boleh bayanglah apa nak jadi bila 12 buah keta tu pakat konvoi masuk kg 
jln kecik-kecik or area2 yg x dak tar tu nanti, nasib baik ada satu Team drpd 
ProCC (Proton Car Club) Penang siap pakai "jersey" depa lagi, since depa ni dah 
biasa dok buat konvoi besar-besar ni saya minta depa tolong bagi briefing 
sikit, kemudian dikuti dengan safety briefing oleh Tok Mulu kita, sdra Lukman 
dari UUM yg dok mengajar subject EHS ni di sana.


  
 Semua sekali kami pi 8 buah rumah, termasuk singgah solat zohor bagi sumbangan 
kat fakir miskin di Masjid berkenaan untuk 12 org penama.


 Makna kata 20 org semuanya.


  
 Cakap pasal sumbangan ni, ini yg saya nak habag ni; sebab kita tak buat 
collection, tak dak central collection kata org; so saya habag kat semua hat 
mai tu; nanti sampai rumah-rumah tu, hangpa pandai-pandai sendirilah bagi 
sumbangan. Kot-kot yg nak bagi fidyah, kalau agak keluarga tu nampak x brapa 
susah sgt, nak tunggu keluarga hat selepas tu pun okey, no prob; saya kata 
barang tuan-tuan duit tuan-tuan, tuan-tuan sendirilah yg buat decision.


  
 So, jadinya; bila sampai satu-satu rumah tu; bila sorang pi bagi sekampit 
beras, since ada > 10 bijik keta, hangpa bayangkanlah apa jadi kat 
situ...bersusun- susun barangan macam beras, biskut, gula, garam, minyak masak 
etc macam tuan rumah tu baru balik shopping nak buat kenduri kahwin. No 
Wonderlah, Pengerusi Kariah yg kami berhenti solat tu, bila diminta buat ucapan 
waktu majlis sumbangan barangan tu, Tuan Haji tu kata depa akan terkejut sebab 
selama ni depa tak pernah tengok satu-satu keluarga tu dapat barangan macam tu 
nala punya banyak (beras 10 kilo ada kot 4 kampit, 5 kilo 3kampit, gula 
berkilo-kilo, minyak masak dll). Memang banyak sungguh; saya sendiri tengok Pak 
Omar dok ulang alik angkut barang2 tu dua tiga kali dengan mutu buruk dia!


  
 Malam tu pulak saya dpt sms drpd Puan Zaiton (moniermatdin. blogspot. com : 
Kisah Ketabahan Seorang Ibu); dia kata Mak dia cakap t.kasih dan Mak dia habag 
kata dia tak sangka barang punya banyak (kami longgok kat luar rumah ja waktu 
tu). Apa-apa pun t.kasih lah kpd sapa-sapa yg bersusah payah beli & bawa brg2 
tu ikut kami masuk ke kg semalam.


  
   Saya tak nak tulis banyak; kali ni saya nak biarkan gambar-gambar rakan2 
kita di Rumah Pak Mat seperti yg disertakan di sini berbicara sendiri. 
Tengoklah gambar-gambar ni dan hayatilah erti yang tersirat di sebaliknya. 
Kalau nak tau, next time boleh join mai.


T.kasih kpd rakan-rakan seramai hampir 40 orang tu, terutamanya kpd 
"tukang-tukang rumah amatur", yg semuanya sanggup meredah hutan dan denai 
meniti kayu-kayu reput (ada yg bawa anak-anak) semata-mata sebab nak membantu 
insan yang memerlukan.


  
 Atas pengorbanan kalian, hanya Allah SWT saja yg dapat  membalasnya.



  
 wsl
 monier_matdin@ yahoo.com
 2.Mei.08

Sebarang pertanyaan, sila tujukan kepada Encik Monier seperti alamat di atas. 
Sila juga lawati blog belaiu di http://www.moniermatdin.blogspot.com
- ayehsd
       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Reply via email to