pABILA URUSAN AGAMA BUKAN DARI KALANAGAN AHLINYA....................... 
bertapak bani tamim ,LAHIRLAH Imam Mahdi

kiamat..............................



"Abd Mutalib Ibrahim" 
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com
04/05/2008 07:35 PM
Please respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


To
"Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
cc

Subject
Re: Help Palestine [hidayahnet] Pensijilan Halal Jakim  DiserahKepada 
Syarikat Khairy (HDC)






Kalau hal ehwal ugama diswastakan, susahlah kita. 

>>> muhammad haleem 27/04/2008 22:52 >>>
PUM bantah langkah serah sijil halal Jakim kepada HDC
Ali Bukhari Amir 

Mon | Apr 21, 08

KUALA LUMPUR, 21 April (Hrkh) - Persatuan Ulamak Malaysia (PUM)
membantah langkah kerajaan menyerahkan hak pensijilan halal yang selama
ini dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada
Halal Development Corportion (HDC). 

Setiausaha Agung PUM Dr Roslan Mohd Nor ketika mengulas isu tersebut
berkata, PUM menyifatkan Pensijilan Halal adalah hak mutlak bagi
badan-badan Islam yang berautoriti seperti Jakim atau Jain. 

"Langkah memberi hak pensijilan kepada badan-badan selain badan
berkenaan lebih-lebih lagi kepada pihak yang cenderung menjaga
kepentingan ekonomi semata-mata dikhuatiri akan mengundang keraguan. 

"Dan hal ini dihuatiri akan membawa implikasi yang serius terhadap
kepentingan umat Islam," kata beliau dalam suatu kenyataan akhbarnya
baru-baru ini. 

Menurut beliau, semua pihak khususnya kerajaan wajar berhati-hati
dalam mengambil langkah berhubung perkara ini. 

"Ini kerana, isu halal dan haram dalam makanan melibatkan integriti,
darah daging serta maruah umat Islam. 

"Sehubungan itu, kami berharap supaya sebarang langkah yang diambil
untuk mengubah bidang kuasa yang melibatkan hal ehwal Islam termasuk
dalam isu pensijilan halal ini dipandang serius dan ia wajar dibantah,"
tambah beliau. 

Bagi PUM, kata Dr Roslan, pengesahan status sesuatu produk mestilah
dilakukan oleh badan-badan Islam yang ada autoriti tanpa diganggu-gugat
oleh mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan. 

Selain itu, menurut suatu sumber, langkah penyerahan pensijilan halal
kepada HDC ini mula hangat dibahaskan oleh pihak tertentu yang mula
mengesyaki kalau-kalau wujudnya kepentingan menantu Perdana Menteri,
Khairy 
Jamaludin, dalam HDC. 

"Mungkin ada kepentingan ke atas menantu Perdana Menteri dan
rakan-rakannya kerana mereka ada kaitan dengan World Halal Forum, Mihas
dan Syarikat KasihDia yang mempunyai kaitan rapat dengan Khairy. 

"Kami persoalkan hala tuju yang kabur oleh HDC sama ada ia diwujudkan
bertujuan mengaut keuntungan atau menjaga kepentingan umat Islam," kata
suatu sumber. 

Tambah sumber, mekanisme penyerahan tugasan Jakim kepada pihak HDC
dibuat secara tergesa-gesa tanpa dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang.

"Difahamkan setakat ini, Peguam Negara juga tidak bersetuju. Hingga
kini HDC gagal menerangkan bentuk tugasan yang dilaksanakan oleh HDC
secara jelas. 

"Antara lain tiada pakar syariah yang mengetahui selok-belok hukum
hakam berkaitan halal, haram dan syubhah. Sedangkan asas penentuan halal
dan haram ataupun syubhah adalah tugas ulamak dan pakar syariah," kata
sumber berkenaan. - mns

---------------------------------
Yahoo! For Good. Give and get cool things for free, reduce waste and
help our planet. Plus find hidden Yahoo! treasure

DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential 
information. If you are not the intended recipient, you are hereby 
notified that any review, distribution, printing, copying or use of this 
e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, 
please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete the 
original message. Opinions, conclusions and other information in this 
e-mail that do not relate to the official business of Bursa Malaysia 
and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be understood 
as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia 
Group accepts no responsibility for the same. All liability arising from 
or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is 
excluded to the fullest extent permitted by law.
 

Kirim email ke