(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
 (Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)


      Isu kekurangan beras catat sejarah baru negara                            
                  Salmah Mat Husain      
         Wed | May 07, 08 |  7:01:01 pm MYT                        KOTA BHARU, 
7 Mei (hrkh) �   Memalukan, apabila bekalan beras bagi keperluan asas 
rakyat berkurangan di pasaran sehingga mendorong harganya meningkat berkali 
ganda.

 -->-->
 Situasi berlaku sekarang tidak pernah terjadi dalam sejarah negara 
memandangkan dahulunya Malaysia dikenali sebagai negara pertanian.

 
 Sebelum ini negara hanya sering dilanda kemelut kekurangan gula, gandum dan 
minyak masak sahaja.

 
Oleh itu bagi menangani bersama isu tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri 
Abdullah Ahmad Badawi disaran menjemput sama Menteri-Menteri Besar dan Ketua 
Menteri negeri Pakatan Rakyat (PR) bagi mencari jalan penyelesaiannya.

 
 Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, kelima-lima pemimpin kerajaan 
negeri yang dikuasai PR perlu dijemput membincangkan masaalah tersebut yang 
mendatangkan kesan kepada rakyat sekarang.

 
 Selain itu beliau mencadangkan Perdana Menteri merombak pendekatan sedia ada 
agensi pertanian bagi memastikan kekurangan bekalan beras tidak berlarutan 
dalam tempoh lama.

 
 �Suasana yang terjadi sekarang begitu memalukan kerana ia tidak pernah 
berlaku sejak negara mencapai kemerdekaan.

 
 �Selain itu agensi-agensi yang berkaitan seperti Bernas dan Kada perlu 
dirombak semula. Misalnya peranan yang dimainkan Kada bagi meningkatkan 
pengeluaran padi di Kelantan kurang memberi kesan,� katanya di sini, 
hari ini.

 
 Agensi-agensi pembangunan pertanian seperti Kada dipengerusikan pemimpin Umno. 
Mereka tidak memberi kerjasama baik kepada kerajaan negeri.

 
 Malah tiada wakil kerajaan negeri dilantik ke dalam lembaga pengarahnya 
sebagaimana termaktub dalam Akta Kada.

  
 Selain itu, skim baja subsidi yang disalurkan kepada petani lebih bermotifkan 
politik apabila petani bukan di kalangan penyokong Umno dinafikan mendapatkan 
bantuan tersebut.

 
 Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan 
Kebajikan berkata, petani di Kelantan tidak dapat mempertingkatkan pengeluaran 
padi memandangkan saiz sawah yang tidak ekonomik. - mj 





       Wakil Pakatan Rakyat membangkitkan isu Program Bantuan Makanan dan Tol 
dalam sesi soal jawab               KeADILan       
       PARLIMEN, 7 Mei – Wakil-wakil daripada Pakatan Rakyat pada sesi soal 
jawab lisan pada pagi ini telah membangkitkan soalan mengenai isu program 
bantuan makanan tambahan dan tol di Dewan Rakyat hari ini. Isu mengenai program 
bantuan makanan telah dibangkitkan oleh, Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai).
  
 Beliau telah mengemukakan dua soalan kepada Menteri Pelajaran yang meminta 
penjelasan sejauhmana keberkesanan program tersebut dalam membantu para pelajar 
di sekolah-sekolah luar bandar mendapat pemakanan yang seimbang dan meminta 
menteri tersebut menjelaskan apakah mekanisme serta langkah yang diambil oleh 
kementerian dalam menangani masalah keracunan makanan yang kerap berlaku di 
sekolah-sekolah sejak akhir-akhir.
  
 Meskipun kedua-dua soalan ini telah dijawab oleh menteri berkenaan, namun 
jawapannya tidak begitu menyakinkan serta menjamin kes-kes keracunan untuk 
tidak berulang lagi. Menteri berkenaan hanya memberikan jawapan yang lebih 
menjuruskan kepada tindakan setelah sesuatu kes keracunan yang berlaku. Begitu 
juga jawapan ringkas beliau terhadap program bantuan makanan bagi pelajar di 
luar bandar di mana beliau tidak menjelaskan bukti secara yang lebih bersifat 
saintifik bagi menyokong hujah beliau.
  
 Sementara itu dalam soalan tambahan, Nurul Izzah telah menyoalkan tentang 
apakah pihak kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk mewujudkan ‘Food 
Standard Agency’ untuk mengawal kualiti makanan bagi program tersebut 
sebagaimana yang diwujudkan di negara-negara Barat. Menteri Pelajaran itu 
memberitahu dewan bahawa tidak perlu proses penyeragaman ’standard’ makanan di 
negara ini memandangkan di setiap kawasan memerlukan keperluan nutrien makanan 
yang berbeza.
  
 Dalam pada itu, isu tol yang dibawa oleh Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya 
Utara), telah berjaya menarik minat ahli-ahli dewan yang lain khususnya 
pembangkang untuk berdiri bagi memberikan soalan tambahan. Dalam soalan yang 
dikemukakan oleh beliau ada meminta Menteri Kerja Raya untuk menyatakan 
pendapatan, keuntungan kumulatif syarikat-syarikat konsesi tol dan langkah 
tertentu untuk merunding semula ciri-ciri kontrak yang tidak seimbang dan 
membebankan orang ramai. 
  
 Semasa soalan tambahan pula, Kiam Wee telah membangkitkan persoalan apakah 
pihak kerajaan akan menaikkan tol di Lebuhraya PLUS tahun ini atau tahun depan 
setelah PLUS memperolehi keuntungan yang besar dan jika tidak berapa nilai 
ganti rugi yang perlu dibayar oleh kerajaan atas sebab tidak menaikkan kadar 
tol tersebut.
  
 Keadaan di Dewan Rakyat sedikit kecoh apabila Nga Kor Ming (DAP-Taiping) 
membangkitkan soalan berhubung isu wang RM 38.6 billion hasil keuntungan tol 
yang hilang ketika Kementerian Kerja Raya di pimpin oleh bekal Ahli Parlimen 
Sungai Siput. Isu tersebut tidak dijawab oleh Menteri Kerja Raya yang ada di 
Dewan Rakyat. 
  
 Sementara itu, Gwo-Burne Loh (PKR-Kelana Jaya) telah mengajukan soalan kepada 
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang meminta Menteri 
tersebut menyatakan sama ada Kerajaan pernah melobi untuk meratifikasi 
Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Konvensyn terhadap 
hak golongan Orang Kurang Upaya.
  
 Walaupun menteri berkenaan telah menjawab soalan tersebut namun beliau dalam 
sesi medianya dengan beberapa wartawan menyatakan rasa tidak puashati beliau 
terhadap jawapan yang telah disampaikan oleh menteri berkenaan di sesi soal 
jawab.

 
  
 Sidang Parlimen yang masuk hari keempat hari ini telah memberi ruang sembilan 
soalan lisan dan 18 soalan lisan tambahan kepada ahli-ahli dewan yang sempat 
menanyakan soalan lisan pada sesi pagi sebelum sesi perbahasan usul menjunjung 
titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

 
       syafiq @ May 7, 2008
      


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Reply via email to