Waalaikum salam wrt wbt.
   
  Setelah membaca pandangan yang diluahkan di sini, saya memang
  sangat bersetuju dan mempunyai pendapat yang sama dengan sdr 
  cikgu.  Para pendokong PR tidak mengharapkan sesuatu yang luar biasa,
  tidak juga mengharap Kepimpinan Pakatan Rakyat akan berbuat yang
  sama spt yg diperbuat BN kepada PR.  Tetapi sekurang2nya kezaliman
  dan penyelewengan mereka WAJIB dihentikan. Bertegas dan bertindak
  ke atas kemungkaran tidak perlu takut dan tak  perlu terlalu menjaga hati
  mereka. Tak perlu kita bimbang "Rakyat akan menyamakan kita dng 
  mereka" RAKYAT yang faham tidak akan menganggap begitu.  Malah
  sangat betul bila rakyat kini sgt resah kerana terlalu membiarkan mereka
  berlunak2 lagi walau mereka itu berbuat banyak SALAH.
  Yang salah tetap salah yang hak tetap hak (Allah akan membantu
   kerana ini kerja mulia) bukan kerana nafsu utk keuntungan atau lain2.
   Berhadapan dengan satu golongan yang berpuluh tahun hidup dng muslihat dan 
pembohongan dan penuh kelicikan perlu ketegasan.  Jika ini diabaikan 
  adalah satu DOSA yang jika dibiarkan akan menghancurkan Ummah dan
  Islam.    Yang terakhir Arus bawahan juga harus diambil kira. Hati pejuang2
  (Hardcore) yang menanti perubahan jangan dibiarkan terlalu lama hingga
  mereka juga jadi tak berharap lagi. (sama saja tak ada beza menang 
  dengan tak menang).   

  wasalam.
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
          "Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Reformasi.

YAB Tan Sri,

Tahniah diatas perlantikan Tan Sri Sebagai Menteri Besar Selangor . 
Sesungguhnya pemilihan Tan Sri adalah langkah yang amat dinanti-nantikan oleh 
kami semua.

Kini telah hampir dua bulan Tan Sri duduk dipersada kepimpinan negeri, memimpin 
sebuah negeri yang termaju di Malaysia. Negari yang tersohor kemakmurannya. 
Jantung hati bagi seluruh negara. Negeri yang menjadi benteng terakhir Barisan 
Nasional untuk tewas.

Bagaimanapun, sudah disuratkan dalam azali dan ketentuan Allah SWT bahawa 
keajaiban ini sudah berlaku. Ia nya adalah realiti yang tidak dapat diterima 
oleh pihak lawan, Barisan Nasional. Ini jelas sekali terbukti melalui rengekan 
dan tengkaran mantan-mantan pemimpin Barisan Nasional.

Ibarat harimau luka yang tersedar dari lamunan, mereka tidak rela akan hakikat 
ini. Lantas dan tuntas segala gerakan diatur untuk merampas kembali permata 
yang hilang, bermula sekarang.

Itulah gambaran ringkas akan segala tindak-tanduk mereka.

Bagaimana pula di pihak kita, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor Pimpinan 
YAB Tan Sri? Apakah kita bersedia menghadapi segala bentuk terjahan dan 
terkaman yang bakal singgah sepanjang lima tahun ini sehingga menjelang PRU ke 
13 akan datang?

Apakah pedagogi yang bakal dipersiapkan?

Sehingga warkah ini ditulis, kelihatannya Kerajaan Pakatan Negeri ini masih 
kelihatan goyah. Sentiasa dicabar oleh bekas MB, Khir Toyo yang masih mabuk 
kuasa. Sehingga kini masih belum ada tindakan tegas dari Tan Sri untuk 
membersihkan Pentadbiran Negeri ini dari pengaruh Barisan Nasional yang masih 
menebal dijabatan-jabatan malahan diberitakan masih berleluasa di SUK.

Dalam senario pilihanraya umum yang lalu, untuk pengetahuan Tan Sri, kebanyakan 
Ketua-ketua jabatan, GLC, dan lain-lain jelas bekerja kuat untuk menyokong 
Barisan Nasional pada pilihanraya yang lalu. Ramai kakitangan bawahan yang 
menyokong PR ditekan dan diberi amaran keras.

Ketua-ketua jabatan dan GLC, berbondong-bondong mengiringi mantan MB, Khir Toyo 
berkempen seluruh santero Selangor.

Menukar-ganti mereka ini bukan perkara besar. Dalam UMNO sekalipun, misalnya 
ketika Tan Sri Abu Hassan naik sebagai Menteri Besar, orang-orang Mohammad Taib 
kena tukar. Begitu juga Khir Toyo, ditukar sana, tukar sini sehingga ada yang 
menyamakan sebagai menjawakan jabatan oleh Khir. Itu dalam UMNO lagikan 
bertukar, apatah lagi bagi kerajaan yang bertukar.

Mengimbau kenangan PR Kecil Ijuk,
Lupakah sudah Tan Sri, bagaimana mereka bertepuk tangan dengan gembira bila Tan 
Sri tersasul Undilah Barisan Nasional ketika Pilihanraya Kecil Ijuk? Lupakah 
Tan Sri bagaimana mereka berkampung di sana untuk membenam Tan Sri?

Lupakah Tan Sri bagaimana Najib Razak menghina Tan Sri dengan tuduhan melulu. 
Sedangkan saya berpendapat Tan Sri adalah seorang wira Negara, satu satunya 
anak Melayu yang single-handedly melakukan dawnraid di London hingga membawa 
sekaligus Konglomerat Guthrie pulang ke Malaysia sekaligus membuat Perdana 
Menteri Britain Margharet Thatcher termangu-mangu sehingga menggubal 
undang-undang supaya tidak berlaku lagi seumpamanya. You are the first and the 
last!

Tidak ada insan lain yang melakukan ini, tidak Mahathir, tidak Dolah Badawi, 
tidak Najib, tetapi Tan Sri Khalid, budak kampong bergelar Sahak yang 
melakukannya.

Lupakah Tan Sri bagaimana UNISEL dipergunakan sebagai kem politik untuk 
mengalahkan Tan Sri? Lupakah Tan Sri bagaimana Universiti ini di jadikan pusat 
oleh PEMANTAU diketuai oleh Razali Agus, semata-mata membenamkan Tan Sri? Hari 
ini diberitakan NC Unisel ini begitu intim dan direct access kepada Tan Sri?

Mengimbau lagi kenangan PR Kecil Ijuk,
Tahukah Tan Sri betapa hinanya petugas PR diejek dan dilempar botol oleh konco 
Khairy Jamaluddin dan pemuda UMNO? Pekerja parti dihenyak dan acapkali hampir 
berlaku pertempuran. Dalam pilihanraya yang baru, ada seorang pemimpin kecil 
dari kaum India, seorang petugas parti ditawarkan RM30 ribu untuk memujuk kaum 
India diestet mengundi BN tetapi dia menolak dengan alasan yang munasabah 
iaitu, maruah dan ikatan janji setia bersama PAS dan Keadilan.

Kehebatan yang mereka tunjukkan sangat hebat, sehinggakan calon-calon BN tidak 
dapat memasuki kawasan estet dan perumahan. Malah ada yang sanggup membaling 
telur busuk kepada calon BN seperti yang berlaku di DUN Melawati. Mereka 
bekerja keras walaupun untuk memenangkan calon yang tidak pernah dikenali.

Kembali kepada senario semasa,
Terbaharu, diberitakan bahawa pihak Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk 
melantik muka-muka BN dalam barisan Ahli Majlis Daerah. Bagaimanakah ini boleh 
berlaku jika ianya benar?

Pandangan yang bagaimana yang diterima untuk melantik mereka? Adakah pandangan 
kedua malah ketiga diambil kira?

Mahukah individu dari UMNO atau BN menerima perlantikan ini? Pastinya mereka 
akan merujuk kepada UMNO dan melalui pengalaman di Pulau Pinang, ahli Gerakan 
tersebut sudah komited dan sanggup keluar parti. UMNO bagaimana? Tentunya akan 
menjadi tekanan bagi mereka. Adakah tokoh UMNO yang dilantik akan menerima 
sewenang-wenangnya.

Bagaimana pula perasaan pendokong parti, petugas hardcore yang sanggup 
bertungkus lumus meletakkan masa depan mereka sebagai risiko tinggi ketika 
berkempen?. Saya sendiri meletakkan risiko tutup kedai sekiranya Pakatan tewas, 
manakala ada sahabat saya menutup awal-awal perniagaannya apabila membuat 
keputusan untuk berada dibarisan hadapan memastikan kemenangan Barisan Rakyat 
pada PRU ke 12 yang lalu.

Hairan, bila Barisan Nasional berbuat apa-apa sahaja, siapa yang menegur? Siapa 
yang berani? Mengapa, Pakatan Rakyat mahu berbuat apa sahaja perlu sangat 
mengambil kira pandangan dari pihak mereka.

Tukar satu pegawai riuh-rendah seluruh Negara, seperti yang berlaku di Perak. 
Pokoknya bagi BN, Pakatan Rakyat ini tidak ada yang betul. Jika diambil orang 
BN, mereka kata kita idak ada orang pandai. Jika tidakpun mereka akan kata kita 
takut untuk bertransparent. Semua tidak kena.

Mungkin terdapat Ketua Jabatan yang suka jika ada kalangan BN memegang jawatan 
dalam jabatan seperti Ahli Majlis dan sebagainya. Mungkin mereka sendiri yang 
mencadangkan perlunya kehadiran kalangan luar.

Halusi mengapa? Mungkin mereka mahu perlindungan dan berpayung serta menutup 
kesilapan mereka yang lalu yang menyalahgunakan kuasa, mengujudkan kronisma, 
nepotisma dan menyalahgunakan jawatan untuk kepentingan peribadi. Bagaimana 
hendak membuat keputusan majoritas kiranya berlaku pertelagahan pendapat 
lantaran berlainan fahaman. Tambahan lagi mereka sudah biasa mengutamakan 
kepentingan peribadi mendahului kepentingan rakyat.

Bagi badan badan kerjaaan negeri seperti PKNS, KDEB dan lain-lain anak syarikat 
perlu disusun semula dengan segera mengikut kebijaksanaan Tan Sri yang sangat 
arif dalam pengurusan korporat bersaiz mega.

Melalui kes Balkis kita dapat memahami ketidaklangsungan pengurusan dalam badan 
yang terlibat, PKNS. Lihat sahaja, bagaimana PKNS berurusan secara semberono 
menjualbeli tanah secara kontra bayarannya. Hairan, jual kepada Balkis, urusan 
bayaran antara kerajaan negeri dan PKNS. Jika Harun Hashim seorang CEO yang 
berintegriti, dia wajib kehadapan membuat kenyataan umum membersihkan PKNS 
dalam isu ini.

Saya bukan ahli korporat besar, tetapi saya yakin, cara itu tidak betul seratus 
peratus.

Sehingga kini, perkara yang sudah terang lagi bersuluh ini masih belum ada 
laporan polis dibuat terhadap pasangan suami isteri, Khir Toyo dan Zaharah 
Kecik. Rakyat menunggu.

Kalau boleh dipelajari dari sejarah kejatuhan UMNO khususnya dan BN amnya, dari 
banyak isu dan masalah serta pelbagai ulasan, pandangan, pendapat dan rungutan 
yang timbul, beberapa isu kecil pada pandangan pimpinan mereka, telah tidak 
diambil perhatian dan tindakan sewajarnya, seperti tajuk di atas tadi, iaitu 
pandangan kedua dan ketiga dan seterusnya tidak dipedulikan. Akibatnya, apa 
yang sedang dilalui oleh mereka sekarang.

Bagi saya untuk melakukan sesuatu yang besar dan hebat tidak ada senjata yang 
lebih besar melainkan kebijaksanaan, keberanian dan tawakkal. Sebagaimana kita 
melalui pilihanraya lalu yang penuh getir tetapi kita bijak, berakal, sabar dan 
berani serta bertawakkal. Masih terang dan jelas seruan yang dilaungkan semasa 
kempen.

Ayuh, marilah merubah. Kita mesti berani untuk berubah

Saya tahu, memberi pandangan terbuka seperti ini berisiko dan dianggap rebels 
of the party. Tetapi saya tetap berpegang kepada seruan pemimpin termasuk Tan 
Sri sendiri iaitu check and balance.

Jika saya hendak diambil tindakan kerana teguran yang sebegini, saya reda dan 
pasrah menghadapinya.

Saya pasrah kerana saya tidak akan hilang apa-apa lantaran sudah biasa sebagai 
pembangkang tidak mendapat apa-apa. Namun saya akan terus bersoal, kenapa dan 
mengapa selagi nyawa mengikat badan.

Saya berharap pandangan yang diketengahkan dan tertera di atas tadi, harus 
disoroti, diambil cakna dan ditangani segera oleh semua peringkat pimpinan. 
Ingin saya tegaskan di sini, saya tidak berniat mengajar, tetapi hanya 
menyampaikan kegelisahan arus bawahan.

Segala ketelanjuran saya, saya memohon ribuan ampun dan maaf. Segala yang 
sempurna itu adalah dari Allah SWT adanya. Segala kekurangan itu adalah dari 
saya hamba yang daif.

Sekian, Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Reformasi.
Takbir.
Makkal shakti.

Mohamad Fesal bin Idris,
Ahli Seumur Hidup PKR Kuala Selangor. 



                           

       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke