http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Dunia/20080508225153/Article/index_html

Muis siasat mi segera 'Halal' berperisa babi   Masyarakat Singapura dinasihat 
berhati-hati memilih  makanan

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menjalankan  siasatan mengenai 
penjualan mi segera berperisa babi yang mempunyai tanda halal  di negara itu. 

Berita Harian yang melaporkan kenyataan Muis kelmarin  berkata bahawa produk 
berasal dari Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam itu didakwa  pengeluarnya 
memperoleh sijil halal daripada pihak penguasa Islam di negara itu.  
  "Sementara Muis menyiasat hal ini, kami ingin menasihatkan masyarakat Islam  
supaya berhati-hati dalam memilih barangan makanan serta memerhatikan juga 
bahan  yang digunakan. 

"Penting bagi mereka membaca bahan yang digunakan dalam  pembuatan produk yang 
ingin dibeli," kata Muis dalam kenyataan berkenaan.  

Pihak berkuasa agama itu juga mengucapkan terima kasih kepada orang  ramai yang 
memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu


       
---------------------------------
 
 Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.

Kirim email ke