Operasi silap suspekOleh Mustapha Ismail
[EMAIL PROTECTED] 
  BATU PAHAT: Seorang pengurus bank mendakwa dibelasah sekumpulan anggota polis 
daripada Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri 
hingga mengalami keretakan tulang pinggul dan bengkak paru-paru, dipercayai 
akibat tersilap identiti suspek kes jenayah. 

Kira-kira jam 4 petang Isnin lalu, sekumpulan 10 hingga 15 anggota polis 
didakwa memecah masuk ke rumah mangsa di Taman Pasifik Selatan, di sini, kerana 
mengesyaki mangsa terbabit dalam kes jenayah. 

Abd Razak Abd Samad, 34, mendakwa ketika kejadian, dia sedang memasang serta 
menala set televisyen dan radio yang baru dibeli di sebuah pusat beli-belah di 
bandar ini sebelum terdengar ketukan kuat pintu rumah. 

gSaya ketika itu di tingkat atas turun untuk menyiasat bunyi itu tetapi 
tiba-tiba beberapa orang bersenjatakan pistol menyerbu masuk selepas memecahkan 
pintu kedua rumah itu. 



            gSambil mengacukan pistol, mereka mengarahkan saya meniarap di 
lantai, sebelum digari. Ketika itu saya berasa bahagian tertentu badan 
ditendang serta dipijak beberapa kali,h katanya. 

  Abd Razak berkata, dia kemudian dibawa naik dan beberapa anggota polis 
terbabit bertanyakan mengenai kandungan kotak di atas rumah itu. 

Menurutnya, seorang daripada anggota polis itu membuka kotak berisi radio, 
manakala yang lain terus menggeledah di tingkat atas. 

Katanya, dia dibawa turun dan diminta menyerahkan kad pengenalan, telefon 
bimbit serta kunci kereta. 

gMereka membawa saya keluar untuk memeriksa serta melihat apa yang terdapat 
dalam but kereta tetapi tidak menemui apa-apa. Selepas berbincang sesama 
sendiri, seorang pegawai dipercayai berpangkat Cif Inspektor memaklumkan mereka 
tersilap suspek satu kes culik dan memiliki senjata api. 

gSaya kesal kerana mereka tidak menjalankan siasatan lebih tepat sehingga 
menyebabkan orang seperti saya menjadi mangsa keadaan. 

gKejadian itu menyebabkan saya trauma dan tidak dapat bayangkan jika isteri 
yang sarat mengandung serta anak berusia setahun lebih ada bersama dan melihat 
peristiwa itu,h katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd Shariff, berkata polis 
akan menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat dakwaan itu.

Katanya, jawatankuasa siasatan itu bakal diketuai Ketua Jabatan Siasatan 
Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II Amer Awal. 

gPolis mengesahkan ada menerima laporan daripada pengurus bank terbabit 
mengenai insiden dia diserang sekumpulan anggota polis di rumahnya, Isnin lalu. 

gKita beri jaminan siasatan akan dilakukan secara telus dan polis tidak 
berkompromi dengan anggotanya yang terbabit dalam insiden itu,h katanya. 

       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Kirim email ke