salam,

org melayu, kalau dikatakan buang tebiat, maksudnya kemungkinan seseorang itu 
sedang dalam perjalanan ke dunia lain.

mungkinkah karpal dalam perjalanan kedunia lain. Take note, mungkin apa yg 
dikatakan adalah benar. Mungkin sultan sultan kita ramai adalah pengabis beras 
dan pengabis duit rakyat. Mungkin juga title sultan DY MAHA mulia itu seolah 
olah bagaikan Tuhan. Ingat, yg MAHA ..... adalah hanya Allah tuhan semesta 
alam. Tapi sultan tidak malu malu mahu mengekalkan titile tersebut.

tapi politik, yg benar itu tidak selalunya betul. Kalau yang benar itu bukannya 
sesuatu yang teras maka kemungkinan tidak perlu diterima atau diperkata. Kalau 
dibuat juga, ianya menjadi senjata kepada musuh bukannya menguatkan.

maka mungkin kah karpal buang tebiat ...

http://n32.blogspot.com/


Selangor: Raja dan rakyat berpisah tidak

Kerjaaan
Pakatan Rakyat di Selangor baru berusia 60 hari lebih, namun banyaklah
yang sedang rancak dirancang dan dilakukan untuk memastikan yang negeri
bertuah ini memberi manfaat dan kesejahteraan kepada rakyatnya.
Kerancakkan kerajaan negeri itu menarik minat Tuanku Sultan, suatu
gandingan penting dalam negeri ini.

Laman web MStar Online
melaporkan berikut sempena Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri 2008 di Masjid Sultan Ibrahim
di sini malam tadi oleh Tuanku Sultan Selangor:

Baginda
juga menitahkan supaya bantuan kepada 5,042 fakir miskin di Selangor
menerusi Lembaga Zakat Selangor ditambah terutamanya makanan asas
seperti beras, tepung dan minyak masak, berikutan kenaikan harga barang
makanan yang semakin meningkat.

Baginda
turut menggesa pembekal-pembekal yang dilantik oleh Lembaga Zakat
Selangor supaya menyampaikan bekalan makanan kepada golongan berkenaan
dengan jujur dan amanah dan tidak mengurangi sukatan sambil mempastikan
barangan makanan yang dibekalkan berkualiti baik.

Ternyatalah
Tuanku begitu prihatin dengan masalah rakyatnya dan sedar akan impak
kenaikan harga barang ke atas rakyat kebanyakkan terutama yang miskin.
Baginda juga sedar bahawa ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
selama ini yang sentiasa tergamak untuk mengambil kesempatan mengaut
keuntungan secara tidak jujur walaupun dalam membekal bahan kepada
rakyat termiskin.

Keprihatinan ini turut dikongsi oleh kerajaan
negeri yang baru, yang dinaikkan atas keprihatianan rakyat itu. Semoga
Istana dan kerajaan negeri dapat seiringan melaksanakan amanah demi
kesejahteraan negeri ini, dan dapat pula menjadi contoh nanti kepada
negeri-negeri yang lain.

Raja Ali Haji, cucunda kepada pejuang
dan Raja Bugis tersohor, Raja Haji, pernah berwasiat di dalam Samarat
al Muhimmah yang berbunyi:

Sebaliknya,
seorang raja yang baik, pantang hal-hal keduniaan seperti minum arak,
judi dan sabung ayam, berzina dengan wanita, (sebaliknya) mencurahkan
perhatiannya pada pembangunan mesjid, asrama bagi musafir, jambatan,
jalan raya, kota, rumah, saluran, balai polis. Kesejahteraan
mencerminkan sifat-sifat Raja, karena hanya Rajalah yang memiliki
kekuasaan untuk memohon diberikan kesejahteraan material. Di bawah
pemerintahan raja yang baik, negaranya pun menjadi sejahtera.
Posted by
roslan sms  at 1:43:00 PM  0
comments         
 
PR perlu pandai menarik rambut dalam tepung

Saya
yakin ramai di dalam Pakatan Rakyat samada PKR, DAP sendiri mahupun PAS
yang tidak setuju dengan beberapa "outburst" Karpal Singh kebelakangan
ini yang lebih merugikan perjuangan Pakatan Rakyat di mata umum. Yang
paling membebankan Pakatan Rakyat adalah pandangan dan komen beliau
berkenaan dengan pihak Istana, dabn hubungan istana dengan kerajaan
negeri. Terbukti yang paling gembira dan menangguk di air keruh ketika
ini adalah

Umno yang sudah pasti mendapat liputan meluas hasil dari tindakan Karpal itu.
Sebelum
ini Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz telah menasihatkan
agar Karpal berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Kita sekarang
bukan lagi berada disaf pembangkang tetapi kita membentuk kerajaan di 5
buah negeri. Dan kebetulan 4 daripadanya diketuai oleh Raja-raja Melayu
manakala Pulau Pinang di bawah SPB Yang Dipertuan Agong.

Hari
ini AJK DAP Pusat yang juga Spekaer DUN Selangor, Teng Chang Khim pula
mengeluarkan kenyataan. Kata Teng kenyataan Karpal berhubung
bidangkuasa Sultan Perak terbukti tidak bijak. Tambah Teng Karpal
mungkin dianggap sebagai "hero" oleh setengah-setengah pihak kerana
kenyataannya itu tetapi beliau tidak sedar yang kenyataannya itu
sebenarnya mengancam kedudukan dan masadepan Pakatan Rakyat kerana
beliau membuka ruang untuk musuh-musuh politik PR mengambil kesempatan.

Kata
Teng lagi apa yang Karpal nyatakan mungkin betul dari segi
undang-undang, akan tetapi isu ini tidak hanya melibatkan undang-undang
tetapi ia isu politik dan beliau tidak setuju sekiranya pendekatan
seperti Karpla itu diambil. Dari segi pentadbiran memang benar MB Perak
berkuasa ke atas kakitangan negeri namun, undang-undang tubuh kerajaan
negeri meletakkan Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri. Oleh itu ia
melibatkan pentafsiran perlembagaan negeri dan politik. Biarlah MB
Perak sebagai seorang Muslim menyelesaikan isu ini dan tidak perlu
campurtangan pihak lain.

Teng sendiri untuk rekod adalah seorang
peguam dan mempunyai pengalaman luas sebagai ADUN dan pernah duduk
sebagai Ketua Pembangkang Negeri.

Jika Pakatan Rakyat berhasrat
untuk terus maju ke hadapan isu-isu seperti inilah yang perlu ditangani
dengan berhemah, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak
terputus, tepung tidak berselerak. Mudah-mudahan kita dapat melangkah
gagah ke hadapan bukan hanya dengan sokongan padu rakyat tetapi juga
penghormatan dari Raja-raja Melayu.
Posted by
roslan sms  at 12:18:00 PM  2
comments          
Monday, May 12, 2008
Cukuplah Karpal.............cukuplah

Pengerusi
DAP, Karpal Singh terus menjadi objek serangan pihak media termasuklah
ahli-ahli Parlimen BN yang berucap di Dewan Rakyat siang tadi.
Kontroversi yang beliau cetuskan termasuklah mencabar Raja-raja Melayu
mustahil dirasakan dapat reda dalam waktu terdekat. Bagi BN khasnya
Umno inilah peluang terbaik mereka untuk menyerang tokoh pembangkang
veteran itu termasuklah menyerang pakatan pembangkang Pakatan Rakyat
yang walaupun merupakan pembangkang di Parlimen tetapi memimpin 5 buah
negeri.

Dalam akhbar THE SUN hari ini Karpal nampaknya terus
mencari musuh, kali ini dengan mengulangi serangannya terhadap PAS
pula. Beliau dilaporkan berkata kesungguhan PAS untuk mengekalkan
agenda Negara Islamnya sebenarnya menyusahkan PKR dan DAP dalam Pakatan
Rakyat. Katanya jika PAS berterusan dengan pendirian ini masyarakat
akan berpandangan yang Pakatan Rakyat sebenarnya berkrisis.

Menurut
akhbar berkenaan Karpal telah ditemuramah oleh akhbar berbahasa Cina
iaitu Nanyang Siang Pau dan dalam temuramah itu Karpal telah menegaskan
bahawa Penasihat PKR Dato Seri Anwar Ibrahim sedang berunding dengan
PAS bagi mempengaruhi parti itu agar menggugurkan perjuangan negara
Islamnya.

Tambah Karpal ideologi negara Islam PAS ini merupakan
penghalang terbesar terhadap kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan jika
PAS enggan menggugurkan ideologi itu tidak mustahil DAP akan
meninggalkan pakatan tersebut.Pakatan Rakyat katanya mempunyai prospek
untuk mempertingkatkan lagi pencapaiannnya dalam PRU yang seterusnya
oleh itu PAS wajar menghentikan sebarang kenyataan berhubung
ideologinya itu.

Siapa pun tidak berhak memadam atau
menggugurkan apa sahaja yang diperjuangkan oleh PAS, Umno telah
berusaha selama lebih 50 tahun, namun gagal, dan kini Karpal pula.

Setahu
saya tidak ada mana-mana pemimpin dalam Pakatan Rakyat, yang paling
banyak menonjol dan mengadu-domba perpaduan dalam Pakatan Rakyat
sendiri selain Karpal, mengapakah begitu? Ancaman untuk keluar
meninggalkan Pakatan Rakyat ini saya kira sesuatu yang sangat
"childish" atau keanak-anakkan dan tidak langsung mengambil-kira
kelangsungan kerajaan yang telah sama-sama dibentuk Pakatan Rakyat yang
bergantung antara satu sama lain khasnya antara PAS dan DAP sendiri
iaitu di Perak dan Selangor.

Langkah yang paling baik bukannya
untuk mendesak Anwar berunding dengan PAS, kerana asas perjuangan PAS
tidak boleh dirunding-rundingkan, tetapi yang lebih baik adalah untuk
Anwar menasihati Karpal secara individu agar menghargai kepercayaan
rakyat, menghormati antara satu parti dengan yang lain, ketepikan
perbezaan dan kenal-pasti persamaan.

Saya yakin dan percaya
majoriti pemimpin dan ahli-ahli serta penyokong Pakatan Rakyat samada
dari PAS, DAP atau PKR tidak bermasalah berkerjasama dan bermuafakat,
yang bermasalah nampaknya Karpal seorang, lalu apa yang sebaiknya
dilakukan?

 hamdy 013 3696712  www.rancanghidup.blogspot.com
Penulis Buku Baru Terbit: RancangHidup RancangWang


      

Kirim email ke