*Berita baik bagi gulungan Miskin Tegar dan Ibu Tunggal di Perak* Dilulus terbit pada Monday, May 19 @ 12:26:28 MYT oleh SongkokPutih<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=10143&mode=thread&order=0&thold=0> [image: Berita]<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&new_topic=2> Oleh *alhusseyn*<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Your_Account&op=userinfo&username=alhusseyn>
"<http://bp1.blogger.com/_qqE6FBwEG-E/SC4-wrDD_oI/AAAAAAAAEWs/jzKj3rQIwxg/s1600-h/P5160042.JPG>Satu Ceramah Perdana telah diadakan di Stadium Mini Manjoi (Sungai Tapah malam tadi.Di anggarkan hampir 5 ribu kehadiran memenuhi ruang stadium mini tersebut. Selain beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang berucap dalam majlis tersebut, Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Ir Nizar Mohammad telah turut menyampaikan ucapannya. <http://bp3.blogger.com/_qqE6FBwEG-E/SC4-xLDD_pI/AAAAAAAAEW0/N2BU51K9oIM/s1600-h/P5160036.JPG>Nizar telah mengumumkan berita baik kepada seluruh rakyat negeri Perak khususnya bagi mereka yang berstatus sebagai gulungan Miskin Tegar dan Ibu Tunggal yang tinggal dalam negeri Perak ini.Terdapat sejumlah 5 ribu rakyat yang tergulung dalam gulungan tersebut.Angka tersebut diambil dari satu data yang telah sedia ada. Pemilihan tersebut tidak berdasarkan kepada fahaman parti samada PAS, Umno, PKR atau DAP.Semua yang miskin tegar dan Ibu Tunggal akan dapat.Tetapi agihan bantuan tersebut adalah atas lambang kerajaan Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan PKR.Dulu hanya satu sahaja (merujuk kepada bantuan yang berlambangkan dacing BN-alHusseyn) Baru sahaja 60 hari Pakatan Rakyat memerintah Perak namun, sebagai membuktikan program kebajikan dapat dilaksanakan walaupun duit dah habis licin disapu oleh kerajaan dahulu,Nizar mengumumkan kerajaan negeri telah memperuntukkan RM1juta bagi tujuan membantu rakyat Perak yang Miskin Tegar termasuk juga para Ibu Tunggal. Bantuan tersebut bagi setiap keluarga berupa 30 Kilo beras , 5 kampit gula , 2 kilo minyak masak dan wang belanja RM 100/-. -gambar ehsan dari the Greenman of Pulai -- Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!! Visit My Blog : http://perisikrakyat.blogspot.com/ "WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!" "Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).