Salam,

Saya bukanlah pandai sangat nak beri komen, cuma nak
kongsi pendapat jer, tu pun nak tanya pendapat
pembaca2 yg lain akan kebenaran pendapat saya ini atau
mengarut saja.
 
> 'Pendeknya syaitan suka duduk di   tempat-tempat
> kotor seperti tandas.'      

Pendapat saya memang betullah tuh, selagi ada tempat2
yg kotor dan busuk spt tandas bahkan dipasar2 basah yg
penuh dgn becak, busuk dan tipu helah para penjualnya
pun menjadi sasaran warga syaitan tu.

Tetapi kalau tandas disebelah katil dlm bilik tidur
kita tu bukan saja bersih malah berbau harum semerbak
(bukan dari perfume import) tp bau2an dari bunga
rampai yg diperbuat dari hirisan2 pandan serta bunga2
yg wangi (maintain bau kamar pengantin), pertanyaan
saya ialah masihkah lagi tandas itu menjadi tempat
tumpuan syaitan yg terkentut2 dan tercirit2 setiapkali
azan merdu dialunkan?

Yg ustaz tu maksudkan ialah barangkali tandas yg
dikatakan ikut cara barat tapi berbau bagai tandas
awam kot? terutamanya setiapkali tuan rumah tu lepas
pekena nasi panas sambal belacan ngan ulam petai dan
jering yg aromanya ternyata aduhai kiranya tidak
diselenggara dgn betul!

Org dulu2 bina tandas di 'pinggiran' kerana telah
tersemat di mentaliti mereka bahawa asalkan yg namanya
tandas tuh mesti kotor dan berbau busuk,almaklumlah
disitulah tempat pembuangan benda2 yg sudah tidak
diinginkan, sedangkan kiraan logiknya sebelum benda2
itu keluar dari tempat yg bawah tu ketempat yg dihukum
sebagai busuk dan kotor tu asalnya dimasukkan dari yg
atas juga kan? jadi apa salahnya diubah cara berfikir
bahawa tandas itu mesti bersih kerana disitulah asas
kebersihan setiap manusia.

Najis yg tidak dicuci bersih akan menghalang sah solat
setiap dari kita. Bukankah kebersihan itu sebahagian
dari iman? Kalau tandas itu bebas najis maka darimana
pula datangnya apa yg dikatakan kotor dan busuk itu
pula?

Jadi pada pendapat saya, kita kena buang jauh2 kiranya
masih ada terlekat kerak2 fahaman salah difikiran kita
tentang asalkan namanya tandas saja mesti berbau busuk
dan kotor. Asalkan ianya bersih tak mengapa dimana pun
ianya dibangunkan.

Tinggal dibandar2 besar dgn bentuk dan kedudukan rumah
yg telah diatur pemaju, mana mungkin kita pinggirkan
tandas itu apatah lagi kiranya ia lebih bersih dari
bau mulut kita mungkin, apa pula kata jiran dibahagian
belakang rumah kita bila sebaik membuka pintu dapurnya
perkara pertama yg dihadapnya ialah tandas kita! mau
loktang dia! tak dia tak kita, betul tak?

Apa pula pendapat ustaz2 zaman sekarang yg ramai dah
berjirankan tandas dibilik tidur, takkan sama2 membela
syaitan kot?
Oh ya, katakanlah kita punya ruang laman yg luas
hingga mampu membina tandas nun jauh dihujung sana,
tapi mulut pula berbau longkang, adakah mungkin dlm
mulut kita tidak dikunjungi warga syaitan yg memang
suka benda2 busuk dan kotor tuh?

Ini pendapat saya sajalah, maaf kalau tulisan agak
keras, tp kalau dibaca mengikut body language dan
intonasi saya, ianya santai2 saja.....



      

Kirim email ke