Peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi dipotong RM800 juta  [image:
Cetak]<http://klpos.com/v2/index2.php?option=com_content&task=view&id=1534&pop=1&page=0>
 [image:
E-mail]<http://klpos.com/v2/index2.php?option=com_content&task=emailform&id=1534&itemid=99999999>
  Oleh Bernama
  Isnin, 09 Jun 2008

*KL:* Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,
peruntukan bagi membiayai projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan bagi
kementerian itu dikurangkan sebanyak RM800 juta.

Bagaimanapun katanya, pemotongan peruntukan oleh Unit Perancang Ekonomi
(EPU) itu tidak akan menjejaskan perancangan jangka panjang agensi di bawah
kementerian itu kerana jumlah pengurangan masih kecil berbanding RM18.2
bilion yang diperuntukkan di bawah RMK-9.

"Kita di ambang kajian separuh penggal RMK-9 ke atas setiap perancangan
jangka panjang kerajaan. (Kajian) pada kali ini tidak meningkatkan
peruntukan tetapi mengurangkannya kerana kerajaan memerlukan dana yang besar
bagi tujuan memberi (pelbagai) subsidi termasuk makanan.

"(Bagaimanapun) Untuk Univesiti Malaysia Sabah (UMS), (peruntukan) satu sen
pun kementerian tidak potong," katanya mendapat tepukan gemuruh ketika
berucap sempena majlis pecah tanah Sekolah Perubatan UMS di sini hari ini.

Sekolah perubatan bernilai RM259 juta itu dijadualkan siap dalam tempoh tiga
tahun dan akan membolehkan pengambilan pelajar perubatan ke UMS ditingkatkan
daripada 71 pelajar setahun kepada 150 pelajar setahun

-- 
Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!!

Visit My Blog : http://perisikrakyat.blogspot.com/

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini
- Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu
menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke