Salam ...buat program yang lebih byk berbentuk ilmiah yang menjurus kepada pembentukan akhlak yang baik. Gantikan Jom Heboh (satu contoh) kepada program yang bermanfaat. Tengok saja konsert Jom Heboh tu ....rata-rata anak-anak Melayu Islam (termasuk bertudung) berhibur sampai malam (esok sekolah/kerja tu..) Tepuk Dada Tanya Iman ........ -----Original Message----- From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:[EMAIL PROTECTED] Behalf Of Lynn Zarina Sent: Friday, June 06, 2008 11:45 PM To: Ikhwanul Muslimun Subject: Balasan: Help Palestine [hidayahnet] Sila Bawa Kondom Untuk Berzina[Scanned]
jangan komplain jer, sila berikan cadangan apa aktiviti keislaman yang tuan maksudkan supaya di uruskan sebaiknya. jika setakat nasyid berkumpulan, berzanji, syarahan ugama, memang lah sah lesu macam biskut masuk angin.... iman "Topeng Perak"@yahoo.com wrote: Sila Bawa Kondom Untuk Berzina Dilulus terbit pada Monday, June 02 @ 14:00:00 MYT oleh SongkokPutih <http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=10655> <http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&new_topic=1> Artikel Oleh Ibrahim Baba <http://tbn0.google.com/images?q=tbn:SgySd_X4ICgMqM:http://www.artkrush.com/mailer/issue11/popups/img/f1.jpg> Agaknya itulah saranan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Abdul Latiff, apabila berucap merayakan Hari Peringatan AIDS Antarabangsa semalam, seperti yang dilaporkan dalam <http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/6/1/nation/21423252&sec=nation> The Star [1 Jun 2008]: In view of the rising number of women contracting HIV, every woman should carry a condom with her for her own protection, said Deputy Health Minister Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad. Apakah itu kaedah terbaik untuk mencegah berjangkitnya AIDS kepada kaum wanita? Walaupun Presiden Majlis AIDS Malaysia, Prof Adeeba mengatakan ada wanita "who contracted HIV were housewives, infected unknowingly by their husbands who could be drug addicts", apakah berjuta lagi wanita Melayu lain wajar membawa kondom juga untuk bersama suaminya kerana tidak pasti samada suaminya dijangkiti AIDS atau tidak? Menurut laporan itu lagi, di Malaysia pada tahun lepas, terdapat 3 orang mati setiap hari akibat penyakit AIDS dan sebahagian besarnya adalah orang Melayu. By ethnicity breakdown, Malays recorded the highest number of HIV sufferers (58,267 in total), followed by Chinese (11,886), Indians (6,532) and foreigners (2,722). Sebagai pemimpin Melayu, seorang yang duduk dalam pentadbiran tertinggi Kerajaan, Dr. Latiff sewajarnya tidak melepaskan tangan dan menyerah kepada NGO. Beliau dan kerajaan berwajib untuk menimbang kembali polisi dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan agar tidak menjurus kepada menggalakkan pergaulan bebas, kerosakan akhlak remaja dan sebagainya. Kita tidak perlu dilihat jauh. Sambutan yang sepatutnya mengajak rakyat, terutama kaum remaja memahami erti patriotik dan cintakan negara yang merdeka dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang sememangnya melalaikan anak-anak muda dan menggalakkan kerosakan akhlak dengan pergaulan bebas. Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melihat permasalahan ini dari akar umbinya. Bukan sekadar cuba membaiki gejala yang menular akibat polisi dan usaha yang tidak bersungguh dalam menyelesaikan punca timbulnya gejala ini. IB mengatakan kerajaan tidak serius dalam hal ini. Para pemimpin Melayu amat tidak serius untuk menyelesaikan masalah ini. Kita bandingkan dalam senario yang berbeza. Apabila sebahagian besar pengundi muda Melayu menolak UMNO dalam PRU1999, kerajaan telah melakukan pelbagai program untuk memastikan bakal pengundi baru tidak lagi melakukan perkara yang sama pada PRU1999. Hampir seluruh jentera telah dikerahkan, terutamanya di IPTA untuk mengengkang pengaruh "pembangkang" dari "masuk" ke kampus. Segala usaha ke arah kebaikan dihalang dan mahasiswa dilalaikan dengan sogokan yang melesukan aktiviti kemahasiswaan dari berfikiran matang. Tidak cukup dengan itu, usaha-usaha lain dilambakkan dalam masyarakat bagi memastikan rakyat terutama muda-mudi diasyikkan dengan timbunan aktiviti yang melalaikan. Baik di media mahupun dalam program-program hiburan disusun dengan himpunan ribuan orang Melayu tanpa mengira lagi pergaulan bebas serta melalai terus waktu solat. Akibat dari semua ini kita lihat perubahan ketara dalam PRU2004. Akibat yang amat ketara ialah juga gerakan serta aktiviti berbentuk keislaman lesu di kampus-kampus. Mahasiswa pada umunnya tidak lagi berfikiran serius. Mereka tidak lagi peka dengan nasib masyarakat - jauh lagi dari membela serta memperjuangkan nasib orang Melayu. Hingga ada pemimpin tertinggi parti Melayu mengatakan orang Melayu "Haprak" pun ditepuk dengan gemuruh seluruh yang hadir. Sekian, IB ... http://ibrahimbaba. <http://ibrahimbaba.wordpress.com/2008/06/01/sila-bawa-kondom-untuk-berzina/> wordpress.com/2008/06/01/sila-bawa-kondom-untuk-berzina/ -- Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!! Visit My Blog : http://perisikrakya <http://perisikrakyat.blogspot.com/> t.blogspot.com/ "WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!" "Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ). _____ Yahoo! Toolbar kini dikuasa dengan Search Assist. Muat <http://mys.rd.yahoo.com/search/toolbar/mail/signature/*http://malaysia.toolbar.yahoo.com/> turunnya sekarang.