Sebagai pengamal filem/drama, sy melihat ada di antara pengamal filem/drama 
tempatan  berniat baik utk berdakwah melalui filem/drama. Sayangnya mrk 
kekurangan ilmu. Mrk ini berasal dari latarbelakang yg tidak menekankan kepada 
budaya mencari ilmu, research,  homework, etc. Namun, kesedaran agama sedikit 
sbyk ada di kalangan segelintir pengamal.  Mrk ini lah yang perlu dibimbing 
oleh org berilmu. Maknanya mrk perlu mendekati org berilmu dan org berilmu juga 
perlu mendekati mrk. Org berilmu jangan lah pandang hina pd mrk sementara mrk 
pula perlu serius memperbaiki diri dan belajar. mrk perlu buang ego mrk,  
begitu juga dengan org berilmu. Masing-masing kena buang ego dan saling 
mendekati, baru lah produk filem/drama kita akan lebih berjaya di masa depan. 
Pengamal yg ada kesedaran agama, jgn lah terus meninggalkan bidang ini.
terus lah kekal dlm bidang ini dengan niat untuk menghasilkan produk yg
baik. Wadina sudah membuktikannya tetapi yg lain-lain tu mengambil
keputusan utk terus berundur dr bidang ini. Alasan mereka, bidang ini
tidak selaras dengan syariat Islam.

Bagi pengamal yg belum ada kesedaran, org berilmu perlu menegur/menasihati 
secara berhikmah, bukan secara keras atau terus menghukum. Ini akan lebih 
menjauhkan pengamal berkenaan dengan org berilmu.

Sementara pengamal yg sudah berkesedaran agama  terus kekal dalam industri dan 
cuba untuk menjadikannya 'syariah-compliant' , org berilmu dari luar perlu lah 
juga masuk dlm industri. Bagi org berilmu yg byk duit, sila lah membiayai 
penerbitan filem/drama. Maknanya jadi penerbit filem/drama dan terbitkan drama 
yang baik-baik saja, bukan yg merapu. Sbg penerbit, semua cakapnya akan 
didengar dan dipatuhi oleh pengarah dan krew2. Jadi misi berdakwah melalui 
filem akan lebih mudah. Pengarah filem, Bade Hj Azmi ada bercakap pasal ini dlm 
rancangan Fenomena Seni terbitan RTM beberapa minggu lalu. Katanya, buat filem 
dakwah juga satu jihad. Kalau penerbit yg ada sekarang tidak mahu buat filem 
dakwah krn takut rugi di panggung, org2 kaya yg berkesedaran perlu lah tampil 
untuk membiayai penerbitan filem itu. Sblm Bade cakap, saya pun tak pernah 
terfikir soal org kaya ni. Baru lah terfikir bhw org kaya lebih minat derma 
buat masjid, tp dr segi lain mrk tak minat.
 Selain menyumbang juta-juta untuk mendirikan masjid tetapi masjid kosong tak 
ada org (terutama remaja), sumbang juga lah utk filem. Cth : bg RM2 juta  utk 
buat filem remaja bertema dakwah yg cool dan happening (tp masih tak lari dari 
syariat/hukum hakam). Jgn lah byk sangat dialog berkhutbah atau menghukum. 
Sekurang-kurangnya remaja itu boleh dididik melalui medium yg lebih cool dan 
happening mengikut perspektif mrk. Nak harap mrk pergi surau dengar ceramah 
agama, tak mahunya mrk. .

Bg org berilmu yg  tak ada duit sbyk RM2 juta, sila lah menyumbang idea. Cthnya 
: seorang ustaz ada memberi idea kpd pengarah Jinggo dan isterinya pelakon 
Shiela Rusly semasa di Mekah. Balik dari Mekah pasangan suami isteri itu 
terbitkan "Demi Masa". Shiela Rusly pula sudah bertudung sekarang. Kita harap 
byk lagi kes spt ini di masa akan datang. Jika tidak, bila tiba waktu Maal 
Hijrah, Maulidur Rasul, Raya Haji, pengamal drama akan tangkap muat saja cerita 
apa yg ada. Buat pula tergesa-gesa kerana stesyen TV dah mintak utk tayangan pd 
hari2 berkenaan. Mahu tak mahu, terpaksa penuhi slot yang ada. Homework dan 
research pula diketepikan krn faktor masa terhad. Apabila pengamal kurang 
berilmu, itu lah "agama" yg kita tengok di TV pada musim-musim sambutan agama. 
Apatah lagi sekarang TV9 dan Astro Aosis menyediakan byk slot utk drama2 
bertemakan agama. Lagi lah tangkap muat. Berdasarkan pengalaman saya, selalunya 
mrk akan masukkan unsur2 yang bersifat
 kosmetik semata-mata sedangkan jiwa atau intipati drama itu masih sekular.

Lagi bagus kalau org berilmu itu mampu menulis skrip filem/drama. 
Sekurang-kurangnya kita ada idea, konsep dan tema yg bagus. Jika tidak, drama 
agama di TV kita akan mengulang-ulang idea, konsep dan tema yang sama di 
sepanjang musim sambutan keagamaan. Penonton pula terpaksa menonton krn sudah 
tidak ada pilihan lain.

Setakat ini dulu yg sempat sy fikirkan. Mungkin ada lagi  cadangan yg lebih 
baik utk meningkatkan jumlah penerbitan dan kualiti filem/drama bertemakan 
agama.














--- On Mon, 6/23/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] mencari nur khadijah
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Monday, June 23, 2008, 1:13 PM











            Salam

Petang semalam saya tengok TV oasis berjudul `mencari nur khadijah'.

Citernya bagus, yang pompuannya tutup aurat, drama keIslamanlah tapi…

yang tak bestnya di akhir citer tu Eja sebagai adik ipar pegang tangan

abang iparnya untuk disatukan pada tangan Erma Fatima(kakak Eja dalam

citer ni). Diorang ni, tak kiralah penulis ke pengarah ke penerbit ke,

tak buat homework dulu ke sebelum buat citer ni. Mana boleh adik ipar

dengan abang ipar bersentuhan, itukan bukan muhrim. Kalau nak buat

citer keIslaman, janganlah tangkap muat je. Nak buat pahala, dapat dosa

lak. Nanti budak2 yang tak belajar pasal ni akan terikut2 dan mula tak

tutup aurat depan ipar duai ni. Saper nak jawab…..



























      

Kirim email ke