Adakah anda sedang mengaku melakukan ZINA !!!! ???

Astaghafirullah MODERATOR please do something.










2008/6/28 <LynnZarina>:

>  alangkah hinanya apabila poligami itu hanya untuk memuaskan nafsu sex
> lelaki sahaja. bagi wanita yang sanggup diperlakukan sebagai alat pemuas
> nafsu yang di halalkan, sila lah redha dan rela atas nama Islam.
>
>
>
> kesetian dan kasih sayang itu sebenarnya lebih penting dari sex. saya
> mempunyai kekasih seorang Arab dari Syria dan kami tidak melihat sex sebagai
> element terpenting dalam hubungan kami....tapi hadirnya kasih sayang dan di
> paparkan setiap saat adalah lebih penting.....we can sit in each other's arm
> on our sofa watching movie for hours......without having to have sex! or hve
> coffee and talk at our balcony. or am i just being lucky...by having this
> kind of treatment, we both feel that we are being appreicated and loved.
> There are so much things to do than sex  and many ways to show how much u
> love ur partner. Sex has always been so good for us but kissing is
> better....and we both love kissing each other. it is about feeling and
> life...not just sex, but good sex can make u closer to yr partner....
>
>
>
> good luck in yr boring sex life dear.......
>
>
>
> iman
>
>
>
>
> --- Pada *Ahd, 15/6/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>* menulis:
>
> Daripada: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED] >
> Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Seks Antara Punca Perceraian
> Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
> Tarikh: Ahad, 15 Jun, 2008, 1:21 PM
>
>     Lelaki dan wanita berbeza
>
>
>
> Alangkah indahnya Islam yang membenarkan poligami kepada lelaki
>
> tidak kepada wanita
>
> --- Pada *Sel, 10/6/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>* menulis:
>
> Daripada: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
> Subjek: Help Palestine [hidayahnet] Seks Antara Punca Perceraian
> Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
>
> Tarikh: Selasa, 10 Jun, 2008, 9:59 PM
>
>  Punca penceraian
> Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
> [EMAIL PROTECTED] com.my <norlaila%40hmetro.com.my>
> Keinginan seks wanita tinggi pada awal hubungan dan hilang jika
> hubungan bermasalah
>
> ISU hubungan seks sangat jarang dibincangkan, apatah lagi jika
> membabitkan masalah disfungsi seks wanita (FSD). Namun, masalah
> hubungan seks yang dianggap isu `tertutup' menjadi punca kedua utama
> perceraian di kalangan penduduk Islam di Malaysia selepas konflik
> kewangan.
>
> Jika masalah disfungsi seks lelaki (MSD) dikaitkan dengan masalah
> ketidakupayaan ereksi (disfungsi erektil atau mati pucuk), wanita
> menghadapi masalah disfungsi seksual membabitkan hampir 70 peratus
> wanita di Malaysia — dua kali lebih tinggi berbanding wanita di
> Amerika Syarikat.
>
> Namun, perkara ini jarang dibincangkan secara terbuka kerana dianggap
> memalukan, walaupun ramai wanita menderita kerananya.
>
> Jika anda antara wanita yang mulai hilang keinginan terhadap seks dan
> sukar berasa ghairah, jangan risau kerana ramai berkongsi masalah
> dengan anda.
> Sebenarnya lebih ramai wanita berusia 18 hingga 59 tahun mengalami
> masalah FSD iaitu 43 peratus berbanding hanya 31 peratus di kalangan
> lelaki.
>
> Menurut Ahli Terapi Seks dan Kaunselor Perhubungan Australia, Dr Rosie
> King, antara punca utama menyebabkan masalah FDS ialah kekurangan
> pendidikan seks, harapan tidak realistik (dipengaruhi cerita dalam
> filem, novel, internet atau majalah), risau mengenai prestasi ketika
> melakukan seks, masalah kesihatan, hubungan kurang mesra dengan suami
> dan paling penting, suami ada masalah ED.
>
> "Penurunan keinginan seks adalah normal bagi wanita, terutama selepas
> lama menjalin hubungan atau perkahwinan. Kajian mendapati keinginan
> seks wanita paling tinggi pada awal hubungan dan boleh hilang sama
> sekali jika hubungan atau perkahwinan mereka bermasalah.
>
> "Masalah ini juga disumbangkan oleh suami kerana apabila perkahwinan
> menjadi stabil, suami kurang berusaha untuk menarik hati isteri —
> tidak seperti ketika awal hubungan. Keinginan seks wanita sangat
> berbeza dengan lelaki kerana lelaki boleh dirangsang dengan mudah
> melalui mata (penglihatan) dan telinga (pendengaran) ," katanya ketika
> membentangkan soal selidik global ke arah seks lebih baik (GBSS)
> anjuran Pfizer.
>
> Sememangnya isu masalah seks wanita sangat jarang dibincangkan dan
> mungkin ada yang tidak tahu apa yang dikatakan FSD. Seseorang wanita
> itu dikategorikan mengalami FSD jika dia:
> • Hilang keinginan seksual.
> • Hubungan seks tidak lagi menyeronokkan.
> • Keghairahan menurun.
> • Kurang pelincir pada vagina.
> • Sakit apabila mengadakan hubungan seks.
> • Sukar mencapai orgasme.
>
> Kajian GBSS ke atas 12,563 responden (6,285 lelaki dan 6,273 wanita)
> berumur 25 hingga 74 tahun di 27 negara, termasuk Malaysia, mendapati
> 50 peratus lelaki dan wanita tidak mendapat kepuasan dalam hubungan
> seks mereka. Di Malaysia, hanya 35 peratus lelaki dan 49 peratus
> wanita yang benar-benar berpuas hati dengan hubungan seks mereka.
>
> Dr King berkata, kadar masalah FSD di kalangan wanita Malaysia lebih
> tinggi iaitu 70 peratus berbanding wanita Amerika Syarikat. Bahkan
> peratusan wanita negara ini yang menghadapi pelbagai masalah berkaitan
> seks seperti kekurangan nafsu, keghairahan dan kenikmatan hubungan
> intim juga lebih tinggi berbanding wanita Amerika Syarikat (rujuk
> Jadual 1).
>
> Bahkan umur suami yang tua (melebihi 42 tahun) juga dikenal pasti
> menjadi antara faktor risiko penurunan keinginan seksual wanita kerana
> kebanyakan masalah ED bermula selepas lelaki memasuki usia 40-an.
>
> Menurutnya, suami boleh membantu meningkatkan keinginan seks isteri.
> Banyak cara boleh dilakukan kerana secara umumnya wanita memerlukan
> `perangsang' seperti sentuhan romantik, komunikasi, keintiman dan masa
> berkualiti bersama pasangan.
>
> Pada masa sama, wanita perlu berusaha meningkatkan keinginan seksual
> dengan melakukan `perangsang' seperti disebut di atas, memperbaiki
> kesihatan keseluruhan (menjaga pemakanan, bersenam dan mendapat cukup
> tidur serta rehat), kurangkan keresahan serta menanam sikap positif
> terhadap seks. Selain itu, mereka perlu belajar memperbaiki kualiti
> hubungan seks, di samping memupuk hubungan lebih mesra dengan suami.
>
> Kurang keghairahan
>
> Kekurangan keghairahan di kalangan lelaki hanya disebabkan satu
> perkara iaitu ED, tetapi bagi wanita ia berpunca daripada pelbagai
> perkara, termasuk berasa tidak seronok ketika mengadakan hubungan
> seks, tidak ghairah, kesakitan (akibat vagina kering, terutama di
> kalangan wanita berumur) dan sukar mencapai orgasme.
>
> Wanita memerlukan masa untuk ghairah iaitu antara 15 hingga 20 minit
> atau lebih lama bagi wanita berusia. Beberapa proses perlu dilalui
> sebelum wanita mencapai keghairahan iaitu rangsangan erotik pada otak,
> tumpuan fikiran, deria, memberi dan menerima rangsangan, fantasi dan
> perasaan terhadap pasangan.
>
> Untuk ghairah, wanita memerlukan persekitaran selesa, gembira, tenang,
> `privacy' dan masa secukupnya. Ini sebabnya suami perlu faham
> keperluan wanita supaya sama-sama dapat menikmati hubungan seks
> berkualiti dan memuaskan.
>
> "Apabila wanita ghairah, beberapa perubahan biologi berlaku, iaitu
> faraj memanjang dua kali ganda dan pintu faraj menjadi lebih rapat.
> Dinding faraj pula menjadi lebih licin yang menandakan wanita bersedia
> menjalani persetubuhan. Dalam keadaan ini, wanita lebih mudah mencapai
> orgasme.
>
> "Kesakitan ketika hubungan seks adalah masalah biasa yang dialami
> hampir 68 peratus wanita Malaysia. Ia boleh disebabkan kekurangan
> rangsangan seksual, jangkitan, keradangan atau menopause dan mudah
> diatasi dengan menggunakan bahan pelincir. Namun, jika masalah ini
> berlanjutan, wanita disaran mendapatkan nasihat doktor," katanya.
>
> Bukan semua wanita mengalami orgasme setiap kali mengadakan hubungan
> seks. Hanya 30 peratus wanita mencapai orgasme (kemuncak seks) melalui
> hubungan seks (kemasukan zakar ke dalam faraj) dan 40 peratus wanita
> mengalami orgasme walaupun tiada kemasukan zakar, manakala 30 peratus
> lagi tidak pernah merasai orgasme langsung.
>
> Untuk mencapai kemuncak ini, wanita memerlukan rangsangan berterusan,
> fokus pada pengalaman erotik dan menegangkan otot.
>
> "Masalah ED dialami lelaki juga menjadi faktor penting kepada gejala
> kekurangan keinginan seksual wanita. Kajian mendapati wanita yang
> mengalami FSD kurang gembira berbanding wanita normal dan 41 peratus
> menganggap mereka menjadi punca kepada masalah ED suami.
>
> "Wanita yang mempunyai suami ED juga mengalami masalah lain seperti
> ketegangan, berasa tidak menarik, bersalah, sunyi, resah dan hilang
> keinginan melakukan hubungan intim. Wanita yang ada suami ED lebih
> berisiko mengalami FSD dan ini sebabnya suami perlu mendapatkan
> rawatan secepat mungkin. Ia bukan saja demi isteri, bahkan ED juga
> menjadi petanda penting kepada masalah kesihatan kronik seperti
> jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis," katanya.
>
> Pada masa sama, setiap individu perlu memainkan fungsi masing-masing
> untuk memperbaiki hubungan suami isteri kerana hanya melalui kemesraan
> hubungan seks dapat dinikmati dengan lebih baik. Seks boleh
> diumpamakan seperti gam dan pelincir bagi mengeratkan hubungan dua
> insan dan melancarkan keintiman seksual suami isteri.
>
> INTE-CLEANSE
> - Detox Atau Cuci Usus
> - Harga RM48.00 (80 biji tidak termasuk pos)
>
> BIDADARI
> - Produk Khusus Untuk Wanita
> - Merawat Senggugut, Keputihan Dan Kitaran haid tidak tetap
> - Membina, Merawat Dan Menyihatkan Rahim
> - Memberi Tenaga Dan Mengurangkan Keletihan
> - Mengecutkan Rahim
> - Menyempitkan faraj
> - Mempertingkat Daya Kemutan
> - Harga RM53.00 (tidak termasuk pos)
>
> CARA PENGAMBILAN :-
> Mulakan pengambilan intecleanse 2 biji pagi dan 2 biji malam selama 5
> hari untuk proses pencucian usus sebelum pengambilan Bidadari untuk
> kesan yang lebih optima.
>
> Dapatkan! Set 1 Kotak Intecleanse + 1 Botol Bidadari = RM100.00
> (termasuk kos pos)
>
> Berminat ?
> Emailkan pesanan anda beserta nama, alamat penghantaran dan contact no
> ke [EMAIL PROTECTED] com <kmj5284%40yahoo.com> , kaedah pembayaran secara
> pemindahan ke akaun
> maybank/cimb.
>
>
> ------------------------------
> Yahoo! Toolbar kini dikuasa dengan Search Assist. Muat turunnya 
> sekarang.<http://mys.rd.yahoo.com/search/toolbar/mail/signature/*http://malaysia.toolbar.yahoo.com/>
>
>
> ------------------------------
> Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
> http://my.mail.yahoo.com/ 
>

Reply via email to