Protes mahu Suhakam pantau perhimpunan 6
Julai<http://perisikrakyat1.blogspot.com/2008/07/protes-mahu-suhakam-pantau-perhimpunan.html>
<http://www.asiapacificforum.net/news/forumbulletin/fb21/logo_big.jpg>diciplak
dari : malaysiakini <http://www.malaysiakini.com/news/85461>

Jul 2, 08 3:05pm
Gabungan Anti-Inflasi (Protes) akan menyerahkan memorandum kepada
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), meminta pesuruhjayanya
hadir dan memantau perhimpunan aman anjuran Protes, membantah kenaikan harga
minyak pada 6 Julai ini.

Katanya, ia selaras dengan hak untuk mengadakan perhimpunan secara aman
seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perhimpunan tersebut akan diadakan di Padang Timur , Petaling Jaya,
Selangor.

Menurut satu kenyataan Protes, memorandum tersebut akan diserahkan kepada
Suhakam pada jam 12 tengahari esok.

Pada mula perhimpunan tersebut dirancag di adakan di KLCC pada 5 Julai.

Bagaimanapun, tempatnya kemudiannya ditukar di Jalan Timur, Petaling Jaya
pada hari berikutnya - 6 Julai - supaya lebih ramai rakyat menyertainya.

Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli sebelum ini dilaporkan berkata, kawasan
tersebut dijangka tidak menganggu masalah kesesakan lalulintas dan
keselamatan peserta protes.

Beliau juga dilaporkan berkata, kawasan itu juga, amat strategik di mana
orang boleh menggunakan lebuhraya Persekutuan dan LRT Taman Jaya.

Orang ramai dijangka berhimpun mulai jam 10 pagi untuk menyertai pelbagai
aktiviti, termasuk ucapan para pemimpin politik pembangkang.

Pihak penganjur mensasarkan untuk mendapatkan sejuta orang menyertai protes
tesebut, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Dianggarkan 3,500 petugas akan membantu mengawal keselamatan dan masalah
kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.

-- *
Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!!
*
Visit My Blog : http://perisikrakyat.blogspot.com/

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini
- Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu
menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Reply via email to