AL FATIHAH utk AIna Mardiah dan TAKZIAH buat  Shahrial dan keluarga semoga 
tabah menghadapi dugaan dari Allah SWT.

Amin
Quoting Topeng Perak <hidayahnet@yahoogroups.com>:

> Kezaliman ISA : Anak tahanan ISA akan dikebumikan
> esok.<http://perisikrakyat1.blogspot.com/2008/07/kezaliman-isa-anak-tahanan-
isa-akan.html>
> diciplak
> dari :
> harakahdaily<http://www.harakahdaily.net/index.php?
option=com_content&task=view&id=15564&Itemid=1>
> 
> *Ahmad Tajdid | Foto Nasir Sudin *
> Tue | Nov 30, 99 | 12:00:00 am MYT
> 
> *KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) -* Jenazah anak mangsa tahanan Akta
> Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Aina Mardiah Shahrial akan dibawa ke
> kediamannya di Lorong Serai 8, Batu 11 1/2, Hulu Langat (berhampiran Masjid
> Kg. Sungai Serai) selepas Isyak, setelah segala urusan berhubung kematiannya
> selesai.
> 
> [image: Image]Menurut Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman,
> jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan esok.
> 
> Sehingga berita ini ditulis, ayah Allahyarhamah, Shahrial Sirin masih belum
> tiba di hospital.
> 
> Usaha ahli keluarga Allahyarhamah untuk menghubungi pegawai Cawangan Khas
> bagi mendapat kepastian di mana Shahrial berada menghadapi jalan buntu.
> 
> Shahrial dilaporkan dibawa keluar dari Kem Tahanan Kemunting selepas
> mendapat kelepasan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar jam
> 1.00 tengahari tadi.
> 
> [image: Image]Kegagalan pihak polis cawangan khas menemukan Sahrial dengan
> anaknya dikecam sanak saudara, sahabat handai dan para simpatisan yang hadir
> di Hospital Kajang.
> 
> Aina Mardhiah menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Siti Fatma dan
> ahli keluarga terdekat jam 6.25 petang tadi.
> 
> Anak sulung pasangan terbabit dilaporkan terjatuh di rumahnya semalam dan
> berada dalam keadaan koma sehingga disahkan meninggal dunia.
> 
> Shahrial ditahan di Kem Tahanan Kamunting sejak tujuh tahun lalu.
> 
> [image: Image]Usaha Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA),
> untuk mendapatkan pelepasan sementara Shahrial bagi menziarahi anaknya
> menghadapi kerenah birokrasi sehingga mangsa tahanan ISA itu tidak dapat
> menatap wajah anak sulungnya yang sedang koma sejak semalam.
> 
> Moga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarhamah, mengurniakan
> kesabaran kepada keluarganya dan menimpakan azab balasan yang setimpal
> kepada mereka yang melakukan kezaliman. Alfatihah.* - tajdid*_
> 
> -- *
> Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!!*
> 
> Visit My Blog : http://perisikrakyat1.blogspot.com/
> 
> "WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
> DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
> UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
> MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
> PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
> MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"
> 
> "Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik
> membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
> supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini
> - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu
> menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
> 



Reply via email to