PENGENALAN Bahawasanya YAYASAN ANGKATAN BINA JATI DIRI dan ABJAD MALAYSIA adalah satu badan yang sah disisi undang-undang Malaysia bertujuan melaksana seruan daripada beberapa seruan Agama Islam tunai amanah addin, menyempurna tuntutan Nabudu dan Nastain mewarisi, memiliki segala isi kandungan langit dan bumi secara berhak, mengikut aliran fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam bab aqidah, syariat, akhlak, jihadul bil mal, jihadul bil nafsi.
ABJAD MALAYSIA kini berusaha bersungguh-sungguh mujahadah diri menawar pelan Membangun Modal Insan. Modul Pertahanan Diri Latihan Serentak Rohani dan Jasmani berasaskan keperihatinan menjana penyebaran dan perkembangan Tafaqohufiddin dan menyusun urus harta intelek kepada umat manusia. membina kehidupan memelihara kedaulatan Agama Islam, diri, keturunan, harta benda dan tanah air mengikut seruan Nabi Muhammad s.a.w. di semua peringkat, tempat dan masa. MATLAMAT Untuk mengumpul seberapa ramai insan mengambil Islam sebagai addin beristiqamah atas aliran Ahli Sunnah dengan membesarkan segala Himmah serta menghadapkan segala Inayah, menyungguh-nyungguh kan usaha menjadi segala daerah dan wilayah, perbendaharaan ilmu perladungan kepandaian dan membuka mata kepada memandang cemerlang, gemilang, terbilang dan handalan, kelihatan kemegahan bangsa Melayu Islam diantara segala alam dan tertinggi martabatnya diantara Bani Adam, bertambah ulama?mereka itu atas segala ulama? bertambah nyata agama Islam atas segala agama. Bagi mencapai matlamat diatas, ABJAD MALAYSIA cawangan Selangor telah menerbitkan sebuah lagi buku bertajuk Cerah Masa Depan Di Dunia Dan Di Akhirat selepas buku Penghuraian Misteri Alam Melayu . Buku Cerah Masa Depan ini menyingkap persoalan asas yang amat perlu diketahui dan dihayati agar kita tidak hanyut dan tenggelam dalam kejahilan ilmu dan amal yang boleh membatalkan akidah, syariat, akhlak, pengorbanan diri dan pengorbanan harta. Disamping itu buku ini juga memberi garis panduan yang jelas dan nyata terhadap ilmu dan amal bagi mencapai kemenangan mutlak yang diredhai Allah s.w.t. Kemenangan mutlak boleh dicapai atas kurniaan Allah dengan menzahirkan kecermelangan diri dan keperkasaan hasil dari pembentukan kefahaman ilmu dan amal yang selari dengan fitrah kejadian manusia sebagai khalifah ciptaan Ilahi melalui pemberian taufik dan hidayahNya. Justeru itu menusia dapat menjalani kehidupan sejati membina prinsip sejajar dengan petunjuk Nabi dan ulama pewaris Nabi, supaya keluar dari kegelapan dan masuk kepada cahaya yang memberikan kemenangan di dunia, di alam barzakh, di yaumul-masyar dan di syurga Allah, InsyaAllah. Oleh yang demikian, buku ini ditujukan kepada mereka-mereka yang berjuang khasnya umat Melayu Islam sama ada dalam apa-apa bidang termasuk pertahan diri, perbomohan, ahli makrifat, politik dan perniagaan agar dapat mengambil panduan tentang garis sempadan baik dan jahat serta arah tuju perjuangan agar tidak tersasar dari acuan Allah seperti yang disampaikan oleh Rasulullah dan ulama-ulama pewaris yang menjanjikan kemenangan mutlak. ANTARA TAJUK TAJUK HEBAT YANG DIBINCANGKAN: 1. Tauhid Dan Syirik Dalam Ilmu Dan Amal 2. Pengertian Khalifah , Wali Dan Agama Islam 3. Pengertian Amalan Pusaka Khalifah Wali agama Islam. 4. Iktiqad Wahdatul wujud 5. Hidayah hidayah 6. Carta Abjad Malaysia Terdapat juga DVD khas ceramah dan penerangan hala tuju ABJAD mengikut Al-Quran dan Hadis yang disampaikankan oleh Yang Di Pertua ABJAD Tuan Guru Ustaz Ahmad Bin Hj Che Din yang bertajuk Makam Lalai. Harga Buku Cerah Masa Depan Di Dunia Dan Di Akhirat RM40 DVD ceramah RM12 sahaja. Kos penghantaran percuma. Buku dan DVD juga boleh didapati di alamat di bawah: Saudara Rosli No 1, Jalan Enggang Timur 6, Taman Sri Keramat Kuala Lumpur. Tel : 013 3365121 Atau hubungi mereka bagi yang berhampiran dengan: Saudara Ibarahim (Kajang):019 3171187 Saudara Adnan (Cheras):013 6760515 Saudara Nazri (Hulu Langat):019 3867201 Ust Yunus (Gombak): 0132303274 *Sms nama dan alamat ke 0193867201 utk maklumat percuma..