Kepada CIK SITI ([EMAIL PROTECTED]) dihormati dan di kagumi lagi disayangi...
pertama-tamanya sedikit pembetulan mengenai kedudukan negeri kelantan yang di 
katakan terletak di UTARA Malaysia...mana hang dapat maklumat ni....
utk maklumah cik siti kelantan terletak di belah pantai timur semenanjung 
kedukukan ni  takkan berubah....mengenai paksaan..tiada paksaan dlm agama islam 
ini ye CIK SITI tetapi harus di fahami apa yang di wajibkan dan apa yang di 
sunatkan mestilah di patuhi kerana ISLAM itu agama yang cuti..
 
CONTOHHHHHHH................
Artikel mengenai ISU GINCU DAN KASUT berTUMIT TINGGI....
Inilah yang dikatakan isu yang kecil di perbesarkan oleh orang yang tidak 
memahami erti sebenar ataupun isi tersurat yang cuba di sampaikan oleh negeri 
UTARA ini (KELANTAN)
 
Almaklum lah negeri UTARA ini di perintah oleh PEMBANGKANG..so ini telah 
menjadikan isu yang serius...
 
Ambo pun penah duk KL jugok dulu...
Mcm2 yang berlaku di depan mata mengenai IBU NEGARA KITA...(MALAYSIA BOLEH)
pergaulan terlalu bebas antara lelaki dan wanita termasuklah pelajar2 sekolah + 
IPT..
Seks bebas,sosial,dadah sudah menjadi barah yang amat mengerunkan di kala masa 
ini.
 
Berbalik kepada:-
Al kisah KL la plokkkkk...dan Al Kisah Klate Kito plok....
apa yang anda perhatikan mengenai 2 negeri ini selama ini?
negeri mana yang elok?
negeri mana yang kurang jenayah?
negeri mana yang kurang sibuk?
negeri mana yang paling miskin?
negeri mana yang paling kurang pembangunan?
 
cukup daaaaa.............
 
so,fikir dan bagitau kat orang negeri UTARA ini ye CIK SITI yang disayangi...
 
 
oppppssss...terlupa satu lagi...mengenai GINCU + KASUT TUMIT TINGGI...
 
itu bukan satu larangan bahkan satu cara mendidikan masyarakat cara pemakaian 
yang di anjurkan oleh MPKB-BRI.
jgn menjdikan isu ini sbg alasan untuk memburukkan negeri UTARA ini..opppsss 
silap lagi..negeri pantai timur la...
 
SEKIAN...letih eden korang banyak2 ni..
 
ASSALAMUALAIKUMMMMMM...
 
 
 
 

--- On Thu, 7/3/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Ado ore marah, gincu tok leh!!- giler 
ape mashitah nihh....
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Thursday, July 3, 2008, 10:52 AM








Saye sokong sgt ngan cik myza.pucuk pangkal diri sdr..ala...tgk je la pix 
terbaru USTAZAH MASHITAH..hehe
"Mashitah berkata, beliau kesal kerana MPKB lebih memperbesarkan isu
remeh temeh berbanding memikirkan masalah gejala sosial yang perlu
diberi keutamaan. " isu kecik la yg x spatutnye dianggap remeh. sbb dr kecik jd 
besar.klu isu kecik pun x bleh nak tangani/ nak dilaksanakan, macamane nak 
atasi isu besar!!kalau diri sdr x bleh nak disiplin tuk kawal nafsu, jgn la 
plak nak salahkan pemimpin yg alim lagi adil.yg cube nak slamatkan generasi 
akan datang dan agama ISLAM. dah akhir zaman ni mmg bnyk ulama' yg nak name n 
glemer.smpi menghalalkan yg haram.bkn nak mmprtahankan islam pun. ade ke 
sesiape menteri yang brani mengarahkan bini2 mereka memakai tudung? kalau dlm 
keluarga pun x dapat nak menegakkan Islam, camanela nak tegakkan Islam dlm 
Mlaysia tercinte nih..Astaghafirulla h..bile dah smpi tahap negara tertekan dgn 
masalah sosial n isu2 yg smakin teruk, kite perlu mengasingkan diri tuk 
muhasabah diri..x takut ke?KIAMAT SUDAH DEKATTTTTTT! !!!




----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED] com" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
Sent: Wednesday, July 2, 2008 10:50:12 AM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Ado ore marah, gincu tok leh!!- giler 
ape mashitah nihh....







saya tak baca abis apa yg ditulis oleh cik siti ni tapi apa yg ditulis oleh cik 
siti mmg salah sama sekali... tidak berniat untuk membelakangkan agama tapi apa 
yg ditulis oleh cik siti amat sekali bersalahan dgn agama..memakai tudung bukan 
paksaan atau tekanan mana-mana pihak tapi adalah perintah Allah s.w.t dan tidak 
perlu dipersoalkan buruk atau baiknya kerana Allah s.w.t itu lebih mengetahui, 
takkan kita lebih bijak dari Dia? Dosa mana-mana wanita yang hiprokrit atau 
tidak tiada kaitan dgn sesiapa melainkan suami atau ayah atau saudara lelaki 
sekiranya mereka tidak menasihati wanita tersebut utk memakai tudung. Memakai 
tudung/hijab yang sempurna adalah WAJIB ke atas wanita Islam , tiada soal balas 
atas ketentuan ini , tetapi sama ada mereka menurut perintah atau tidak adalah 
atas tanggungjawab mereka sendiri . Saya pernah duduk di Kelantan selama 6 thn 
, dan mmg ada wanita Islam tidak memakai tudung , tetapi tidaklah pulak mereka 
kena tangkap atau di
 rejam atau dihina dikhalayak ramai . Alasan perempuan2 yg bertudung semasa 
berada di Kelantan dan buka tudung apabila kembali ke KL adalah alasan 
perempuan yg cetek pemikiran dan pengetahuan agama , serta sengaja 
memburukkan pemerintah negeri sendiri . Patut org mcm ni jgn bagi balik kg...  
bukan setakat menjatuhkan maruah sendiri tetapi memburukkan kg halaman.



--- On Sun, 6/29/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Ado ore marah, gincu tok leh!!- giler 
ape mashitah nihh....
To: "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
Date: Sunday, June 29, 2008, 8:24 PM









Salam...
Sy ni takde pandai mane pun bab agama cuma sebagai seorang Islam dan
wanita sy sokong ape yang diperkatakan oleh Dr. Mashitah dlm isu ini..
Sy asal dari KL anak jati KL sepanjang sy tinggal Di KL ade yang saya nampak
kebanyakan wanita yang datang dari Belah utara terutama sekali Di Kelantan
nampak sekali rosak akidah mereka.. meraka hanya meutup aurat bile berada di
negeri mereka tetapi lebih terbuka aurat bile terlepas ke KL... kebanyakan 
mereka
mengatakan undang2 agama terllau kuat di negeri mereka sehinggakan kalau boleh 
sehelai rambuat pun tidak boleh di tayang.. Pada wanita mereka akan menutup 
aurat
pada pakaian tetapi jangan lah terlalu ditekankan wajib memakai tudung kerana
pemakaian tudung tidak seharusnye dipaksa2 kalau terlalu ditekankan banyak buruk
dari baiknye.. kerana terlalu mendapat tekanan terhadap cara berpakaian dan 
akhlak
maka terjadilah kes lari rumah, rogol, seks bebas dan mcm2 lagi dinegara 
malaysia ini
sebagai rakyat berilah kaum wanita ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan
yang bebas dgn perkataan wajib tetapi ditekankan dengan perkataan harus, yang
paling penting sekali ialah menutup aurat dari segi pakaian itu lah aspek yg 
paling saya sokong sekali... Kite boleh lihat sendiri wanita2 yang datang dari 
Belah Utara tiap kali sampai sahaja di KL mereka seolah2 terlepas dari 
penjara.. bile sampai sahaja di KL
yang pakai tudung labuh pun terus pakai singlet n skirt pendek hanya kerana 
teringin
dengan pakaian tersebut... yang tak tau muzik terus masuk clubing dengan megah 
dan
bersuka rianye mereka berjoget dengan pasangan masing2 sambil berpeluk2...
tetapi tiap kali balik e negeri mereka, maka mereka terpaksa menjadi penipu 
terhadap masyarakat sekeliling hanya kerana kewajipan dan undang2 di negara 
mereka..
sekarang ini lagi lah gincu dan kasut tumit tinggi langsung tidak dibenarkan itu
yang paling kami kaum wanita tidak faham.. adakah salah dan berdosa memakai 
gincu
dan kasut tumit tinggi....?? ? siapa yang akan menanggung dosa kaum wanita yang
terpaksa bersikap hipokrit pada masyarakat sekeliling.. sekiranya diberi 
kelonggaran
sedikit dinegeri belah utara sy tak rasa wanita akan lupe diri dan terpesong 
akidah mereka tetapi saya rasa benyak kebaikan dari keburukan yang akan mereka 
perolehi.
Sy minta maaf sekiranya sy tersalah bahasa dan tiada niat saya untuk 
membelakangkan
undang2 agama islam... wasalam..
 
 
 
 
 

--- On Thu, 6/26/08, Topeng [EMAIL PROTECTED] com <Topeng [EMAIL PROTECTED] 
com> wrote:

From: Topeng [EMAIL PROTECTED] com <Topeng [EMAIL PROTECTED] com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Ado ore marah, gincu tok leh!!- giler ape 
mashitah nihh....
To: "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
Date: Thursday, June 26, 2008, 1:53 AM















Ustazah Had Hari komen pasal isu gincu & tumit tinggi...baca yang aku hilite tu 
& komen...nak tau pandangan & pendapat engkorang...



KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr
Mashitah Ibrahim mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kota
Bharu (MPKB) melarang peniaga dan wanita Islam di negeri itu bergincu
dan berkasut tinggi.

Beliau berkata, sebagai sebuah kerajaan Islam, ia bukan caranya untuk
memaksa rakyat negara ini untuk berbuat demikian sebaliknya
menyediakan sistem yang memudahkan orang ramai melaksanakan tuntutan
dalam agama Islam.

"Kita tidak memaksa seperti mana MPKB yang mendakwa mereka sebagai
Bandaraya Islam, tetapi penerapan yang mereka lakukan lebih kepada
kekerasan dan denda...kalau pakai tudung tak labuh kena denda.

"Saya tak setuju dengan pandangan mereka supaya memakai tudung kerana
dalam Islam bukan pakai tudung tetapi menutup aurat, bagaimana hendak
pakai tudung, terpulang kepada wanita itu asalkan mereka mengikut
syarat yang dikehendaki.
"Kenapa nak cegah wanita bersolek...cantik itu dibolehkan," katanya
pada sidang media selepas merasmikan Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun
Ummah di sini, semalam.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim), Anan Che Mohd.

Seminar anjuran Jakim dengan kerjasama Pertubuhan Muafakat Sejahtera
Malaysia (Muafakat) dan Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya (UM)
disertai lebih 100 pensyarah membabitkan 20 institut pengajian tinggi
(IPT) awam dan swasta.

Mashitah berkata, beliau kesal kerana MPKB lebih memperbesarkan isu
remeh temeh berbanding memikirkan masalah gejala sosial yang perlu
diberi keutamaan.

"Sepatutnya mereka perlu memberi keutamaan isu yang lebih besar
daripada isu memakai tudung seperti isu pengkid dan menangani masalah
sosial. Cara mereka memaksa dan mendenda tak kena sebaliknya dalam
Islam apa yang perlu, kita patuhi mengikut hukum dan syarat.

"Tumpuan seperti itu perlu diberi keutamaan daripada tumpuan yang
lebih kecil. Inilah masalah orang Islam lebih mementingkan perkara
kecil manakala tumpuan yang lebih besar ditinggalkan.

"Wanita perlu diterapkan dengan aspek meningkatkan taraf ekonomi
keluarga bukannya memandang dari sudut pemakaian tudungnya sama ada
labuh atau pendek atau kasutnya tinggi dan berbunyi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas tindakan MPKB yang
menyebarkan risalah etika pakaian yang dikuatkuasakan terhadap
peniaga dan pekerja wanita Islam di Kelantan, yang turut membabitkan
larangan pemakaian gincu, kasut tumit tinggi serta gelang kaki ketika
menjalankan perniagaan dan berdepan orang ramai.

Kod etika itu disebarkan menerusi pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi
Etika Berpakaian yang ditandatangani Yang Dipertua MPKB, Shafie
Ismail bertarikh 28 Mei 2008.







--
Berjuang,berjuang, berjuang dan terus berjuang!!!

Visit My Blog : http://perisikrakya t.blogspot. com/

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN 
MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA 
KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA 
LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI 
BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK 
SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa 
sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu 
tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab 
kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu 
telah lakukan.." ( al-Qur'an,al- Hujurat ( 49 ):6 ).

















      

Kirim email ke