Asalamulaikum wbt,
  
  Kursus Penyediaan Makanan Mengikut Syarak & Halalan  Thoiyiba

 Program MangkukTingkat.com merupakan satu inisiatif  Yayasan Pembangunan Nur 
Hikmah bagi menyediakan sajian makanan yang berkualiti  serta halal untuk 
dinikmati oleh pelanggan. Program ini juga memberi peluang  kepada suri rumah 
bagi memperolehi pendapatan tambahan dengan cara menyediakan  makanan untuk 
dihantar ke pejabat atau rumah pelanggan.
  
 Salah satu syarat untuk menyertai program ini sebagai  Pembekal ialah anda 
WAJIB menjalani Kursus Pengendalian  Mengikut Syarak & Halalan Thoiyiba yang 
dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan  Nur Hikmah dengan kerjasama IMP (Islamic 
Manufacturing  Practice). Kursus ini mengandungi modul-modul teori dan 
praktikal tentang kaedah  penyediaan makanan mengikut Syarak dan Halalan 
Thoiyiba.
  
 Sehubungan dengan itu anda dijemput untuk menyertai kursus  seperti 
butir-butir dibawah ini :
  
 Tarikh              : 13hb Julai 2008  (Hari Ahad)
 Masa                : 10.00 pagi hingga  1.00 tengahari
 Tempat            : Pejabat Yayasan  Pembangunan Nur Hikmah, No. 16-3, Jalan 
Mesra Niaga, Taman Mesra,  Kajang
 Penceramah  :  Ustaz Ahmad Tajuddin  (IMP)
 Yuran               : RM50.00  sahaja
  
 ATURACARA :
  
 9.00 pagi            - Pendaftaran peserta
 9.15 pagi            - Ucapan Aluan Presiden Yayasan Nur  Hikmah
 9.30 pagi            - Cermah I : Penggunaan bahan-bahan  dalam masakan
 10.30 pagi          - Minum pagi
 10.45 pagi          - Ceramah II : Kaedah memasak mengikut  syarak
 11.30 pagi          - Demonstrasi memasak mengikut kaedah  syarak
 12.30 tengahari  - Penyampaian sijil
 1.00 tengahari    - Makan tengahari
 2.00 petang        - Bersurai
  
 Untuk menyertai kursus ini sila emailkan butir-butir  dibawah ini kepada 
[EMAIL PROTECTED]
  
 1. Nama
 2. Alamat
 3. Nombor telefon bimbit
  
 Bayaran yuran RM50.00 hendaklah dibuat melalui akaun  MAYBANK KHIDMAT 
NURHIKMAH 564306010030 sebelum 10hb Julai 2008 jam 3.00  petang.
  
 Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cik Shira di 03-8733  2411 (Waktu Pejabat 
Sahaja)
  
 Sekian terima kasih
  
  
  
 URUSETIA
 MANGKUKTINGKAT.COM
 www.mangkuktingkat.com
 
       
Search. browse and book your hotels and flights through Yahoo! Travel

Kirim email ke