..:: AL - QUR'AN : Teman Di Dalam Kubur ::.. 


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Pada hari 
Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf 
yang 
lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya". 

Melalui hadis di atas, kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi 
syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat 
menyatakan
 bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan 
upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. 

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan 
kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan 
datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak 
itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang 
meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan 
berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan 
walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak 
akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!". Selepas itu dia 
berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana 
engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala 
dengan 
suara yang kuat". "Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan 
Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi". Best Regards,               
 U mean everything 2 me
_________________________________________________________________
NEW! Get Windows Live FREE.
http://www.get.live.com/wl/all

Kirim email ke