salam.
 
pada pendapat anda semua la kan,mengenai akuan bersumpah bala yang pertama 
tu,adakah ada kebenaran atau dia saja mencari publisiti? saya pun xfhm.kalau 
betul la dia mereka2 akuan tu,cmana plak dia dapat idea ttg exact amount of 
money paid pada altantuya,etc.adakah sebenarnya dia di pihak yang betul tetapi 
kerajaan kita cuba menutup kesalahan yang dilakukan oleh najib mamndangkan dia 
adalah pemimpin negara?
 
adakah kes liwat ttg Dr Anwar tu betul?atau adakah kerajaan BN saje je nak 
fitnah dia untuk mengalih perhatian rakyat dari kes najib kepada dia?saya tau 
ada rahsia di sebalik semua ni.mmg keadaan malaysia dah teruk.pemimpin yang 
bersalah,masih lagi diagung2kan.mmg betul lah undang2 manusia xboleh diguna 
pakai.disuruh bersumpah dengan nama allah untuk membuktikan sapakah yang berada 
di pihak yang benar.smua tak berani.sbb tau dia salah.takut dpt balasan allah 
cash kt dunia ni.
 
Allah tu maha adil.bila dah mati,pemimpin ke,ada pangkat ke,ada gelaran 
berjela2,smuanya akan dihisab.masa tulah mereka akan diberi balasan ats apa 
yang dikerjakan tnpa memilih bulu.nak harapkan msia amalkan undg2 islam,agaknya 
sampai kucing bertanduk kot.rsa mcm lemas plak tggl di msia.pmimpin yang 
berdosa diagung2kn.org yg bnar difitnah.fitnah akhir zaman amat 
dahsyat.entahlh.hanya allah sahaja yang maha mengetahui.hanya dia yang membalas 
seadil2nya.
 
wallahualm..

--- On Thu, 7/10/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Bala 'lari' kerana diancam - Syed Hamid
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Thursday, July 10, 2008, 7:30 PM









Bala ni pun bijak cam Anuar gak..
dia pun tau dia takkan selamat dengan kerajaan kita..
polis kita mana leh caya..
 
polis&kerajaan tentu ler akan backing najib!!
 
 
============ ========= =========
Bala 'lari' kerana diancam - Syed Hamid

Oleh TAN MING WAI

KUALA LUMPUR 10 Julai - Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang 
mencetus kontroversi menerusi dua akuan bersumpahnya berkaitan kes pembunuhan 
Altantuya Shariibuu, meninggalkan negara ini bersama keluarganya atas faktor 
keselamatan selepas beliau menerima ugutan.
Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan, beliau hanya akan diberi 
perlindungan oleh pasukan itu sekiranya Balasubramaniam pulang ke negara ini, 
bukannya "lari" ke luar negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, dakwaan 
Balasubramaniam mengenai keselamatan diri dan keluarganya itu disampaikan 
kepada sepasukan anggota polis yang dihantar mengambil keterangannya di salah 
sebuah negara jiran.
"Dia buat kenyataan itu ketika polis ambil keterangannya di luar negara. Dia 
bagi tahu, dia ke luar negara kerana terlampau banyak publisiti tentang 
dirinya, dia takut keselamatan dia dan keluarganya terancam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan simposium mengenai 
Sains Forensik dan Undang-undang Jenayah di sini hari ini.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin 
menjelaskan, Balasubramaniam menyatakan mengenai ugutan yang diterimanya kepada 
sepasukan anggota polis yang merakamkan keterangannya di luar negara baru-baru 
ini.
Dalam sidang akhbarnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di 
sini hari ini, beliau bagaimanapun enggan mengulas bentuk 'ugutan' yang 
diterima oleh penyiasat persendirian itu.
"Polis akan siasat dari mana datangnya ugutan terbabit," jelasnya.
Sehubungan itu, katanya, PDRM tidak boleh memberi perlindungan kepada 
Balasubramaniam kecuali selepas beliau pulang ke tanah air dan memohon mengikut 
peruntukan undang-undang sedia ada.
"Buat masa ini, polis tak boleh jamin keselamatan dia dan keluarganya kerana 
mereka sekarang di luar negara, itu di luar bidang kuasa kami.
"Namun kalau dia ada permohonan (selepas pulang ke Malaysia), polis sedia 
mengkajinya, " katanya.
Balasubramaniam yang hilang sejak minggu lalu, berjaya dikesan oleh polis 
berada di salah sebuah negara jiran menerusi bantuan pasukan polis negara 
terbabit.
Bagaimanapun, polis enggan mendedahkan negara tempat Balasubramaniam dan 
keluarganya kini berada.
Dalam pada itu, Mohd. Bakri menegaskan, tindakan penyiasat persendirian itu 
meninggalkan negara bersama keluarganya adalah atas kerelaan mereka tanpa 
dipengaruhi mana-mana pihak.
"Polis kecewa dengan dakwaan segelintir pihak yang mengaitkan pihak polis 
dengan kehilangan Bala sekeluarga.
"Kami sentiasa kerja keras di samping bertindak mencari kebenaran dan 
menyelesaikan kes ini segera. Kami tiada motif tertentu," ujarnya.
Ditanya sama ada Balasubramaniam ada menyatakan hasrat untuk pulang, Mohd. 
Bakri berkata, pihaknya tidak dimaklumkan perkara itu.
Sementara itu, mengenai kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat 
(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau enggan mengulas perkembangan tersebut 
sambil menjelaskan ia masih dalam siasatan.















      

Kirim email ke