Mengikut tradisi PAS, sejak dahulu hingga kini sentiasa berbincang dan
bermuzakarah dengan sesiapa sahaja dalam menentukan keuntungan Islam di
Malaysia.Pada zaman Ustaz Fadzil Nor dulu pun, sering kedengaran PAS
mengajak UMNO bermuzakarah bagi membincangkan beberapa isu, terutama
berkaitan dengan Islam dan bangsa melayu.Pandangan peribadiku,
muzakarah ini adalah satu tindakan yang baik, tetapi kadangkala dengan
UMNO, bermuzakarah ini perlu diambil sikap berhati-hati.Jika merujuk
kepada sejarah, UMNO akan “mengkambing hitamkan” sesiapa sahaja yang
tidak sehaluan fahaman politik mereka. maklumlah, kedegilan mereka
seperti kedegilan Bani Israel yang telah dihadapi oleh Musa A.S.Jika
dikala PAS berkuasa di dua buah negeri, iaitu kelantan dan Terengganu,
PAS ada menyeru UMNO bermuzakarah, tetapi ditolak oleh UMNO, kerana
mereka merasakan bahawa mereka masih lagi kuat, lantaran masih wujud
lagi orang-orang MCA dan MIC dalam pakatan mereka.Di tahun 2004,
bertambah jelas lagi kesombongan UMNO dalam berinteraksi dengan
parti-parti lawan mereka, disebabkan kemenangan mereka ketika itu boleh
disifatkan sebagai “sapu bersih”.Di tahun 2008, terbukti UMNO telah
jatuh menjunam. Jatuh mereka bukan disebabkan gugurnya calon-calon
UMNO, tetapi ramainya gugur calon-calon cina dan India dari Parti MCA
dan MIC.Memandangkan UMNO ini dikuasai oleh bangsa cina dan India
secara froxy, menyebabkan kejatuhan MCA dan MIC memberi kesan besar
terhadap UMNO itu sendiri.Dengan kekalahan mereka di lima buah negeri,
menyebabkan mereka seakan-akan mentikus. ”kereta” mereka sudah rosak
teruk, dan kini mulalah mereka memandangkan kereta-kereta pembangkang
yang kelihatan gagah, dan mula bertindak seperti “perasit”.Ah.. itu
mungkin sangka jahatku terhadap UMNO, tetapi kalau difikirkan
dalam-dalam, tidak ada sangka baik terhadap UMNO, sebab bersangka jahat
terhadap orang yang hina Islam adalah satu kemestian.DALAM TVTuan guru
Nik Abdul Aziz yang merupakan orang no 1 dalam PAS telah menyatakan
kebimbangan beliau terhadap UMNO dalam muzakarah yang akan
dilaksanakan.Tengku Razaliegh juga keluarkan kenyataan, mencadangkan
UMNO dan PAS bersatu selepas muzakarah diadakan. Mungkin dia ingat, PAS
ni macam Semangat 46 dulu kot. Kalau PAS nak jahanam macam semangat 46,
ikutlah pandangan tokoh politik bangang tu…Padaku, kalau nak terselamat
dari sebarang penipuan disebalik muzakarah yang akan diadakan,
dicadangkan agar muzakarah ini ditayangkan di semua saluran TV media
perdana Malaysia. Dengan ini, baru semua rakyat akan dapat melihat,
siapakah yang sebenar-benarnya ikhlas dalam memperjuangkan agama dan
bangsa di negara ini.Kalau diadakan muzakarah ini secara tertutup,
ianya akan melahirkan perbincangan dikalangan rakyat, yang dengan itu,
kemungkinan besar akan timbullah berbagai-bagai cakap-cakap yang
membawa kepada fitnah.PENUTUPMuzakarah dengan UMNO memang bagus, tetapi
alangkah cantiknya kalau diadakan dulu muzakarah dengan PKR dan DAP.
Muzakarah yang membincangkan untuk mencari titik pertemuan dalam
berusaha mengharungi bahtera Pakatan Rakyat dalam memerintah
Malaysia.Wallahu
‘AlamSekianAl-Bakistanihttp://al-bakistani.blogspot.com/[EMAIL PROTECTED]

--
Posted By Topengperak_Xinwugi to Perisik Rakyat at 7/20/2008 01:49:00 PM

Reply via email to