Assalamu'alaikum...Memang tak dapat dinafikan lagi kenyataan bahawa
beberapa kerat pimpinan PAS akhirnya terperangkap didalam jerat yang
dipasang oleh UMNO/BN & yang lebih mengecewakan ialah, jerat tersebut
dipasang oleh seorang yang selama ini dianggap manusia terlemah dalam
UMNO/BN.Siapa yang tak kenal Pak Lah?PM pemegang rekod hatrik tidur
dalam majlis-majlis rasmi kerajaan?orang yang selama ni kita
sangka "lemah" dalam semua aspek baik pentadbiran mahupun ekonomi
akhirnya berjaya memerangkap bukan seorang, malah "berorang-orang" yang
berjawatan pemimpin tertinggi dalam parti Islam PAS.Baru korang kenal
siapa Pak Lah!Bagi pihak PAS pulak lepas Pak Lah buat kenyataan
Muzakarah UMNO PAS sudah bermula? terlihat pada pemerhatian aku
beberapa kenyataan yang mengelirukan semua kita.Dalam berita
HarakahDaily Kenyataan PM bertujuan pecahbelahkan PAS Naib Presiden
PAS, Datuk Haji Husam Musa menegaskan bahawa Kenyataan Perdana Menteri,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai perundingan dengan PAS
bertujuan menabur benih perpecahan di dalam PAS yang mungkin mara
mengambil alih tempat Umno pada masa depan.Kenyataan rasmi dari
Presiden PAS TGHH pula dilihat amat bercanggah dengan kenyataan Naib
Presidennya bilamana TGHH mendedahkan PAS mengakui bertemu Perdana
Menteri dalam kenyataan rasminya beberapa ketika selepas Naib
Presidennya mengeluarkan kenyataan diatas.Dipihak Dewan Ulama pula
menganjurkan supaya Isu muzakarah dibincang pada muktamar di Ipoh ini
memperlihatkan seolah tiada komunikasi antara Dewan Ulama dengan
kenyataan Presiden PAS apabila Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Dato'
Mohamed Daud Ditanya pembabitan Dewan Ulamak PAS Pusat dalam muzakarah
yang diadakan sebelum ini, beliau mengatakan bahawa beliau tidak
dijemput dan tidak tahu apa yang dibincangkan.Kita lihat ketiga-tiga
kenyataan dari 3 individu penting dala PAS.kenapa berlaku begini?Macam
tak ada persefahaman didalam satu parti.usah dinilai kenyataan dari Pak
Lah sebab Pak Lah bukan ahli PAS & dah tentu kenyataannya berbeza
dengan kenyataan dari pihak PAS.Apa yang nak kita perhatikan ialah
kenyataan dari pihak PAS yang banyak bercanggah antara 1 sama lain &
juga seolah tidak wujud persefahaman antara pimpinan.Presiden cakap
lain, Naib Presiden cakap lain, Dewan Ulama cakap lain, Dewan Pemuda
PAS Kelantan dalam kenyataannya pula menegaskan bahawa Muzakarah hanya
helah Umno selepas ditolak rakyat.jadi sekarang mana satu yang betul &
nak kita pakai?Baca pula berita yang ni, Mursyidul Am tidak mahu
sejarah hitam berulang kembali.lagi la pening kepala.kalau diikutkan
kenyataan-kenyataan diatas sebenarnya yang bercanggah cuma kenyataan
dari Presiden PAS sahaja manakala kenyataan dari Naib Presiden, Dewan
Ulama, Mursyidul Am & lain-lain pimpinan dari luar Terengganu dilihat
sekata.Kalau diteliti pada kenyataan Khalid Samad pula dalam artikel
bertajuk Rombongan PAS untuk mendengar tawaran BN, kata Khalid Samad
lain pulak jadinya...perhatikan dekat perenggan ni : Pemergian mereka
juga bertujuan untuk membeli masa (buying time) agar kerajaan Pakatan
Rakyat dapat dibentuk dengan selamat di Selangor ekoran masalah yang
dihadapi oleh Pakatan ketika itu.“Kerana itu, ketika kami berunding dan
mendengar apa yang dikehendaki dan ditawarkan oleh Pak Lah, Tan Sri
Khalid selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas
PAS mengeluarkan surat sokongan kepada dia,” kata salah seorang
delegasi PAS ke pertemuan itu iaitu anggota Parlimen Shah Alam, Khalid
Samad ketika menghubungi Siasah.Aku suka tekankan pada ayat "buying
time" & dari sini jelas terang lagi bersuluh menunjukkan ada
percanggahan dalam semua kenyataan pemimpin-pemimpin diatas.Teliti :Pak
Lah dalam kenyataannya menyatakan bahawa telah berlaku 3 KALI
perjumpaan antara wakil PAS & UMNO.Naib Presiden PAS dalam kenyataannya
mengatakan bahawa kenyataan Pak Lah bertujuan memecah belahkan PAS &
kita jelas disini dalam kenyataan Naib Presiden menunjukkan bahawa NAIB
PRESIDEN TIDAK TAHU-MENAHU perjumpaan tersebut telah diadakan bila dia
menafikannya & membuat kenyataan tersebut.TGHH pula mengeluarkan
kenyataan rasminya beberapa ketika selepas Pak Lah membuat kenyataan
tentang muzakarah, MENGIAKAN & MENGESAHKAN kata-kata Pak Lah
tersebut.Dewan Pemuda PAS Kelantan pula membuat kenyataan muzakarah
hanya helah UMNO selepas ditolak rakyat juga mengesahkan bahawa perkara
tersebut berlaku diluar pengetahuan mereka.TGNA pula mengingatkan
jangan sampai sejarah hitam berulang juga senada dengan DPPK & Naib
Presiden sebelum ini.juga dalam kenyataan tersebut TGNA mengesahkan
bahawa perjumpaan yang sudah berlaku adalah diluar pengetahuannya.Pada
pengamatan aku, ada segelintir pemimpin yang dibawah pengetahuan TGHH &
diluar pengetahuan pimpinan lain sedang merancang sesuatu yang tidak
selari dengan dasar perjuangan PAS.mungkin akibat termakan dengan
helah & janji-janji pihak UMNO disebalik jerat yang dipasang
mereka.Kenyataan Khalid Samad : perjumpaan tersebut dilakukan untuk
membeli & melengah-lengahkan masa bagi aku hanya kenyataan sampah dari
mereka-mereka yang terperangkap didalam jerat yang dipasang UMNO.Khalid
menyatakan bahawa perjumpaan itu diadakan semata-mata untuk
melengah-lengahkan masa tetapi kalau diikut lojiknya,kenapa perlu ada
perjumpaan lagi selepas itu sedangkan MB telah selesai mengangkat
sumpah & kerajaan negeri telah berjaya dibentuk?sama ada Khalid Samad
telah terperangkap dengan kenyataannya atau dia tidak tahu adanya lagi
perjumpaan selepas itu kita tidak tahu...ini kita perlu minta
penjelasan dari Khalid Samad.Dipihak TGHH pula apa yang kita nak minta
perjelas ialah apa muslihat sebenar TGHH mengadakan pertemuan ataupun
muzakarah diluar pengetahuan sebahagian besar ahli-ahli,
penyokony-penyokong & pimpinan-pimpinan PAS?kalau niat & tujuannya
ialah untuk berdakwah, ini soalan personal saya - perlukah
menyembunyikan niat & tujuan yang baik dari pengetahuan majlis syura &
lain-lain majlis penting & individu-individu tertinggi dalam PAS?Harap
yang ini akan dapat dijelaskan dari TGHH sendiri tanpa menyembunyikan
niat & tujuan yang sebenar.Buat masa ini ( selagi belum jelas
persoalan-persoalan ), aku hanya andaikan bahawa pimpinan tertinggi PAS
telah terperangkap dengan janji-janji pihak UMNO ( jerat ) &
masing-masing terkial-kial mencari alasaln untuk meredakan persoalan
kami ahli-ahli PAS, penyokong-penyokong PAS & Pakatan Rakyat & juga
para pimpinan yang lain...Ana tendang ante, ante tendang ana...Pak
Lah & UMNO pakat-pakat tepuk tangan!

--
Posted By Topengperak_Xinwugi to Perisik Rakyat at 7/23/2008 01:50:00 PM

Kirim email ke